Ahad, 13 Februari 2011

ULAR SAWA

Ular sawa,sejenis reptilia yang suka makan binatang lain terutama binatang peliharaan @ ternakan manusia seperti ayam dan kambing(yang aku tahu ler). Walaupun kelihatan kecil, namun seekor ular sawa yang kelaparan mampu memakan & menelan seekor kambing!!!! Belitannya amat kuat.

Sebelum ini aku hanya melihat ular sawa di dalam TV @ di Zoo. Tapi semalam, aku dapat melihat seekor ular sawa yang agak besar, real punyer...!!!

Ceritanyer masa aku tengah dok menjual burger,maser tue dalam kol 9 lebih....

Tengah aku dok sembang-sembang ngan ibu dan suami aku tetiba terdengar bunyi bising suara budak-budak lelaki kat depan umah ibu sedara aku yang terletak bersebelahan dengan umah aku. Memula tue ingatkan orang bergaduh. Suami aku mengambil lampu picit dan menuju ke arah bunyi bising tersebut.

Tiba-tiba terdengar suara menjerit 'ular' dan bunyi seperti memukul sesuatu. Selepas 5minit kelihatan suami aku berjalan pulang sambil mengusung sesuatu benda bersama salah seorang budak yang ramai-ramai tadi. Setelah dilihat dengan teliti rupa-rupanya suami aku mengusung seekor ular sawa yang besar dan panjangnya lebih kurang 11/2 meter.

Masya-Allah, besar sungguh ular sawa tersebut. Salah seorang budak mengikat kepala ular tersebut dengan tali dan mengikatnya pada pagar umah aku. Walaupun kepalanya telah diketuk tapi ular tersebut masih hidup dan kelihatan masih gagah meliuk lintuk menggerakkan kepala dan ekornya.

Ibu aku menyuruh mereka mengetuk kepala ular sawa tersebut hingga hancur sebelum mencampakkannya ke dalam sungai Kelantan yang berdekatan namun tiada seorang pun yang berani nak mengetuknya, takut kena badi kononnya.

Setelah puas bermain, menyentuh, memegang dan mengambil gambar serta beraksi dengan ular sawa itu, mereka membawa ular sawa yang di ikat itu menuju ke arah sungai dengan menaiki motor dan mengheret ular tersebut di atas jalan raya.

Apa yang terjadi seterusnya kepada ular sawa tersebut tidak lagi aku ketahui sama ada mereka terus membuangnya ke dalam sungai setelah di'mampus'kan @ mereka membawanya bersiar-siar terlebih dahulu   : D




Sememangnyer ianya satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan. Peristiwa ini juga menyebabkan ibu aku tak berani lagi untuk masuk ke kebun di depan umah aku bersebelahan dengan umah ibu sedara aku, dalam erti kater lain,berdekatan dengan tempat ular sawa itu dijumpai oleh budak-budak. Manerlah tahu takut kalau-kalau ader seekor lagi pasangan ular sawa terbabit yang sempat bersembunyi daripada budak-budak aritu. Peristiwa itu jug membuatkan kami sekeluarga lebih berhati-hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan