Sabtu, 22 November 2014

Khasiat Buah Durian Belanda

1. Durian belanda mampu merawat dan mencegah seseorang daripada risiko mendapat kanser
2.Menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.
3. Daun durian belanda yang dijadikan serbuk teh dan diminum dipercayai dapat merawat sakit kerongkong.
4. Akar, kulit dan daunnya dipercayai boleh mengubati kencing manis.
5. Minyak yang terhasil daripada daun atau buahnya yang masih muda dan dicampurkan dengan minyak zaitun dapat digunakan untuk mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal badan.
6. Jus yang dihasilkan daripada buah durian belanda diminum untuk meredakan demam, membunuh cacing(masalah kecacingan bagi kanan-kanak) dan ubat cirit-birit.
7.Kulit pokok ini juga dipercayai membantu mengubati penyakit jantung, batuk dan membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan zuriat.
P/S : Selamat mencuba 

Selasa, 4 November 2014

Span Cheese Cake



Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung kek
1 cawan gula
1/2 cawan susu segar
3 keping cheese cheedar(kraf)
5 biji telur
1 sudu besar ovallate
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
3/4 cawan minyak

Cara membuatnya:
1)Masakkan susu dgn cheese sampai larut ~api jgn besar sangat.
2)Dah larut cheese,ketepikan.
3)Pukul kesemua bahan untuk buat kek kecuali minyak.Pukul sampai betul2 gebu.
4)Masukkan susu dengan cheese tadi pukul lagi
5)Kemudian masukkan minyak
6)Pukul lagi 3minit
7)Panaskan oven 170c bakar selama 45minit atau sampai masak.

Untuk Ising
1 cawan krim well
1 cawan shortening
1 sudu kecil esen vanilla
3/4 tin susu pekat manis
sedikit filling blueberry dengan buahnyer~hias mengikut citarasa.

Selamat mencuba ^_^

Ahad, 2 November 2014

KEK KUKUS COKLAT LEMBAB.




Bahan A
1 cawan serbuk koko (tak kisah jenama apa pun )
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
Bahan B 
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Bahan C 
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (suhu bilik)

Cara membuatnya:
1. Ayak semua Bahan B dan ketepikan seketika.
2. Masukkan semua bahan A kedalam periuk, dan kacau hingga sebati dengan menggunakan api yang kecil dan sejukkan.
3. Pecahkan telur kedalam mangkuk besar dan pukul hingga kembang. Tuang bahan A tadi bersama esen vanilla ke dalam telur tadi sambil di kacau hingga sebati.
4. Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat (Bahan B) dan kacau lagi hingga sebati selama 5 minit.
5. Tuang adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai aluminium foil. Pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.
6. Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa.
7. Angkat dan tunggu kek sejuk dahulu sebelum di potong.
***********************
Tak sah kan makan kek coklat tanpa toppingnya. Buat topping ni ada macam cara...ini antara caranya, boleh pilih mana yang rasa senang.

Topping Coklat 1
Bahan-bahan:
150gram coklat masakan
35gram susu cair
1sudu kecil butter
Cara-caranya:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..

Topping Coklat 2
Bahan-bahan:
1/2 cawan koko
1/2 cawan susu
1 sudu besar minyak masak
Cara-caranya:
1. Masak kesemua bahan atas api perlahan
2. Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..

Topping Coklat 3
Bahan-bahan:
250gram coklat masakan (potong kecil-kecil)
1sudu besar majerin/butter
130ml whipping cream
Cara-caranya:
1.Cairkan coklat secara double-boiler
2.Alihkan dr api, kemudian masukkan majerin, gula dan cream..Kacau sehingga sebati..
3.Curahkan atas kek..

Topping Coklat 4
Bahan-bahan:
1/2 bar coklat masakan
2 sudu besar butter
1/2 sudu besar gula halus
Esen vanilla beberapa titik
Cara-caranya:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..

Topping Coklat 5
Bahan-bahan:
200gram coklat masakan
2 sudu besar susu pekat
6 sudu besar air panas
Cara-caranya:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..

Selamat mencuba ^_^

Sabtu, 1 November 2014

SOTONG BAKAR PERCIK


Bahan2 A
1/2 kg sotong
serbuk kunyit
garam halus
cara:
1)cuci bersih sotong dan kelar permukaan atas shj
2)gaulkan sotong dengan garam dan serbuk kunyit..bakar/panggang sampai masak
3)bila sotong dah masak boleh ambik skit percik tadi siram atas sotong..balik2 kan sampai percik agak garing..baki percik siram atas sotong masa hidang dlm pinggan nnti...
Bahan2 percik
2 batang serai (ketuk2 je)kalau nak bland pun boleh
*10 tangkai cili kering (potong pendek n rebus)
*sedikit belacan
*1 labu bawang besar
*2 - 3 inci kunyit hidup
*1 cawan santan cair
*1 sudu kecil jintan manis
* 4-5tangkai cili padi
jus asam jawa/asam keping
1/2 cawan pati santan pekat
garam dan gula secukup rasa
1 helai daun kunyit
cara
-bland bahan * kemudian masukkan dalam kuali/periuk bersama serai yg dititik
-masak sampai agak2 nak pekat,masukkan jus asam jawa/asam keping, pati santan dan perasakan garam gula...biarkan mendidih...carik2n/hiris halus daun kunyit dalam percik (kalau nak ganti ngan daun limau purut pun boleh)
-bila dah masak boleh siram atas sotong bakar tadi

Selamat mencuba ^_^

Khamis, 23 Oktober 2014

Ketam Masak Lemak Cili Api 

(2 org makan)


Bahan-Bahan:
3 ekor ketam segar
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, carikkan
2 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor

Bahan untuk kisar halus:
5 biji cili api
2 biji cili merah
1/2 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Secubit belacan

Cara Penyediaan:
1-Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian.
2-Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.
3-Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.
4-Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.


Tips:
Jika ketam betina yg mempunyai telur anda tidak perlu buang kulit (seperti dalam gambar). Jika ketam biasa, buang kulit dan potong dua bahagian dan leraikan kaki bersepit.
Selamat Mencuba ^_^

Sabtu, 18 Oktober 2014

NASI AYAM





Bahan-bahan ( 6-8 orang )
Untuk rebus
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
2 ulas bawang putih
2 cm halia yg diketuk
Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak bijan
Cara cara:
Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2 cm halia yg diketuk. Rebus sehingga empuk.
Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam. Simpan dalam peti ais selama 15 - 20 minit. Lumurkan sedikit madu. Goreng hingga keperangan. Angkat ayam dan diketuk sedikit sebelum dihidangkan.
Tips: ayam digoreng sekejap sahaja iaitu secara "Touch N Go", barulah ayam lembut.
Untuk nasi
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1 cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
air rebusan ayam secukupnya
Sedikit garam
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 kayu manis
1 batang serai – ketuk
2 helai daun pandan
Pewarna kuning
Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.
Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masukkan sedikit pewarna. Masak seperti biasa.
Untuk sos
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam
Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
Untuk sup
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup
Garam
Daun sup yg dihiris.
Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.
Untuk kicap 
Kicap manis cap kipas udang
Gula
3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)
Air rebusan ayam
Masukkan kicap manis, gula dan cili api ke dalam blender dan kisar sampai jadi pekat.
Bolehlah dihidangkan dengan sayur sayuran. Selamat Menjamu Selera ^_^

SARDIN ROLL




Bahan-bahan
300gm tepung gandum
120gm marjerin / mentega sejuk
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar air ais (air dari peti sejuk)

Inti Sardin
1 tin sardin sederhana
1/2 biji cili merah di cincang
1/2 biji bawang besar di cincang
1 sudu kecil jus limau nipis
1/2 sudu teh garam / secukup rasa
sedikit lada sulah
1 biji kuning telur untuk glis

Cara-cara :
Inti Sardin : Lecek sardin (keluarkan dulu sosnya), gaul bersama bahan-bahan yang lain hingga rata. Jika inti agak kering tambahkan sedikit sosnya.
1. Doh Pastri : Gaul dan ramas marjerin ke dalam tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan sedikit garam dan air sejuk dan uli hingga menjadi doh.
2. Canai pastri hingga 3mm tebal dan potong persegi 4 x 4in. Isikan setiap potongan pastri dengan inti sardin.
3. Sapu tepi pastri dengan putih telur dan gulung kemas. Letakkan ke atas dulang pembakar dan glis atasnya dengan kuning telur. Buat 2 atau 3 cucukan di atas permukaan pastri dengan garpu.
4. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 180C di tingkat atas selama 10 minit. Kemudian keluarkan dari oven dan sapu lagi dengan kuning telur (supaya warnanya kuningnya lebih terang) Kurangkan suhu kepada 130C dan bakar lagi selama 15 minit atau hingga masak.
** Doh pastri agak keras tetapi jangan di tambah air. Doh akan ranggup selepas dibakar.

Selamat mencuba ^_^

Rabu, 15 Oktober 2014

11 Jenis Pokok Yang Menjadi Tempat Tinggal Hantu Yang Mesti Kita Tahu


11 Pokok Yang Menjadi Tempat Tinggal Hantu

1 : Pokok Ara

Pokok ara yang mirip dengan pokok beringin merupakan tempat tinggal bagi segala macam jenis hantu.


2 : Pokok Kekabu

Pohon kekabu atau kapuk merupakan pokok yang menjadi tempat tinggal puntianak.


3 : Pokok Ciku

Pokok ciku adalah tempat tinggal puntianak dan genderuwo maka dari itu jika sudah memasuki waktu azan maghrib elakkan pokok ini kerana biasanya pada masa itu, hantu penunggu pokok ciku sedang berkeliaran...


4 : Pokok Saga

Tidak diketahui menjadi tempat tinggal hantu apa tapi pokok ini dipercayai menjadi tempat tinggal hantu.Kesan dari pokok ini yang tua dan menyeramkan memang sesuai menjadi tempat hantu.


5 : Pokok Asam Jawa

Pokok Asam Jawa biasanya menjadi tempat tinggal pocong atau puntianak terutama pokok yang umurnya sudah bertahun-tahun...


6 : Pokok Pisang

Pokok pisang (pokok pisang yang berkumpul serumpun) merupakan tempat tinggal puntianak dan pocong.


7 : Pokok Buluh

Pokok ini menjadi salah satu tempat yang disukai oleh puntianak.Pernah suatu masa di kampung saya ada pemandu teksi melihat puntianak sedang duduk di atas pokok buluh.Harus di ingat, pokok buluh yang saya maksudkan adalah pokok buluh biasa bukan pokok buluh kuning kerana buluh kuning ialah penolak bala jadi pasti pokok buluh kuning di takuti oleh...


8 : Pokok Nangka

Pokok nangka juga dipercayai sebagai tempat tinggal hantu...


9 : Pokok Beringin

Pokok beringin adalah tempat kesukaan makhluk halus (Genderuwo),Terutama beringin yang sudah tua dan mempunyai janggut (akar yang berjuntaian). Bila kita mematahkan janggut
beringin tersebut dan kebetulan pokok beringin itu di huni makhluk halus maka kita akan terus sakit dan bila lambat diubati kepada orang pintar mungkin nyawa taruhannya.


10 : Pokok Sukun

Pokok ini biasanya menjadi tempat tinggal pocong...


11 : Pokok Bacang

Pokok ini biasanya dijadikan tempat bermain toyol.Buah dari pokok bacang hampir sama dengan buah mangga, cuma buah bacang bentuknya lebih bulat dan seratnya banyak....


Nota : Apabila di persekitaran tempat tinggal anda ada pokok-pokok yang di atas, elakkan melalui dibawah pokok tersebut pada malam hari ataupun jika terpaksa.Jangan lupa membaca doa dan meminta perlindungan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan makhluk halus....

Isnin, 13 Oktober 2014

KHASIAT BETIK



1. Buah betik yg masak selain kaya dgn vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.

2. Daun betik terutama pucuknya yg muda sering direbus utk dijadikan ulam. Selain itu,air rebusan daun betik dapat melegakan perut dgn mengeluarkan segala angin.

3. Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yg bermasalah setengah jam sebelum mandi.

4. Di Ghana ia juga digunakan utk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi.

5. Betik juga boleh digunakan utk mengubati tumit pecah-pecah yg boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan betik muda yg dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yg pecah.

6. Daun betik yg dilayur di atas api dpt mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yg sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula,minum air perahan dari daun muda yg ditumbuk lumat dan dicampurkan dgn sedikit perahan limau nipis boleh membantu.

7. Daun betik tua dikatakan boleh dibuat jus utk mengubati penyakit denggi. Dengar khabarnya platlet pesakit denggi akan segera bertambah jika meminum jus daun betik.


Selamat mencuba ^_^ 

TIPS SIHAT

Nak jadi sihat,cergas dan otak cerdas? Senang saja. Hanya perlukan kismis dan air minuman..
1. Tuangkan air minuman ke dalam gelas sebelum tidur.
2. Rendam 21 biji kismis dalam air minuman tersebut semalaman.
3. Minum air rendaman dan makan kismis itu keesokan paginya sebelum makan sarapan.

Amalkan setiap hari untuk mendapatkan tuuh yg cergas,minda yg cerdas dan mata yg sihat ^_^

Petua Untuk Menghancurkan Batu Karang


Pilihan 1 :
Kisarkan bawang merah utk membuat jus dan tambahkan sedikit gula. Amalkan meminum jus bawang selalu. Ia akan menghancurkan batu karang dan akan keluar melalui air kencing

Pilihan 2 :
Amalkan meminum 50g jus bawang merahpada waktu pagi semasa perut kosong. Ia pasti akan memecahkan batu karang.


MEE KUAH DAGING




Bahan2:
2 peket mee kuning
1kg daging
2.5 liter air rebusan daging
Sos tomato
Sos cili
1 cawan kuah kacang
3 kiub stok ikan bilis
4 biji telur - utk pekatkn kuah
3 sudu besar cili kisar
Garam
Gula

Bahan2 Tambahan:
8 biji telur rebus - potong 2
Hirisan cili merah
Hirisan daun bawang
Sayur taugeh & sawi - celur
Bawang goreng

Bahan Kisar:
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia

Cara Memasak:
1.Rebus daging sampai empuk kemudian potong kecil dan simpan semua air rebusan tadi. Panaskn minyak dan tumis semua bahan kisar dan cili kisar sampai timbul bau wangi dan pecah minyak.
2.Masukkan air rebusan daging serta kacau kuah dan masukkn kiub stok ikan bilis bersama kuah kacang secukupnya. Masukkn juga sos tomato dan sos cili secukupnya.
3.kacau semua bahan dan boleh dimasuk semula daging yg telah dipotong tadi ke dalam kuah. Buarkn kuah masak sampai mendidih.
4.Masukkn garam dan gula secukup rasa kemudian pecahkan 4 biji telur ke dalam mangkuk serta kacau telur sedikit dan masukkn ke dlm kuah. Kacau perlahan-lahan sampai telur masak.
5.Celurkn mee,taugeh dan sawi - ketepikan.
Cara menghidang mee ni, mula-mula masukkn sayur taugeh/sawi dahulu dlm mangkuk kemudian mee dan tuangkan kuah bersama isi daging,telur rebus,bawang goreng,cili merah dan daun sup.

Selamat mencuba ^_^

Sabtu, 27 September 2014

Mee Kolok

Bahan2 (2-3org makan)
3-4 gulung mee sanggul/non-fried noodles
1 sudu makan perencah sup
100g daging lembu
Air secukupnya
Garam
5 ulas bawang putih - cincang
8 biji cili api
1 sudu teh serbuk lada hitam
4 sudu makan minyak masak
5 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
2 biji limau kasturi - ambil jus
Daun bawang/daun sup
1 sudu teh sos ikan/sos soya
1 sudu teh cuka


Cara2:

Utk Sup
Rebus daging bersama perencah sup,garam dan air secukupnya. Rebus hgg empuk. Setelah masak,toskan daging dan hiris nipis2. Ketepikn kuah/sup(Boleh panaskn semula dan tambahkan sedikit air jika brkurangan)

Utk Mee
1. Rebuskan mee brsama sedikit garam sehgg lembut. Keluarkn dan toskn.
2. Panaskan minyak dan goreng bawang putih sehgg garing. Ketepikan dan masukkan pula mee yg telah ditoskn td ke dlm kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi. Perasakan dgn cuka, sos ikan/sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.
3. Di dlm kuali yg sama,panaskn minyak masak dan goreng daging yg telah dihiris tadi. Masukkan kicap pekat, kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam. Keluarkan.

Utk Sambal
Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bawang putih hgg lumat. Kemudian gaulkan brsama kicap manis dan perahan jus limau kasturi.

Cara Menghidang
1. Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mee, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan.
2. Taburkan daging, bawang putih yg telah digoreng garing dan hiaskan dgn daun bawang/daun sup.
3. Sediakan juga semangkuk sup sebagai kuah jika suka.

Selamat menikmati ^__^

Mee Kari Simple

Bahan2 (5 org makan) :
3 sudu besar lada giling
6 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
3cm halia - kisar
2cm lengkuas - kisar
2 batang serai - kisar
2 kiub ayam Knorr
5 sudu besar serbuk kari
2 keping asam gelugor
1 pek fish cake
1 biji kelapa - ambil santan
Garam
Minyak
Daun bawang/daun sup
Lada merah
5 biji limau kasturi
1kg mee
Tauge
5 biji telur rebus
Bawang goreng

Cara2:
1. Tumis bahan2 kisar bersama lada giling hingga garing.
2. Masukkan rempah, kiub ayam knorr dan asam keping - biarkn hingga naik minyak.
3. Masukkan fish cake dan santan - renehkan hingga mndidih.
4. Hidangkan mee brsama bahan2 yg dihiris, limau kasturi, telur dan bawang goreng.

Selamat mencuba ^__^
Makaroni Bakar

Bahan2:
2 cawan makaroni - rebus
500gm daging kisar
3 sudu rempah kari
5 biji bawang merah - tumbuk
3 biji bawang putih - tumbuk
1 sudu lada hitam - tumbuk
1/2 inci halia - tumbuk
Sedikit minyak jagung + sedikit mentega utk menumis
1 tin susu cair + 1 tin air
Daun bawang/daun sup
Bawang goreng
4 biji telur - pukul
Garam
Parutan mozarella/cheddar cheese

Cara2:
1. Tumis bahan yg ditumbuk td brsama rempah hgg naik bau.
2. Masukkan daging kisar dan goreng hgg masak & perasakn dgn garam.
3. Masukkan susu cair, air dan bawang goreng kemudian dimasak sekejap.
4. Makaroni yg dah direbus ditoskn kemudian dimasukkn ke dlm bekas yg bersih.
5. Masukkn bahan daging yg dah dimasak tadi ke dlm bekas bersama makaroni dan gaul rata.
6. Boleh tambah cheddar cheese yg dah diparut sekali.
7. Masukkan ke dalam dulang pembakar, tuangkan telur diatas makaroni,tabur mozarella dan baki cheese kalau suka. Taburkan sekali daun sup dan daun bawang serta bawang goreng.
8. Bakar selama 40minit dgn suhu 170 darjah celcius @ hgg masak.
9. Boleh tambah lada benggala,cendawan @ tomato yg dipotong dadu.

Selamat mencuba ^__^


Chicken Black Pepper Duo


Bahan-bahan
Ayam
2 biji bawang putih - dihiris
2 biji bawang besar(merah) - dihiris
2 inci halia - dihiris panjang
2 tangkai lada kering
2 sudu lada hitam - ditumbuk agak kasar.
2 sudu sos lada hitam
2 sudu sos tiram
Kiub perasa ayam (suku kiub)
Garam secukup rasa (hujung sudu)

Cara-cara
1. Potong ayam ikut suka, kalau saya sederhana. Goreng dan asingkan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar, halia, lada kering dan lada hitam hingga kecoklatan dan naik bau.
3. Tuang sedikit air, masukkan sos lada hitam, sos tiram dan garam secukup rasa.
Kacau sebati hingga agak likat.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaulkan sehingga sebati.
5. Sedia untuk di hidang! Boleh tambah sukatan bahan2 ikut selera masing-masing!

Resepi yang sangat mudah dan ringkas! Selamat mencuba ^_^

Rabu, 24 September 2014

MEE UDANG

Bahan-Bahan:
1 kati mi kuning
½ kati udang basah - bersaiz sederhana
10 tangkai cili kering - dikisar
2 biji bawang besar} kisar
2 ulas bawang putih} kisar
Sedikit belacan } kisar
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
½ sudu teh gula pasir 4 batang sawi
½ kati taugeh
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
5 biji tahu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak
Limau kasturi
Sedikit bawang goreng

Cara2:
1) Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar.
2) Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.
3) Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan.
4) Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.
5) Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa.
6) Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.
Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.
Segala bahan-bahan tertakluk kepada berapa orang yang hendak makan. Agak-agaklah ye...
Selamat Mencuba...^_^
Tips memasak cepat untuk wanita super-sibuk
1. Rancang menu untuk seminggu yerr bukan sehari. Ini lebih mudah dan cepat. Jangan ambik menu yang berat seperti nasi minyak ayam kari, nasi beriani kambing dll.Seharusnya ikut la kemampuan buat menu 2 atau 3 jenis sahaja seperti ikan goreng dan sup sayur, kangkung tumis dan ayam goreng dan sebagainya.
2. Siapkan semua bahan untuk setiap menu sejurus pulang dari pasar atau pasaraya.
Untuk barang basah seperti ikan, udang, ayam dan sebagainya. Siang siap-siap. Kemudian masukkan dalam bekas atau plastik.
Cara nak store dalam frezzer, simpan dalam plastik atau bekas yang berasingan mengikut menu dan hari. So nanti nak masak hanya keluarkan 1plastik sahaja.
Untuk barang kering seperti bawang dan sayur. Bawang dan lada boleh bled banyak untuk stok seminggu simpan dalam bekas. Untuk bahan yang mudah berair dan cepat layu seperti sayur-sayur boleh balut dalam aluminium foil guna jenama Diamond. Lebih tebal dan tahan lasak.
3. Semua bahan yang dah siap siang/potong, simpan elok-elok dalam bekas dan LABEL mengikut hari.
Supaya tak konfius bawang ini untuk menu mana.Kentang ini untuk menu mana. Bila nak masak buka peti terus ambil bekas yang berlabel hari tersebut.
Kan senang, mudah dan simple
Ok selamat mencuba..^_^
Resepi Ayam Goreng Ala KFC Rangup Dan Mudah

Perap untuk sejam:
1 ekor ayam potong
7 ulas bawang putih tumbuk
2 sudu besar serbuk cili (kalau nak lagi pedas boleh tambah 2 sudu lagi)
1 sudu serbuk kari ayam
secubit ajinamoto
secubit soda bikarbonat
2 sudu teh garam
air sedikit nak bagi rempah senang serap

Bahan untuk tepung salut :
2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing)
garam secukup rasa
secubit soda bikarbonat
1biji telur

Cara-cara:
1. Perap ayam 1 jam dengan bahan-bahan perap tadi.
2. Selepas itu pukul telur ,golek ayam dalam telur, supaya senang tepung nak lekat pada ayam.
3. Selepas itu letak tepung dan bahan-bahan lain dalam bekas yang ada penutup goncang-goncang bagi sebati, letak ayam yang dah dsalut telur tadi dalam bekas tu,tutup bekas, kemudian goncang bagi tepung salut rata.
4. Langkah terakhir goreng ayam dalam periuk, biar ayam tenggelam dalam minyak yang panas. Dalam 15 minit masaklah, hidangkan mengikut kreativi masing-masing.

Selamat mencuba ^_^


Khasiat Bendi
1. Membantu perkembangan otak , menguatkan daya ingatan
2. Dalam bidang perubatan tradisional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin.
3.Menyembuhkan kudis dan bisul - Ambil air rebusannya kemudian sapu pada tempat bermasalah.
4. Rawatan sakit kerongkong - Air rebusan yang dicampur gula kemudian minum 3 kali seminggu
5. Menyejukkan dan melembutkan kulit. - Ambil lendir bendi kemudian sapu pada kulit.
6. Mencuci hati.
7. Menstabilkan kandungan gula dalam darah.
8. Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.

Selamat mencuba 
ROTI LAPIS DAGING BERKEJU

Bahan-bahannya :
- 300gm daging cincang @ 4 keping daging burger (dihancurkan)
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- ½ paket perencah daging black pepper maggi
- sedikit air
- garam dan gula
- minyak
- 12 keping roti gardenia
- 3 biji telur ** idah guna 4 biji
- 200ml fresh milk
- 8 keping any slice cheese chesdale/kraft
- cheddar diparut
- sayur ikut suka

Cara-cara Untuk Inti :
1)Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih,
2)Kemudian masukkan bawang besar dan daging/ayam cincang, goreng hingga garing/empuk
3)Masukkan sayur jika perlu
4)Masukkan perencah black pepper dan sedikit air, masak sehingga daging masak dan kering
5)Ketepikan dan biarkan ia sejuk

Untuk Roti :
1)Ratakan mentega atau minyak disekeliling loyang untuk mengelakkan dari melekat
2)Bancuhkan telur dan susu sehingga sebati
3)Celupkan roti kedalam bancuhan susu sehingga rata dan susun dalam loyang pembakar sehingga penuh loyang      untuk layer pertama (4 keping)
4)Tuangkan separuh dari inti tadi dan ratakan untuk layer pertama
5)Susun slice cheese ke atas inti
6)Tutup dengan lapisan roti yang dicelup dengan susu untuk layer seterusnya
7)Ulang seperti layer pertama tadi
8)Akhirnya tabur keju cheddar/mozarella di lapisan atas sekali
9)Jika ada lebihan campuran susu tadi, siramkan ke atas roti
10)Bakar dalam oven dengan suhu 180c selama lebih kurang 35-40 minit (sehingga masak)
11)Keluarkan dan sedia utk dimakan.
Selamat mencuba ^_^


Kuey Tiow Kantonis.
• Bahan-bahan : -
1 pkt Kuey Tiow ( dicelur )
isi ayam,udang dan sotong ( terpulang nak banyak mana )
2 keping fish cake dipotong nipis
1/2 biji lobak merah dibelah dua dan ptg menyerong
2 tangkai sawi ( dipotong )
sedikit kobis ( dihiris halus )
3 biji telur dipukul
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar tpg jagung dibancuh dgn skit air
1/2 sudu teh minyak bijan
2 ulas bawang putih dicincang
1500ml air
1 sudu teh lada sulah
• Cara Penyediaannya : -
1. Tumis bawang putih sampai garing.masukan air sebanyak 1500ml.
2. Masukan lobak merah,isi ayam,udang,sotong dan fish cake.biarkan sampai melegak.
3. bila dah melegak masukkan sos tiram,lada sulah,tpg jagung dan telur.
4. kacau perlahan-lahan supaya telur dan tpg tidak berketul-ketul.
5. masukan sayur sawi,kobis,minyak bijan,garam dan gula secukup rasa.
6. Letakkan kuey tiow atas pinggan dan curahkan kuahnya.


Kuey Tiow Kungfu.
Bahan A
400 gm kuey teow
5 biji telur [ dipukul]
Bahan B
100 gm udang basah [buangkan kulit]
150 gm ayam [dihiris]
1 biji panjang fish cake [potong nipis]
3 ulas bawang putih [dicincang]
100 gm brokoli [dipotong]
100 gm bunga kobis [dipotong]
100 gm Lobak merah [potong kecil dan panjang]
5 tangkai baby corn
2 sudu besar minyak masak
2 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 cawan air rebusan ayam
2 s/b sos tiram
1 s/b lada sulah
garam
minyak
Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak dan goreng kuey tiow yang telah digaul bersama telur dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan.
2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan lobak merah.
4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
6. Tuang kuah ke atas kuey tiow dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas


Kuey Tow Ladna.
Bahan-bahan : -
• Sebungkus kuey teow -basuh, toskan kemudian perap dengan kicap manis sebentar.Kemudian di goreng tanpa minyak .
• 15 ekor udang
• Isi ayam
• Daging
• 4 ulas bawang putih - di tumbuk
• 3 sudu makan sos tiram
• 2 sudu makan sos ikan
• 1 kiub pati ayam
• 5 biji cili api - ditumbuk
• sedikit lada hitam / putih - di tumbuk
• 1 biji Lobak Merah - dihiris
• seikat sawi - dipotong
• sedikit tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air utk memekatkn kuah
• Bawang goreng dan daun sup untuk hiasa.
Cara-cara
1. panaskan minyak. masukkan bawang putih dan goreng sehingga kekuningan dan naik bau..Kemudian masukkan ayam dan daging yg dipotong kecil.
2. Bila ayam & daging dah masak, masukkan sos tiram dan sos ikan... goreng seketika. Kemudian masukkan air.
3. masukkan kiub ayam dn biarkan mendidih seketika..kemudian masukan lobak merah terlebih dahulu.
4. masukkan udang, cili padi, sawi, lada hitam/putih tumbuk dan garam.
5. masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn air utk memekatkan kuah.
6. setelah kuah masak bolehlah dihidang bersama kueh teow panas-panas
7. taburkan bawang goreng, daun sup dan limau nipis...


MEE BANDUNG
Bahan-bahan:
500g Mee kuning dicelur
200g Tulang lembu/ayam direbus (untuk jadikan stok)
100g Udang hidup/Sotong
100g Sawi
7 cawan Air
½ cawan Sos tomato
2 biji Telur
1 sudu besar Perencah pati ayam
Secukup Garam
Secukup Gula
Secukup Minyak untuk menumis
X: dikisar halus
½ cawan Udang kering
20 tangkai Cili kering
10 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang putih
3 sudu besar Kacang goreng, dikisar
2 batang Serai, dititik
1 biji Keledek, direbus dan dikisar
Cara Menyediakan:
(1) Panaskan minyak, tumis (X) hingga wangi kecuali keledek.
(2) Masukkan air rebusan daging, udang dan biarkan mendidih.
(3) Tambahkan sos tomato, perencah pati ayam, garam dan gula serta keledek.
(4) Biarkan mendidih baru masukkan sawi dan telur.
(5) Hidangkan dengan mee kuning, hirisan cili merah, bawang goreng dan limau nipis.