Sabtu, 12 Februari 2011

SURIRUMAH VS PENJUAL BURGER??????

Setelah sekian lama tak menulis gara-gara tak boleh buka broadband, modem rosak, akhirnya aku kembali untuk menulis dalam blog aku ni.

Pertengahan bulan Januari yang lepas aku da berenti keje sebagai Storekeeper kat Pasaraya Aneka. Bermulalah aku menjadi seorang suri rumah, menghantar dan mengambil anak aku pergi dan pulang sekolah.

Aku da biasa bekerja jadi rasa agak bosan jugalah dok kat umah jer. So, aku ambil keputusan untuk menjual burger di depan umah aku. Dengan nasihat dan sokongan dari ibu dan suami aku, bermula dari 7/2/2011 aku memulakan karier baru sebagai penjual burger (' ',)

Memula hari pertama tue takder yang datang pun cuma sepupu aku sebelah umah jer yang datang beli. Ibu aku menyuruh aku bersabar dan terus membuka gerai burger aku walaupun tiada pelanggan. Namun, keesokkannya ramai pula budak-budak yang datang membeli burger,alhamdulillah.

Bermula dari hari itu, adalah budak-budak yang datang membeli burger. Aku menjual burger dan juga hamlet. Gerai aku akan dibuka pada pukul 4pm hinggalah ke pukul 10pm.

Sejak itu juga rutin aku mula berubah dan menjadi agak sibuk hingga agak ketiadaan masa dan tak berkesempatan untuk aku membuka internet bagi melihat FB apatah lagi untuk menulis dlm blog aku nie.

Rutin aku bermula pada pukul 6am lagi untuk menyediakan sarapan untuk suami aku kerana pukul 6.30am da kena pegi keje sebab suami aku masuk keje kol 7am. Selepas suami aku pergi keje, aku rehat sekejap sementara menunggu pukul 7.15am bagi mengejutkan dan menyiapkan anak-anak aku ke sekolah. Balik dari menghantar mereka ke sekolah, aku mengemas umah, membasuh baju dan menyidai baju. Siap semuanya, dalam kol10am aku akan keluar pula ke bandar untuk membeli barang-barang burger. Balik umah,rehat sekejap pahtu kol 12 g ambik anak-anak balik dari sekolah lak.

Lepas ambil anak-anak pulang sekolah, aku bergegas untuk memasak makan tengahari pula kerana masa rehat kol 1pm nanti suami aku akan balik makan. Siap makan tengahari, aku berehat sekejap then kol 3pm aku menyediakan barang-barang untuk jualan burger aku nanti. Pukul 4pm aku buka kedai sambil tue barulah aku leh buka internet. Biasanya petang-petang camtu takder lagi budak-budak yang datang membeli. Kebiasaannya dorang akan datang selepas waktu maghrib.

Lepas tutup kedai kol 10pm, aku menggosok baju sekolah anak aku lak. Biasanya dalam kol 11pm barulah aku leh tido. Penat memang penat tapi aku enjoy. Itupun ader permintaan dari jiran-jiran aku meminta aku mengadakan dan mengajar kelas tuisyen untuk anak-anak dan cucu mereka.

Hmmm, aku bab-bab mengajar nie kureng sikit.Tapi,nantilah akan difikirkan dulu. Alah,setakat mengajar budak-budak sekolah rendah, boleh kot : D

Al-kisahnyer, beginilah kehidupan aku skang nie. Takder lagilah serabut dengan mak tiri @ bergaduh dengan driver-driver lori!!!!!!!!!!!!!!!

1 ulasan: