Jumaat, 14 Januari 2011

BANTAL PANAS @ TUNGKU ELEKTRIK

Tungku bersama sarung
Mudah dan Berkesan 

Nak bertungku tapi malas nak memanaskan batu tungku di atas dapur dan sukar untuk mengangkat batu tungku yang telah dipanaskan dari atas dapur?????

Kini anda tak perlu risau dan bersusah payah lagi.

Memperkenalkan Tungku Elektrik yang merupakan inovasi terbaru tungku untuk kemudahan dan keselesaan anda. Ianya sangat baik untuk kesihatan.





Tungku Elektrik


Direka dengan bentuk seakan bantal kecil, Tungku Elektrik ini diperbuat daripada bahan anti-kuman yang mengandungi cecair (garam laut & gel). Ianya adalah bersih dan mempunyai unsur perubatan yang tersendiri.












Tungku Elektrik ini sesuai digunakan oleh semua
yang berumur 12 tahun dan ke atas terutamanya wanita yang baru lepas bersalin dan menghadapi masalah senggugut serta mereka yang menghadapi masalah lenguh badan dan angin.

Cara penggunaannya juga amat mudah dan ringkas berbanding tungku tradisional di mana Tungku Eletrik ini hanya perlu dicaj selama 5 hingga 8 minit dan lampu khas yang ada pada tungku akan terpadam secara automatik.

Fungsi Tungku Elektrik :
  • Mengelakkan arthritis (sendi tulang).
  • Baik untuk pesakit strok.
  • Melegakan resdung (sinus, migrain, pening kepala, demam panas & selsema).
  • Mengurangkan sakit kepala & sakit gigi.
  • Melegakan sakit leher, bahu & belakang badan.
  • Melegakan masalah senggugut.
  • Membantu mengurangkan berat badan.
  • Mengurangkan masalah lenguh-lenguh lutut & sakit pinggang.
  • Mengurangkan masalah perut kembung.
  • Melegakan bahagian tulang patah.






Apa yang anda tunggu lagi....berminat??????

Hubungi saya di facebook dcno muhamad dan tinggalkan pesanan anda......

RAJA HERBA

Minuman Raja Herba - Cepat, Murah & Berkesan....


Bagi mereka yang mementingkan kesihatan, minuman Raja Herba ini amat sesuai untuk di amalkan. Minuman ini amat berkesan untuk kencing manis, darah tinggi, batu karang, buasir, ghout, migrain dan athma(lelah).

Antara kandungan ramuan herba yang terdapat dalam minuman herba ini ialah misai kucing, tongkat ali, mengkudu liar, raja satong, halia padi, ubi jaga, akar seruntun, rancang tembaga, bunga pakma, hulubalang jantan, teja lawang, rempah gunong, nenas batu & madu lebah.

Antara khasiat yang diperolehi dari minuman herba ini ialah :
  • Memberi tenaga luaran & dalaman.
  • Melancarkan perjalanan darah.
  • Membuang toksik & racun melalui perkumuhan.
  • Seimbangkan gula & garam dalam darah.
Aturan pengambilan minuman herba ini pula adalah hanya 1 sudu teh untuk secawan air, diminum 2 kali sehari.

Telah ramai yang mencuba dan berpuas hati dengan khasiat yang diperolehi dengan meminum minuman herba ini. Anda bagaimana????

Jika berminat dan ingin mencuba, hubungi saya di facebook saya ; dcno muhamad dan tinggalkan message anda....

Khamis, 6 Januari 2011

BANJIR!!!!!

Banjir oh banjir....

Setelah sekian lama hujan berhenti hujan berhenti sejak bulan jun tahun lepas lagi, akhirnya banjir juga di kampung aku. Tapi,banjir tue takdelah teruk sangat cuma melintasi jalan yang menghubungkan kampung aku dengan bandat Tanah Merah dan kampung-kampung lain sekitarnya menyebabkan kami sekampung terputus hubungan. Secara tak langsung aku tak boleh ke tempat kerja, terpaksalah ambil emergency leave.

Ada jalan alternatif lain untuk kami sekampung keluar ke bandar iaitu dengan melalui jalan keretapi yang agak panjang juga. Tapi,hanya orang yang berani dan kuat semangat sahaja yang boleh melalui jalan tersebut kerana jalan keretapi tersebut masih aktif, bermakna silap perhitungan semasa tengah berjalan tue boleh berselisih dengan keretapi!! Silap-silap boleh jatuh dalam sungai...

Satu lagi cara ialah dengan menaiki perahu yang akan ada perkhidmatannya di tempat jalan yang dinaiki air tadi. Tap, dier punyer tambang,mak ai,habislah dalam RM10 untuk tambang sahaja kerana turun dari perahu, kami terpaksa pula menaiki kereta sewa yang sedia menunggu di seberang untuk sampai di bandar Tanah Merah.

Kesimpulannya, klo musim-musim banjir nie tak payahler kuar ke bandar melainkan ada perkara kecemasan dan penting.

Musim banjir nie juga selalulah perhatikan anak-anak,awasi mereka sekiranya bermain air....

Selamat banjir.....

Isnin, 3 Januari 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Selamat tahun baru wat semua!!!!!!

Da 3 hari masuk tahun baru...sekejap jer masa berlalu. Usia semakin bertambah, semakin matang...hehehehe...

Tahun ni kedua-dua heroin aku masuk sekolah tapi bukan sekolah rendah, tadika jer. Yang sulung si kakak tahun ni da 6 tahun. Dari tahun lepas lagi aku da hantar kakak ke tadika. Si adik lak tahun ni da 5 tahun. Sementara kakak dia masih ader kat tadika tue,aku hantarlah adik sama untuk biasa-biasakan diri dengan suasana sekolah. Tahun depan senanglah aku hantar dia sorang-sorang ker tadika sebab tahun depan kakak akan masuk darjah 1. Sambil tue bolehla kakak tolong jagakan adik kat sekolah.

Mula-mula tue aku nak daftarkan aje adik then bawa dier balik sebab adik tak sihat, batuk-batuk sikit. Sekali lepas daftar tue adik da seronok jumpa kengkawan n bermain, terus tak nak balik. Aku pun tinggalkan jerlah adik kat sekolah tadika tue dengan kakak.

Semoga anak-anak aku akan rajin belajar dan menjadi orang yang berjaya dan berguna bila dewasa nanti...