Sabtu, 18 Disember 2010

GANU-KUANTAN-KG BARU-KUANTAN-KELATE....

Al-kisahnyer sambungan cerita aku aritu, ibu aku akhirnya pergi ke kuantan umah abang aku,bukan dengan bas tapi dengan aku!

Mula-mulanya pagi selasa tue sedang aku baru jer masuk keje,ibu aku menelefon bagitahu yg dia terpaksa pergi ke kuantan arini juga sbb keadaan anak sedara aku masih tiada perubahan. Aku jd buntu sekejap sbb mana aku nk letak anak aku yg 2orang tue????nak tinggalkan kat umah kakak aku yg dok kat Tanah Merah tue,dia sendiri pun daftar masuk wad arini sbb nak prepare utk operation. Bincang punya bincang dgn teman sekerja aku akhirnya aku ambik keputusan utk memohon cuti tanpa gaji dgn bos aku kerana menjaga anak aku.

Nasib baikler manager aku,Mr Tan,memahami masalah aku dan meluluskan cuti aku. Terima kasih banyak2 aku ucapkan pd Mr Tan kerana memahami dan bertimbang rasa.

Sebelum balik aku menelefon ibu aku memaklumkan tentang cuti aku. Sementara aku berkemas-kemas nak pulang,terjumpa dengan ibu sedara aku. Lantas aku memberitahu beliau tentang pemergian ibu aku ke Kuantan. Ibu sedara aku memberi cadangan agar aku sahaja yg pergi menghantar ibu aku ke Kuantan. Fikir punya fikir,aku rasa betul juga sbb aku pun da dapat cuti. Sekali lagi aku menelefon ibu aku menyatakan rancangan aku. Ibu aku bersetuju dan menyuruh aku pergi ke tempat keje suami aku pula utk berjumpa dengan bos suami aku memohon cuti utk ke Kuantan. Lantas,aku menelefon suami aku dan kami berjanji utk berjumpa di tempat kejenya sambil aku nak berjumpa dan melihat kakak aku yang akan dimasukkan ke dalam wad.

Selepas berjumpa dgn bos suami aku memohon cuti dgn menyatakan tujuan kami utk ke Kuantan,aku menelefon kakak aku dan dimaklumkan dia sudah berada di dalam wad. Dengan itu aku tak sempat utk berjumpa dengan dia namun aku memberitahu tentang pemergian kami semua ke Kuantan.

Balik sampai umah,aku mengemas barang2 dan pakaian yg hendak dibawa ke Kuantan. Pukul 12 lebih kami bertolak ke Kuantan. Sampai di Machang, ibu aku meminta aku berhenti singgah di mana-mana kedai makan kerana kelaparan. Kami berhenti singgah makan di depan Uitm Machang.

Setelah mengisi perut,lebih kurang pukul 1 kami bertolak ke Kuantan. Dalam pukul 3 lebih,kami sampai di rumah kakak aku yg terletak di Batu 6,Manir,Terengganu. Kami singgah berehat,mandi,solat dan makan. Pukul 4.30petang,kami meneruskan perjalanan kami ke Kuantan.

Akhirnya kami sampai di Kuantan pada pukul 8 malam. Ibu aku menelefon abang aku bertanyakan arah untuk ke hospital tempat anak sedara aku berada. Abang aku memberikan arahan jalan utk aku menuju ke hospital tersebut. Oleh kerana hospital tersebut adalah hospital swasta maka bolehlah kami masuk melawat anak sedara aku yg berada dlm wad.

Masya-Allah,kesian sungguh dengan anak sedara aku ni! Seluruh tubuhnya bengkak dan sembab kerana terlalu banyak masuk air dan ubat. Matanya jer yg terkebil-kebil melihat kami yg datang.

Pukul 9 lebih kami dibawa oleh abang aku untuk makan sebelum dihantar ke rumahnya. Agak jauh juga perjalanan dari hospital ke rumahnya.

Sampai di rumah abang aku,apalagi aku terus mandi bagi menyegarkan tubuh yg agak keletihan kerana memandu sepanjang hari. Selepas mandi,apalagi tidurlah...ngantuk siot!!!! Abang aku pula pergi semula ke hospital setelah mengambil beberapa helai pakaiannya sendiri dan juga pakaian kakak ipar aku.

Keesokan pagi sedang aku berehat-rehat di rumah sementara ibu aku menyediakan nasi dan lauk utk abang aku bawa ke hospital,kakak ipar aku memberitahu bahawa doktor menyatakan yg anak sedara aku sudah menampakkan perubahan yg semakin baik dgn demam yg semakin berkurangan. Abang ipar aku yg berada di Kelate pula menelefon bagitahu yg kakak aku telah ditolak masuk ke dalam dewan pembedahan.

Menjelang tengahari,kami mendapat berita yang kakak aku telah selamat dalam pembedahan membuang batu yg ada dalam hatinya. Alhamdulillah,kami bersyukur sangat kerana semuanya telah selamat.

Aku dan ibu aku serta suami dan anak-anak aku mengikuti abang aku ke hospital melawat anaknya semasa dia pulang mengambil nasi dan lauk. Kelihatan anak sedara aku sudah boleh bangun dan tersenyum melihat kami. Balik dari hospital,aku bersiap-siap pula untuk ke Kuala Lumpur. Alang-alang da sampai Kuantan,da dekat jadi aku dan suami aku bercadang utk ke Kg Baru berjumpa dgn kawan2 dan kenalan yg telah lama kami tinggalkan sejak berpindah balik ke kampung di Kelantan.

Selepas makan tengahari dalam pukul 2 petang kami bertolak ke Kg Baru. Dekat memang dekat dari Kuantan ke Kuala Lumpur tapi dier punyer tol, mak ai,mahal giler!habislah dlm RM50 utk tol saja!

Lebih kurang pukul 5 lebih kami sampai di Kuala Lumpur, time orang balik keje. Apalagi jammed ler. Dari Gombak ke Kg Baru, tidak sukar utk aku mencari jalan walaupun ini kali pertama aku drive melalui jalan KL kerana aku sudah biasa dgn KL. Maklumler, study kat cni,bercinta kat cni,enjoy kat cni,berjalan-jalan kat cni then lepas nikah pun aku stay kat cni. Anak aku yg 2orang tu pun lahir kat cni.

Sampai kat Kg Baru kami terus singgah kat kedai Abg Ali jumpa dengan semua orang. Pastu aku ajak suami aku makan nasi bubur kat kedai yg kami selalu makan zaman bercinta n lepas nikah dulu. Siap makan,kami pulang ke rumah kak tina untuk tumpang tidur. Setelah meletakkan barang-barang dan berjumpa dengan kak tina,aku  dan suami membawa anak-anak kami berjalan-jalan ke KLCC dengan menaiki LRT.

Dari rumah kak tina nak ke stesen LRT Kg Baru,kami melalui rumah yg pernah kami sewa semasa stay kat cni dahulu.

Kami lepak sekejap jer kat taman KLCC tengok air pancut kerana anak-anak aku da keletihan. Sampai di rumah,kak tina masih belum tidur menunggu kami pulang. Kak tina turut menunggu anak perempuannya balik dari kerja di chow kit. Aku mengenali anak perempuannya kerana pernah menjaga anak aku yg sulung semasa aku bekerja di 7E Kg Baru dahulu.

Pukul 11 lebih barulah anaknya pulang dari kerja.Setelah 2 tahun berpisah,banyak perubahan yg berlaku pd anak kak tina yg aku panggil Pina.

Keesokkan paginya dalam pukul 10 lebih aku dan suami aku sekali lagi membawa anak-anak aku ke KLCC. Kali ini kami membawa mereka mandi di kolam tempat mandi di taman KLCC. Punyalah seronok anak-anak aku dapat mandi dan bermain. Setelah puas bermain,kami berjalan-jalan sekitar KLCC. Sempatlah melihat latihan tarian dan persembahan kerana ada Festival Seni di KLCC pd sebelah malamnya.

Selepas makan,kami kembali ke Kg Baru berjumpa dengan Abg Ali, Kak tina dan semua kenalan untuk berterima kasih kerana menumpangkan kami tidur dan melayan kami sepanjang kami datang ke Kg Baru. Sebelum bertolak pulang ke Kuantan,kami singgah ke rumah Abg Ali melihat isterinya yg baru bersalin.

Dalam pukul 2 lebih kami bertolak pulang dan sampai di Kuantan pada pukul 6petang.

Keesokkannya,kami bersiap-siap pula untuk pulang ke Kelantan. Ibu aku tidak balik bersama kerana ingin tinggal beberapa hari lagi di rumah abang aku. Sebelum pulang,kami pergi ke hospital untuk melihat anak sedara aku. Alhamdulillah,anak sedara aku semakin sihat. Muka dan tubuhnya tak lagi sembab. Dia sudah boleh bergurau dan bermain-main dengan anak-anak aku. Abang aku melukis dan memberikan peta ringkas untuk aku balik ke Kelantan dgn melalui Jerangau-Jabor.Setelah makan tengahari di kafe hospital,aku dan suami serta anak-anak bertolak pulang ke Kelantan.

Alhamdulillah,perjalanan kami selamat sampai di Kelantan pada pukul 7 petang. Kakak aku yg tinggal di Terengganu ada di rumah aku balik bercuti hujung minggu sambil melawat kakak aku yg melakukan pembedahan. Setelah berehat seketika,malamnya aku pergi pula ke rumah kakak aku di Tanah Merah untuk melihat dan bertanyakan khabarnya yg baru lepas dibedah. Kali ini aku meminta suami aku membawa kereta kerana aku sudah kepenatan yg teramat sangat. Dahla esok aku da mula bekerja!!!

Keesokkannya, aku pergi keje seperti biasa.............

Satu perjalanan dari Kelantan ke Kuantan berjalan-jalan ke Kuala Lumpur pulang ke Kuantan dan balik ke Kelantan semula tanpa perancangan dan tanpa di sangka!!!!!!

Enjoy......

At Last!!!!!!!!

Alhamdulillah,setelah berbulan lamanyer aku takleh nk menulis citer yg terbaru dlm blog aku akhirnya mlm ni aku dapat menulis!!!

Tak tahulah naper sejak post aku yg terakhir tentang surat tunjuk sebab tue aku tak boleh nak menulis cerita yg trbaru. Biler aku buka jer bahagian utk menulis "NEW POST' ni asyik rounding jer.Tuhan jerlah yg tahu betapa tension n bengangnyer aku.

Tetiap malam aku buka blog aku tp still camtu gak.Cerita yg kononnya baru da jadi basi menunggu rounding tersebut.

Punyalah lama aku tak ambik kisah n tak ambik tahu lg pasal blog aku(konon merajukler),tetiba tergerak hati aku nak buka blog aku ni malam ni. Setelah hampir 2bulan,akhirnya aku da dpt menulis balik.....(",)

Ahad, 17 Oktober 2010

SURAT TUNJUK SEBAB

Pagi-pagi lagi lepas punch card aku dengan assistant aku da kena tahan oleh kerani HR untuk tulis surat tunjuk sebab yang kami dok mengelak semalam.Nasib baik mood aku da ok sikit so aku pun terus ambil surat dan pen untuk menulis.

Baca jer surat tunjuk sebab tu aku jadi hangin balik.Apa taknyer,dalam surat tu menyatakan bahawa aku dikenakan tindakan menulis surat tunjuk sebab kerana 'TIDAK HADIR BERTUGAS TANPA SEBAB DAN MAKLUMAN"!!!

Aku pun apalagi,bantai tulis cukup-cukup.Aku tulis dalam surat tu bahawasanya pada pukul 7 pagi lagi aku sudah menghantar sms kepada HR dan kak yani untuk memaklumkan yang aku tidak dapat bekerja pada hari itu kerana anak aku demam.

Kemudian,pada lebih kurang pukul 9.45 pagi pula aku sekali lagi telefon kak yani untuk meinta tolong dari beliau menjaga stor (bakc-up) bagi pihak aku.Aku juga memberitahu kak yani yang assistant aku juga tak dapat datang kerja kerana berada di hospital krai melawat ibu mertuanya yang tiba-tiba dimasukkan ke hospital waktu subuh.

Pada pukul 10 pagi pula mak tiri telefon marah-marah kerana aku dan assistant tidak datang  bekerja.Aku menjelaskan yang aku tidak tahu assistant aku pun tak datang kerja dan semua ini diluar pengetahuan dan kawalan kami.

Dengan itu,aku menulis dalam surat itu menyatakan tiada sebab dan alasan untuk pihak syarikat membuang aku dari bekerja di situ kerana aku telah memaklumkan kepada Bahagian Sumber Manusia tentang ketidak hadiran aku.

Aku memang hangin n bengang betulla dengan tino sekor ni.Da nyata-nyata dia telefon aku dan da nyata-nyata juga aku da terangkan dan jelaskan pada dia sebab-sebab mengapa aku tak datang kerja tapi boleh lagi dia suruh HR buat surat tunjuk sebab pada aku dengan alasan aku tak maklum tak datang kerja!Takkan nak suruh aku duduk menghadap menyembah dia baru dia nak terima makluman aku tu.Besar sangat ke die?!Setakat da jadi Accaunt n HR Administrator da berlagak nak mampus.Klo jadi manager nanti alamatnyer gila semua yang kerja bawah dia.Skang nipun da berapa ramai kerani akaun yang bertukar-tukar kerja bawah dia,tak tahan!

Punyalah busuk hati tino ni.Sampai bila-bila pun memang aku ingatlah apa yang dia buat pada aku.

Balik umah aku dok membebel tak puas hati pasal tino tu pada ibu aku dan suami aku.Ibu aku lak dok tengah risaukan pasal anak abang aku yang dok kat kuantan nu sebab abang aku telefon nangis-nangis bagitahu yang anak dia yang paling kecil tu demam masuk wad dan disahkan kena denggi.Yang merisaukan ibu aku,dia nak pegi kuantan nak tengok cucu dia agak berat hati kerana hari selasa ni kakak aku yang dok kat tanah merah tu lak akan dimasukkan ke dalam wad juga kerana keesokkannya dia akan dibedah untuk membuang hempedunya yang mengandungi batu.

Jadi,ibu aku menjadi serba salah untuk meninggalkan kakak aku.Setelah menelefon kakak aku yang dok kat terengganu akhirnya ibu aku membuat keputusan untuk pergi ke kuantan pada hari khamis jadi sempatlah melihat dan meneman kakak aku melakukan operation.

Lalu,ibu aku menelefon pula abang aku bertanyakan khabar anaknya sambil memberitahu akan ke kuantan pada hari khamis.Abang aku menyatakan yang keadaan anaknya tiada perubahan.

Hmm,jadi ke ibu aku ke kuantan hari khamis ni?selamat ke pembedahan ke atas kakak aku?macam mana pula keadaan anka sedara aku tu?tunggu ek.....

Ahad, 10 Oktober 2010

10.10.2010

Hmm,cantik betul tarikh arini.Ramai orang yang buat something sempena tarikh arini.

Klo kiter baca Metro arini terdapat berita mengenai ibu-ibu yang mengandung yang sanggup melakukan apa saja untuk melahirkan anak mereka pada hari ini.

Ada yang sanggup melewatkan kelahiran walaupun due date mereka sudah terlewat beberapa hari.Ada pula yang sanggup mengawalkan kelahiran dengan melakukan pembedahan.Manusia,manusia...apalah yang ada pada tarikh?

Apa-apapun yang penting hari ini HARI LAHIR aku.HEPI BESDAY to me!!!

Di sebalik kegembiraan menyambut hari lahir aku,terselit juga kisah sedih dan membengangkan aku.Kisah bengang ini berpunca dari semalam.
Al-kisahnyer balik dari rumah bomoh,kakak,anak aku yang sulung demam.Semalaman aku dan ibu aku tidak tidur menjaga kakak kerana risau panas tubuhnya berlarutan.

Setelah diberi ubat dan disapu kepala dan tubuhnyanya dengan air biasa,dekat subuh barulah kami boleh tidur.Kesudahannya kami kesiangan.Nasib baik kami terjaga pada pukul 7.30am,sempatlah suami aku bersiap-siap ke tempat keje.

Aku pula masih berasa mengantuk dan sakit kepala.Oleh kerana badan anak aku masih panas,risau untuk meninggalkan dia dan kesiankan ibu aku maka aku mengambil keputusan untuk tidak pergi keje.

Dengan itu aku menghantar sms kepada lina dan kak yani untuk memaklumkan mereka tentang ketidakhadiran aku ke tempat keje dan meminta tolong supaya mereka dapat back-up keje aku.

Sedang aku memberi ubat kepada kakak,assistant aku pula menghantar sms memberitahu tidak dapat datang keje kerana ada di hospital kuala krai kerana ibu mertuanya masuk hospital.

Adus,masalah ni.Aku tak datang keje,assistant aku pun tak datang keje.Alamatnya kecohla 'mak tiri' aku nanti.

Aku pun menelefon kak yani untuk memberitahunya.Kak yani da mula bising sebab kejenya pun masih banyak belum siap.Itu baru kak yani.Belum lagi aku bagitahu 'mak tiri'.

Sedang aku berkira-kira nak telefon 'mak tiri', dia terlebih dahulu telefon aku!Apalagi memang kena sembur habis-habisanlah aku!

Itu cerita semalam.Cerita arini pula...
Sampai jer aku di tempat keje,assistant HR bagitahu yang aku dapat surat tunjuk sebab dari 'mak tiri' sebab tak datang keje semalam.Pagi-pagi lagi da spoil mood aku.Assistant aku pun dapat surat tunjuk sebab gak.

Kiranya semalam kami dikira ponteng keje,tak datang keje tanpa sebab!

Aku memang hangin betullah.Camner lak aku boleh surat tunjuk sebab sedangkan semalam bukan kata sms,aku siap telefon lagi bagitahu sebab kenapa aku tak datang keje.Tetiba lak kena tindakan camni?

Memang siot toller pompuan ni.Perangai berlagak ntah pape!Patutlah Tuhan tak bagi anak!

Bukan aku sorang jer yang tak puas hati dengan dia ni.Budak-budak lain pun ramai yang tak puas hati dengan perangai n mulut dier yang cam longkang tu.Gara-gara mulut dia gaklah pernah ada budak yang tak puas hati da gores kasi calar kereta dia tapi still tak reti-reti nak jaga mulut tu.

Sampai ke sudah aku balik keje kol 6.30pm aku tak naik-naik jumpa HR untuk tulis surat tunjuk sebab tu.

Aku memang tak puas hati n bengang so aku rasa better aku cool down dulu sebelum aku tulis surat tunjuk sebab tu.Klo tak,tak pasal-pasal aku gaduh lak.Maklumler aku pun jenis panas baran gak.

Esok,tengok jelah dulu camner.Tapi rasanya aku akan tulis ayat baik punyer bagi pedas sikit da sibuk sangat suruh aku tulis surat tunjuk sebab kan.Ko nak baca,nak terima sebab aku tu lantak,ko punya pasal...

PELEPAS

Seperti yang aku ceritakan sebelum ini,petang jumaat 8/10/2010 lepas asar tu aku bersama dengan ibu dan suami aku serta anak-anak aku pergi ke rumah bomoh untuk melakukan upacara 'pelepas' untuk ibu aku.

Sesampainya kami di rumah bomoh itu,kami berselisih dengan sebuah kereta yang bernombot plat Terengganu baru saja beredar dari perkarangan rumah bomoh itu.
Naik ke atas rumah bomoh,terdapat 2 orang pembantu bersama-sama bomoh itu.

Setelah menyerahkan barang-barang yang dipesan oleh bomoh tersebut iaitu benang mentah,air mawar,limau nipis dan limau purut, ibu aku diminta duduk di depan bomoh itu.

Memulakan upacara,bomoh itu berselawat ke atas nabi seterusnya membaca surah-surah dari al-quran.
Ibu aku disuruh minum segelas air kosong yang dicampurkan dengan sedikit air mawar.Bomoh tersebut menyuruh ibu aku membaca selawat sebelum meminum air tersebut.

Selepas itu,ibu aku disuruh duduk melunjurkan kaki dengan membelakangi bomoh itu.
Dengan mulut terus membaca surah al-quran(dapat didengar dengan jelas bacaannya) bomoh itu menaburkan beras di sekeliling ibu aku.

Dengan pertolongan seorang dari pembantunya,bomoh itu mengambil benang mentah yang telah menjadi satu lingkaran.Dia memasukkan benang mentah itu bermula dari kepala sehingga ke kaki.Setelah itu,dia memberikan benang itu kepada ibu aku untuk dilakukan cara yang sama seperti yang dilakukannnya.
Sementara ibu aku melakukan seperti yang disuruh,pembantu tadi berada di hujung kaki ibu aku untuk menyambut keluar benang mentah yang sedang dipegang oleh ibu aku.

Selepas itu,ibu aku di pukul dengan perlahan dibahagian belakang bermula dari kepala hingga ke kaki dengan daun yang aku pun tak tahu nama daun itu cuma yang aku tahu daun itu digoreng bersama telur.
Ada sekali,bomoh itu menggenggam beras dan diletakkan di atas kepala ibu aku dan ditaburkan.
Akhirnya,bomoh itu memotong semua limau nipis dan purut dan digunakan untuk memandikan ibu aku.

Alhamdulillah,segalanya telah selesai.Mengikut kata bomoh itu,insyaAllah dengan izin Allah semuanya telah berakhir.

Tepatlah sangkaanku bahawa tiada aktiviti paranormal yang menakutkan apalagi menggerunkan yang berlaku semasa upacara 'pelepas' ini.Sesungguhnya semua peristiwa yang berlaku ini menginsafkan dan menyedarkan aku tentang kebesaran Allah.
Allahuakbar...

Jumaat, 8 Oktober 2010

2 MINGGU

Hari ini sudah dua minggu sejak ibu aku membuang saka yang ada pada dirinya.Mengikut kata bomoh,hari ini ibu aku kena datang ke rumahnya untuk dimandikan bagi 'pelepas' segala benda dari tubuhnya.
Untuk upacara 'pelepas' ini,bomoh tersebut menyuruh ibu aku menyediakan bahan-bahan seperti benang mentah,air mawar,limau nipis dan limau purut.
Kali ini aku akan dapat melihat dengan mata aku sendiri upacara 'pelepas' ini setelah aku hanya mendengar cerita sahaja tentang pembuangan pelesit dahulu kerana aku tak dapat melihat gara-gara kereta aku yang rosak.
Mengikut perjanjiannya,ibu aku diminta supaya berada di rumahnya dalam pukul 5pm.Jadi,mengikit perkiraan dan perancangan,kami akan bertolak ke rumah bomoh itu selepas asar.
Segala bahan-bahan telah disediakan cuma menunggu masanya sahaja.
Tapi,aku kira tiada lagi peristiwa yang mengejutkan,menakutkan apatah lagi yang misteri akan berlaku dalam upacara ini.
Apapun,untuk mengetahuinya terpaksalah tunggu malam ini....(" ,)

Ahad, 3 Oktober 2010

KERETA

gara-gara kereta rosak,selama dua hari(isnin dan selasa) aku lewat datang keje.Klo berterusan camni alamatnyer dapat surat tunjuk sebabler.Nasib baikler hari isnin malam tu sepupu aku tepon bagitahu yang kereta aku da siap repair.Aik,cepatnyer.Aritu kater lama.

Hmm,patutlah cepat.rupa-rupanya bukan enjin yang rosak.Tapi,menurut cerita sepupu aku ada sebatang screw yang entah dari mana datangnya terlekat dekat enjin menyebabkan enjin tak boleh nak dihidupkan.Jadi,sepupu aku dah buang screw tersebut dan menggantikan starter dengan yang baru kerana starter yang lama da rosak.Kos keseluruhan cuma RM300 jer,nasib baik.

Keesokannya,aku pun sediakanlah duit sebanyak RM300 tu sambil menunggu panggilan dari sepupu aku keran dia berjanji untuk datang menghantar kereta aku ke tempat keje aku.Sekali sepupu aku tepon bagitahu yang kos repair kereta aku terpaksa ditambahkan kerana ada beberapa benda yang perlu ditukar seperti bateri kereta aku yang sudah weak.Aku pun terus bersetuju dan meyuruh dia melakukan apa yang patut agar kereta aku elok.Alang-alang repair,biar puas hati.

Malam baru sepupu aku datang hantar kereta keran siang tadi takder orang untuk diajak datang menghantar kereta aku.Al-kisahnya,aku kena tambah dalam RM300 lagi.Semasa bertemu dengan sepupu aku,pelbagai pesanan yang diberikan dalam penjagaan kereta supaya tidak rosak teruk.

Alhamdulillah,kereta aku siap repair dengan cepat tanpa ada masalah.Dengan itu,taklah aku lewat lagi ke tempat keje.Lepas ni aku mesti lebih berhati-hati dan alert dengan tanda-tanda bateri,cooler dan minyak silinder untuk mengelakkan kereta aku rosak dengan lebih teruk lagi.

Pengajarannya,jangan tahu bawa kereta saja....hehehehe

Jumaat, 1 Oktober 2010

SUSUK

Whoa!!!!Memang satu pengalaman yang...pergh...tak taulah nak cakap camner but its really satu pengalaman yang interesting,fantastic n scarry!

Mengikut pesanan ibuku,bomoh tersebut menyatakan bahawa pada pukul 9pm suami aku perlu berada di rumahnya.Dengan itu,selepas isyak kami terus bertolak dan sampai di rumahnya tepat pukul 9pm.Pada masa kami sampai ada 2orang pemuda yang turut berada di rumah bomoh tersebut.Sementara menunggu bomoh tersebut membuat persiapan,kami bersembang.Sedang bersembang,telefon aku berbunyi isyarat mesej.Rupanya kakak aku yang menghantar mesej memberitahu akan datang ke rumah bomoh bersama-sama suaminya untuk turut melihat upacara membuang susuk dari suami aku.

Sedang elok upacara nak dimulakan,kakak aku dan suaminya sampai.Upacara bermula dengan bomoh tersebut menyuruh suami aku meminum air zam-zam yang kami bawa.Rupa-rupanya 2orang pemuda tadi adalah pembantu kepada bomoh tersebut.

Selepas meminum air zam-zam,suami aku disuruh baring oleh bomoh tersebut.Seterusnya dia membaca surah-surah pendek dari Al-Quran sambil membasuh dan menggosok muka suami aku dengan air zam-zam.Maka bermulalah upacara membuang susuk tersebut apabila dia meminta pertolongan dari salah seorang pembantunya untuk memegang dua biji limau nipis dan diletakkan rapat di kedua-dua belah pipi suami aku.Sambil membaca ayat-ayat Al-Quran,bomoh tersebut turut menabur dan membaling beras ke arah tubuh suami aku yang sedang berbaring.Selepas itu,dia berhenti di hujung kaki suami aku.Sambil mulutnya tak henti-henti berzikir dan bertasbih,beliau memegang hujung ibu jari kaki suami aku dan perlahan-lahan bergerak ke arah atas sehingga berhenti pada bahagian perut.Kelihatan seperti beliau mengalami kesukaran seolah-olah menolak suatu benda yang berat.Dia terus menolak "benda" itu sehingga sampai ke pipi suami aku.Setelah itu,dia meminta tolong kedua-dua pembantunya duduk di hujung kaki suami aku untuk menolongnya menolak "benda" dalam tubuh suami aku yang agak liat untuk keluar.Walaupun dengan pertolongan dua orang pemuda tersebut,kelihatan "benda" tersebut agak sukar untuk dikeluarkan kerana kedua pemuda tersebut nampak bertarung dengan hebat.

Setelah kedua-dua cara tersebut tidak berjaya,bomoh tersebut mencuba cara yang lain pula dengan menyuruh suami aku menggengam dua biji limau dengan kedua-dua belah tangannya dengan kemas dan erat.Setelah itu,bomoh itu memulakan upacaranya semula dengan menolak ‘benda’ bermula dari muka suami aku menurun ke tangan suami aku.Kelihatan tangan suami aku bergetar dan berpeluh-peluh.Serentak dengan itu juga muka suami aku berkerut-kerut seolah-olah menahan kesakitan yang teramat sangat.

Setelah bertungkus lumus,akhirnya ‘benda’ itu berjaya dikeluarkan dari tubuh suami aku melalui limau yang dipegang.Namun,kesukaran terjadi juga apabila ‘benda’ itu agak melawan dan sukar dikeluarkan melalui tangan kiri suami aku.Dengan izin Allah,dapat juga dikeluarkan.

Setelah itu,bomoh tersebut mengalinkan sebiji telur pada seluruh muka suami aku.Apabila telur itu dipecahkan,kelihatan sedikit darah dalam telur tersebut yang mana mengikut kata bomoh,darah itu merupakan bekasan susuk dari dalam muka suami aku.

Seterusnya untuk mengeluarkan semua kesan susuk yang masih ada dalam tubuh suami aku bomoh itu menyuruh suami aku untuk duduk dengan meluruskan kakinya dan menyuruh kedua pembantunya untuk duduk di hujung kaki suami aku untuk ‘menarik’ keluar semua sisa-sisa susuk yang masih ada.

Seperti biasa,dengan nama Allah bomoh tersebut memegang kepala suami aku dan menolak ‘sesuatu’ ke bawah sehingga sampai ke bahagian peha suami aku dan disambut dan disambung aksi menolak itu oleh kedua pembantunya.

Semasa proses sedang berlaku,tiba-tiba salah seorang pembantunya terpelanting dengan gaya seolah-olah memegang sesuatu dengan kemas sambil menjerit kearah aku dan kakak.Oleh kerana terkejut,kami terlompat dari kerusi dan bergegas menuju ke pintu untuk keluar.Melihat keadaan itu,bomoh tersebut cepat-cepat menghampiri pembantunya sambil memegang sebiji botol kosong.Setelah itu bomoh tersebut kelihatan mengambil sesuatu dari genggaman pembantunya dan memasukkan ke dalam botol.Selepas itulah baru kelihatan pembantunya sedarkan diri.

Melihat suasana sudah terkawal,aku dan kakak masuk semula ke dalam rumah dan duduk di atas kerusi.Setelah 3 biji botol terisi dengan ‘benda’ yang dikeluarkan dari kaki suami aku,bomoh bertanyakan pada suami aku samada masih terasa sakit dimana-mana bahagian tubuh.Suami aku menjawab dengan menyatakan yang kakinya masih terasa sakit dan berat.

Lalu,bomoh itu menyuruh kedua-dua pembantunya untuk duduk sekali lagi di hujung kaki suami aku dan menarik keluar semua sampai habis bekas susuk yang masih ada.Dengan bergabung tenaga dan dengan izin Allah,akhirnya semuanya dapat dikeluarkan.Sekali lagi bomoh bertanya pada suami aku untuk memastikan segala upacara dan proses telah berjaya.Kali ini suami aku menyatakan tiada lagi rasa sakit atau berat pada mana-mana bahgian tubuhnya malahan kepalanya pun berasa ringan dan hati menjadi tenang dan lapang.

Setelah itu,bomoh tersebut menyatakan bahawa susuk yang telah dikeluarkan tadi telah dihantar dan dipulangkan semula kepada tuannnya.Sebelum pulang,bomoh itu memberikan sebotol besar air untuk suami aku gunakan untuk mandi sebaik saja sampai di rumah.Selain itu,bomoh tersebut turut memberikan petua dan nasihat kepada kami semua.

Alhamdulillah,dengan izin Allah segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna.Pengalaman ini menjadi satu pengajaran dan peringatan kepada aku bahawa suatu ilmu yang salah dan meyimpang dari ajaran islam pasti mendapat balasan dan menghuru-harakan hidup seseorang.Apa-apapun aku amat bersyukur di atas segalanya.

Ahad, 26 September 2010

Kereta Rosak!!!!

Sabtu,25/9/2010,06.30pm-aku punyalah bersemangat nak balik dari kerja sebab malam ni tak sabar-sabar nak melalui 1 pengalaman untuk melihat dengan mata aku sendiri bagaimana caranya untuk "menangkap" dan "menyembuhkan" seseorang dari gangguan makhluk halus @ hantu.
Aku start jer enjin kereta,bunyi semacam jer.Aku dah mula cuak sebab pernah dulu sekali kereta aku jadi camni then terus takleh nak start.Aku try sekali lagi,keluar bunyi camtu gak.Adoi,aku da mula rasa tak sedap hati.Janganlah kereta ni buat hal time-time camni.Dahler malam ni aku nak bawa ibu dengan suami aku pergi berubat,esok lak aku ada temujanji dengan doktor pakar di HUSM Kubang Kerian!Kali ketiga aku try start lagi da takleh,takder bunyi langsung.Confirm kereta aku rosak lagi!Apalagi.aku pun terus contact suamiku dengan abang ipar aku minta tolong beb.Kawan-kawan sekerja aku pun cuba tolong aku.Mula-mula ingatkan bateri weak so try jumper dengan kereta member tapi tak dapat gak.Bila suami dan abang ipar aku sampai pun diorang tak dapat buat apa-apa.lastly abang ipar aku tepon sepupu aku yang memang pandai repair kereta.Sepupu aku janji nak datang lepas maghrib.so,aku balik dengan suamiku,merempit ler naik motor.
Disebabkan kereta aku rosak,abang ipar aku yang datang ambil ibu aku dan bawa dia berjumpa dengan bomoh untuk membuang pelesit yang ada mendampinginya.so,tak dapatlah aku melihat bagaimana cara yang dilakukan oleh bomoh tersebut.
Berbalik pada kereta aku yang rosak itu pula,setelah sepupu aku datang dan melihat kereta aku,rupa-rupanya minyak silinder dah kering menyebabkan enjin kereta aku jammed.Nak tak nak terpaksalah aku tukar enjin kereta aku tu.mengikut kata sepupu aku tu,sediakanlah dalam seribu lebih untuk baiki kereta aku tu!Punca masalah kenapa kereta aku takleh start da jumpa.masalahnyer sekarang macam mana nak bawa kereta aku ke bengkel sepupu aku tu.Bincang punya bincang kami bercadang nak tarik kereta tue tapi nak tarik dengan apa?Kereta wira sepupu aku tak boleh digunakan untuk menarik kereta kancil aku.Fikir punya fikir teringat aku pada seseorang yang boleh menolong aku.Walaupun jam sudah pukul 10malam,aku dengan muka tak malu tepon kawanku itu untuk meminta tolong dari beliau menggunakan pajeronya untuk menarik kereta aku.Nasib baikler kawan aku tu sanggup menolong aku walaupun sudah larut malam.
Akhirnya,dengan pertolongan kawanku itu dapatlah kami menarik kereta aku yang rosak itu.Selesai semuanya,sampai di rumah jam sudah pukul 2am.Sempat lagi aku berbual dan bertanyakan pada ibuku mengenai pengubatannya.Menurut ibuku,bomoh tersebut telah menangkap 3ekor pelesit yang merupakan saka dari tubuh ibuku.Bagaimana caranya?Entahlah,aku pun tak tahu kerana ibuku tidak menceritakannya.Ibuku cuma memberitahu pesanan dari bomoh tersebut untuk membawa suamiku pula berjumpa dengannya pada malam esok untuk mengeluarkan susuk dan menyembuhkan suami aku.
Kepada kak Yani,suami aku,abang ipar aku,sepupu aku-Fadli dan kawannya,En Bakri dan adiknya serta kepada semua yang telah bersusah payah menolong aku semasa menghadapi masalah kerosakan kereta,terima kasih banyak-banyak aku ucapkan atas keprihatinan korang semua.
Malam ini aku harap tiada halangan lagi untuk aku membawa suami aku berjumpa dengan bomoh bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi berkenaan dengan susuk yang dipakainya.Jika ada cerita yang menarik semasa proses pembuangan susuk itu,pasti akan aku kongsikan lagi di sini.

Jumaat, 24 September 2010

BOMOH

Bercakap mengenai bomoh,pada mulanya aku kurang percaya pada semua benda-benda tahyul ni.Tapi,bila semua benda terjadi sendiri pada diri aku sedikit demi sedikit aku mula mempercayai segala benda-benda ghaib itu.Aku juga mula mengakui yg ada makhluk lain yang turut tinggal bersama-sama kita di muka bumi ini.
Kisah bermula semasa aku belajar di sebuah kolej yang terletak di utara tanah air.Pada masa itu,aku menemani seorang kawan aku untuk mengawasi budak-budak sekolah rendah yang mebuat aktiviti di kolej tersebut.Aku dan kawanku telah ditugaskan untuk mengawasi 30 orang pelajar yang terdiri dari budak-budak perempuan darjah enam di salah sebuah dorm asrama di atas bukit.Pada malam tersebut,setelah semua tidur,aku dan kawanku masih lagi berjaga sambil menelaah.Tiba-tiba kawanku meminta tolong menemaninya ke tandas.Balik dari tandas,kami berdua berpandangan dengan mulut terkunci dan lidah kelu kerana melihat kipas siling yang telah kami matikan suisnya sebelum ke tandas sedang berpusing dengan laju.kami mengambil keputusan untuk tidak menghiraukannya.semasa kami sedang berbual-bual,kedengaran bunyi orang berjalan di luar tingkap bilik kami.Bila kami membuka tingkap dan menjenguk ke luar,tiada sesiapa yang kelihatan.Tapi,apabila tingkap ditutup semula,bunyi orang brjalan kedengaran semula.kami mula cuak.Tiba-tiba kedengaran pula bunyi dari dalam almari baju yang berkunci.Untuk menghilangkan rasa takut,kami mula membaca surah Yassin.Malangnya,semakin kuat kami membaca surah tersebut,semakin kuat pula kedengaran bunyi dari almari tersebut.Akhirnya kami tidur dalam ketakutan dengan berkongsi katil.
Pengalaman aku yang kedua di tempat aku bekerja sekarang.Usikan itu hanya dengan kedengaran suara seperti suara kawan sekerja aku sedangkan pada masa itu,kawan sekerjaku tiada bersamaku.Aku kuatkan semangat dan buat tak tahu saja kerana di situlah tempat aku bekerja mencari rezeki.
Pengalaman yang seterusnya baru saja beraku dan akan berlaku.Semuanya bermula semalam apabila aku menemani suamiku dan ibuku berjumpa dengan seorang yang boleh dikatakan seorang bomoh.Setelah ditilik,dikatakan bahawa ibuku itu sedang didampingi oleh "ibu pelesit".Menurutnya lagi,benda itu adalah saka yang diterima tanpa disedari dari nenek moyang.Saka tersebut dalam kelaparan yang amat sangat kerana tidak pernah dihiraukan oleh ibuku itu.sebab itulah tubuh ibuku semakin kurus dan lemah -lemah tubuh kerana saka tersebut memakan dirinya.Suamiku pula mengakui memakai susuk untuk menyedapkan suara(keje jadi dj kat kelab malam)semasa berada di Kuala Selangor berpuluh tahun dahulu dan telah melanggar pantang larang susuk menyebabkan hidupnya berada dalam kegelisahan.Menurut bomoh tersebut,oleh kerana suamiku itu telah melanggar pantang,maka ilmu susuk tersebut telah memakan diri sehingga berada di tahap yang agak kritikal di mana suamiku itu akan sampai ke satu tahap tidak akan kenal orang di sekelilingnya termasuk keluarga sendiri.Dalam erti kata lain,suamiku itu akan menjadi "GILA".
Oleh kerana hari sudah larut malam,maka satu perjanjian telah ditetapkan antara bomoh dan suamiku itu untuk membuang segala susuk dan ilmu hitam yang ada dalam tubuhnya dan juga untuk membuang saka dalam tubuh ibuku pada malam ahad ini,25/9/2010.Sebelum pulang,bomoh tersebut memberikan senarai barang-barang yang diperlukan bagi proses "pembuangan" tersebut.
Ingin tahu apa yang berlaku?Nantikan...Aku juga tidak sabar menunggu malam tersebut untuk mengalami satu peristiwa dan pengalaman yang tak pernah aku terfikirkan untuk alami.Tapi,aku amat berharap agar segalanya berjalan dengan lancar dan semua masalah dapat dibuang,InsyaAllah.