Isnin, 13 Oktober 2014

MEE KUAH DAGING




Bahan2:
2 peket mee kuning
1kg daging
2.5 liter air rebusan daging
Sos tomato
Sos cili
1 cawan kuah kacang
3 kiub stok ikan bilis
4 biji telur - utk pekatkn kuah
3 sudu besar cili kisar
Garam
Gula

Bahan2 Tambahan:
8 biji telur rebus - potong 2
Hirisan cili merah
Hirisan daun bawang
Sayur taugeh & sawi - celur
Bawang goreng

Bahan Kisar:
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia

Cara Memasak:
1.Rebus daging sampai empuk kemudian potong kecil dan simpan semua air rebusan tadi. Panaskn minyak dan tumis semua bahan kisar dan cili kisar sampai timbul bau wangi dan pecah minyak.
2.Masukkan air rebusan daging serta kacau kuah dan masukkn kiub stok ikan bilis bersama kuah kacang secukupnya. Masukkn juga sos tomato dan sos cili secukupnya.
3.kacau semua bahan dan boleh dimasuk semula daging yg telah dipotong tadi ke dalam kuah. Buarkn kuah masak sampai mendidih.
4.Masukkn garam dan gula secukup rasa kemudian pecahkan 4 biji telur ke dalam mangkuk serta kacau telur sedikit dan masukkn ke dlm kuah. Kacau perlahan-lahan sampai telur masak.
5.Celurkn mee,taugeh dan sawi - ketepikan.
Cara menghidang mee ni, mula-mula masukkn sayur taugeh/sawi dahulu dlm mangkuk kemudian mee dan tuangkan kuah bersama isi daging,telur rebus,bawang goreng,cili merah dan daun sup.

Selamat mencuba ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan