Jumaat, 25 Februari 2011

ASPIRE

FEMMI9 JUSSE


Femi9 Jusse adalah produk minuman kesihatan yang dirumus khusus untuk golongan wanita yang terdiri daripada 9 kandungan efektif iaitu ; Manjakani, Kacip Fatimah, Akar Serapat, Kurma Merah, Kurma Hitam, Buah Prune, Pueraria Lobata, Kolagen & Madu.
Kegunaan : Memelihara kesihatan tubuh badan, Melancarkan peredaran darah, Membersihkan rahim peranakan, Menghilangkan rasa letih,sejuk & sakit pinggang, Mengencangkan otot-otot, Menegangkan kulit & mencantikkan bentuk badan.
Tidak sesuai bagi ibu hamil, menstruasi perempuan, kanak-kanak & lelaki.
Harga : WM RM74.00, EM RM81.50



IRON JUSSE


Iron Jusse merupakan makanan kesihatan untuk tulang, sendi dan gigi yang diformulasikan dengan Kolagen, Kalsium, Magnesium, Omega 3, Vitamin D, Vitamin K, Vitamin C, Vitamin B6, Vitamin B12, Folid Acid , Zink, Protein dan Jus Mangga.
Harga : WM RM74.00, EM RM81.50



GAMAC

Gamac terhasil daripada gabungan kandungan efektif yang terdiri daripada; Ekstrak Gamat, Madu Lebah, Ekstrak Acaiberi, Kolagen dan Jus Buah-buahan Semulajadi.
Harga : WM RM111.00, EM RM122.00



HONEY
Honey Gella ini terbaik untuk membantu kesihatan sekeluarga. Dirumuskan dari sumber semulajadi seperti Habbatus Sauda' (Nigella Sautiva), Madu Asli, Royal Jelly, Bee Pollen dan Propolis. Ianya merupakan gabungan terkini untuk memberikan tahap kesihatan yang berkesan dan menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan. 
Harga : WM RM123.00, EM RM 135.00  



LADY DREAMER
Lady Dreamer ini merupakan satu-satunya minuman kolagen molekul kecil yang digabungkan dengan Co-Enzyme Q10 yang fungsinya amat berkesan untuk melambatkan proses penuaan dan mengekalkan kulit agar sentiasa sihat, segar dan berseri.
Harga : WE RM238.00, EM RM262.00



LEMON TEA
Kandungan yang terdapat dalam teh ini ialah Teh, Lemon Juice Powder, Vanilla Flavour, Mint Powder, Sucrose, Misai Kucing, Pegaga dan Mas Cotek.
Harga : WM RM25.90, EM RM28.5



INSPIRE COFFE
Antara kandungan yang terdapat dalam kopi ini ialah; Maca, Kurma, Ubi Jaga, Gano, Tongkat Ali Hitam, Kopi Segera, Krimer Bukan Tenusu, Skim Milk, Foaming Agent, Coffe Flavour dan Sucrose.
Harga : WM RM25.90, EM RM28.50



ASPIOR ORGANIK SHEA BUTTER
Aspior Organik Shea Butter ini berasal dari Bukina Faso, Afrika. Ianya tulen 100% dan merupakan pelembab yang istimewa serta mempunyai penyembuh untuk kulit. Ianya diproses secara 'Tekanan Sejuk' iaitu cara proses yang terbaik tanpa campuran bahan kimia. Dihasilkan daripada buah pokok Shea yang tumbuh sehingga 60 kaki dan hidup sehingga menjangkau 200 tahun.
Harga : WM RM44.00 




Rabu, 23 Februari 2011

Ahad, 13 Februari 2011

ULAR SAWA

Ular sawa,sejenis reptilia yang suka makan binatang lain terutama binatang peliharaan @ ternakan manusia seperti ayam dan kambing(yang aku tahu ler). Walaupun kelihatan kecil, namun seekor ular sawa yang kelaparan mampu memakan & menelan seekor kambing!!!! Belitannya amat kuat.

Sebelum ini aku hanya melihat ular sawa di dalam TV @ di Zoo. Tapi semalam, aku dapat melihat seekor ular sawa yang agak besar, real punyer...!!!

Ceritanyer masa aku tengah dok menjual burger,maser tue dalam kol 9 lebih....

Tengah aku dok sembang-sembang ngan ibu dan suami aku tetiba terdengar bunyi bising suara budak-budak lelaki kat depan umah ibu sedara aku yang terletak bersebelahan dengan umah aku. Memula tue ingatkan orang bergaduh. Suami aku mengambil lampu picit dan menuju ke arah bunyi bising tersebut.

Tiba-tiba terdengar suara menjerit 'ular' dan bunyi seperti memukul sesuatu. Selepas 5minit kelihatan suami aku berjalan pulang sambil mengusung sesuatu benda bersama salah seorang budak yang ramai-ramai tadi. Setelah dilihat dengan teliti rupa-rupanya suami aku mengusung seekor ular sawa yang besar dan panjangnya lebih kurang 11/2 meter.

Masya-Allah, besar sungguh ular sawa tersebut. Salah seorang budak mengikat kepala ular tersebut dengan tali dan mengikatnya pada pagar umah aku. Walaupun kepalanya telah diketuk tapi ular tersebut masih hidup dan kelihatan masih gagah meliuk lintuk menggerakkan kepala dan ekornya.

Ibu aku menyuruh mereka mengetuk kepala ular sawa tersebut hingga hancur sebelum mencampakkannya ke dalam sungai Kelantan yang berdekatan namun tiada seorang pun yang berani nak mengetuknya, takut kena badi kononnya.

Setelah puas bermain, menyentuh, memegang dan mengambil gambar serta beraksi dengan ular sawa itu, mereka membawa ular sawa yang di ikat itu menuju ke arah sungai dengan menaiki motor dan mengheret ular tersebut di atas jalan raya.

Apa yang terjadi seterusnya kepada ular sawa tersebut tidak lagi aku ketahui sama ada mereka terus membuangnya ke dalam sungai setelah di'mampus'kan @ mereka membawanya bersiar-siar terlebih dahulu   : D




Sememangnyer ianya satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan. Peristiwa ini juga menyebabkan ibu aku tak berani lagi untuk masuk ke kebun di depan umah aku bersebelahan dengan umah ibu sedara aku, dalam erti kater lain,berdekatan dengan tempat ular sawa itu dijumpai oleh budak-budak. Manerlah tahu takut kalau-kalau ader seekor lagi pasangan ular sawa terbabit yang sempat bersembunyi daripada budak-budak aritu. Peristiwa itu jug membuatkan kami sekeluarga lebih berhati-hati.

Sabtu, 12 Februari 2011

SURIRUMAH VS PENJUAL BURGER??????

Setelah sekian lama tak menulis gara-gara tak boleh buka broadband, modem rosak, akhirnya aku kembali untuk menulis dalam blog aku ni.

Pertengahan bulan Januari yang lepas aku da berenti keje sebagai Storekeeper kat Pasaraya Aneka. Bermulalah aku menjadi seorang suri rumah, menghantar dan mengambil anak aku pergi dan pulang sekolah.

Aku da biasa bekerja jadi rasa agak bosan jugalah dok kat umah jer. So, aku ambil keputusan untuk menjual burger di depan umah aku. Dengan nasihat dan sokongan dari ibu dan suami aku, bermula dari 7/2/2011 aku memulakan karier baru sebagai penjual burger (' ',)

Memula hari pertama tue takder yang datang pun cuma sepupu aku sebelah umah jer yang datang beli. Ibu aku menyuruh aku bersabar dan terus membuka gerai burger aku walaupun tiada pelanggan. Namun, keesokkannya ramai pula budak-budak yang datang membeli burger,alhamdulillah.

Bermula dari hari itu, adalah budak-budak yang datang membeli burger. Aku menjual burger dan juga hamlet. Gerai aku akan dibuka pada pukul 4pm hinggalah ke pukul 10pm.

Sejak itu juga rutin aku mula berubah dan menjadi agak sibuk hingga agak ketiadaan masa dan tak berkesempatan untuk aku membuka internet bagi melihat FB apatah lagi untuk menulis dlm blog aku nie.

Rutin aku bermula pada pukul 6am lagi untuk menyediakan sarapan untuk suami aku kerana pukul 6.30am da kena pegi keje sebab suami aku masuk keje kol 7am. Selepas suami aku pergi keje, aku rehat sekejap sementara menunggu pukul 7.15am bagi mengejutkan dan menyiapkan anak-anak aku ke sekolah. Balik dari menghantar mereka ke sekolah, aku mengemas umah, membasuh baju dan menyidai baju. Siap semuanya, dalam kol10am aku akan keluar pula ke bandar untuk membeli barang-barang burger. Balik umah,rehat sekejap pahtu kol 12 g ambik anak-anak balik dari sekolah lak.

Lepas ambil anak-anak pulang sekolah, aku bergegas untuk memasak makan tengahari pula kerana masa rehat kol 1pm nanti suami aku akan balik makan. Siap makan tengahari, aku berehat sekejap then kol 3pm aku menyediakan barang-barang untuk jualan burger aku nanti. Pukul 4pm aku buka kedai sambil tue barulah aku leh buka internet. Biasanya petang-petang camtu takder lagi budak-budak yang datang membeli. Kebiasaannya dorang akan datang selepas waktu maghrib.

Lepas tutup kedai kol 10pm, aku menggosok baju sekolah anak aku lak. Biasanya dalam kol 11pm barulah aku leh tido. Penat memang penat tapi aku enjoy. Itupun ader permintaan dari jiran-jiran aku meminta aku mengadakan dan mengajar kelas tuisyen untuk anak-anak dan cucu mereka.

Hmmm, aku bab-bab mengajar nie kureng sikit.Tapi,nantilah akan difikirkan dulu. Alah,setakat mengajar budak-budak sekolah rendah, boleh kot : D

Al-kisahnyer, beginilah kehidupan aku skang nie. Takder lagilah serabut dengan mak tiri @ bergaduh dengan driver-driver lori!!!!!!!!!!!!!!!