Sabtu, 22 Oktober 2011

MACAM-MACAM

Salam sejahtera....

Lama betul aku tak menulis kat blog aku nie. Maklumler skang nie aku da guna Samsung Galaxy Tab, jadi malaslah sikit nak buka n menaip dalam blog nie. lagipun aritue bilik umah n bilik aku ader pengubahsuaian sikit jadi desktop computer aku tue da dialih, belum dipasang plug lagi :-)

Last aku menulis dalam blog nie maser hari raya ke 3. Semenjak dari hari itu sampailah sekarang pelbagai kisah n cerita pahit manis, suka duka yang terjadi dalam hidup aku nie. Sampaikan aku tak tahu nak tulis yang mana satu dahulu dalam blog aku nie...

Fikir punya fikir, oleh kerana semua cerita tue ada berkaitan maka akan aku ceritakan semuanya sekaligus :-D

Lepas raya aritue, sakit gastrik aku nie makin menjadi-jadi. Asal petang jer sakit perut. Asal sakit perut jer petang. Risau takut ader penyakit lain lagi selain daripada gastrik, ibu aku menyarankan aku untuk pergi ke klinik. Ibu manalah yang tak risau kan? Sebab ada kakak aku yang pernah membuat pembedahan mengeluarkan batu dalam hempedu. Keadaan kakak aku sebelum pembedahan sama macam aku sekarang nielah. Itu yang membuatkan ibu aku bimbang melihat keadaan aku semasa sakit perut tue.

Sebagai seorang anak yang baik (chewah,masuk bangkul angkat sendiri ler pulak) aku pun pergilah ke satu klinik yang aku da biasa pergi. Selepas pemeriksaan dan scan, doktor menyatakan yang aku tidak mempunyai batu dalam hempedu TAPI ada batu dalam buah pinggang!!!Huhuhuhu...

Nasib baiklah keadaan tak serius sangat dimna batu tue dalam kuantiti yang kecil dan tak banyak. Dengan itu doktor memberikan aku beberapa jenis ubat dan berpesan kepada aku untuk meminum banyak air.

3-4 hari selepas itu satu lagi penyakit datang. Kali ini memang agak seriuslah. Suatu hari tue aku dapat rasakan ada biji(nak kater benjolan takderlah besar sangat pun) di bahagian bawah payudara aku yang sebelah kiri. Aku da mula rasa cuak n cemas nie. Aperlagi, tanpa berlengah aku terus memberitahu ibu aku. Sekali lagi aku pergi ke klinik untuk pemeriksaan.

Selepas pemeriksaan, doktor memberikan ubat tahan sakit dan tahan bengkak. Selepas 2minggu aku diarahkan untuk datang kembali ke klinik untuk pemeriksaan sekali lagi kerana aku baru jer lepas period jadi doktor meyatakan keputusan tak dapat dibuat kerana kebiasaan selepas period memang akan ader bengkak di mana-mana bahagian tubuh. Sekiranya selepas 2minggu biji tersebut masih ada lagi maka dia akan menulis   surat untuk aku bawa berjumpa dengan doktor hospital kerajaan bagi pemeriksaan lanjut dan untuk pengesahan sama ada biji tersebut adalah kanser payudara ataupun tidak.

Balik dari klinik, ibu aku mencadangkan untuk aku mencuba perubatan secara tradisional. aku hanaya bersetuju dan menurut segala kata-kata ibu aku. Hujung minggu itu aku pergi ke umah seorang pakcik nie dan aku diberikan air tawar untuk diminum dan bedak sejuk untuk disapu pada payudaraku. Balik dari situ jugalah bermulanya segala pantang yang aku harus nak atau tak nak terpaksa ikut. Bermula dari hari itu gaklah aku terpaksa minum n menelan air akar kayu yang pahit. Seminggu selepas itu aku diminta untuk datang kembali ke rumahnya dengan membawa 7biji limau nipis dan 7 biji limau purut.

1minggu lepas tu gaklah abang aku yang sulung ynag menetap di Kuala Lumpur menelefon ibu aku memberitahu yang isterinya, kakak ipar akulah berada dalam keadaan tenat. Kakak ipar aku nie sakit kanser payudara tahap kritikal da. Kiranya stage akhirlah. Memula tue aku bercadang nak gi gak ke KL bersama dengan ibu aku tapi suamu aku tak boleh cuti ler pulak. Jadinya hari Khamis, 13/10/2011 tue ibu aku pergi ke KL dengan kakak aku yang dok kat Tanah Merah dengan kakak aku yang dok kat Terengganu.

Pada hari yang sama gaklah kakak ipar aku dimasukkan ke dalam wad Hospital Selayang kerana tak sedarkan diri. menurut doktor, memang takder harapan lagilah. Hari sabtu, aku dan suami bercadang nak bawa anak-anak kami berjalan-jalan dan bermain di Tesco Kota Bharu. Sebelum pergi aku aderlah ajak musuh aku yang skang nie da jadi kawan (huhuhu) untuk bawa anak-anak dier bersama. Cam biasalah alasan dier takder duit. Aku heran betullah ngan dier nie, asyik takder duit jer. Kater suami kaya, banyak duit. Maklum ler keje Petronas, da lama lak tu. Gaji mesti da cecah puluh ribu nyer. Tapi,sejak aku da mula berkawan ngan dier nie banyak hal tentang dier yang aku tahu dan da terbongkar. Kiranya citer tentang dier yang dulu maser bergaduh ngan aku dok berlagak yang suami dier kaya, banyak duit,bahagia semua adalah indah khabar dari rupa. Kiranya kehidupan aku jauh lebih senang dan bahagia berbanding dier. Dier lak asyik bercerita dan mengadu masalah dengan aku. Ini membuatkan aku terfikir yang pasti dier sedang menerima balasan dari Allah :-)

Esok paginya sedang aku bersiap-siap nak menghantar anak aku ke sekolah, ibu aku telefon bagitahu yang kakak ipar aku da tiada. Nasib baiklah suami aku belum pergi keje lagi. Jadinya aku dan dia pun menghantar sms kepada bos masing-masing bagitahu yang kami terpaksa ambil cuti emergency kerana nak pergi ke KL melawat jenazah kakak ipar aku. Sibuklah pagi tue kami dok berbincang macam mana caranya nak pergi ke KL tue. Nak naik bas,suami aku tak nak sebab susah bas takder tandas. Kecoh nanti kalau anak-anak kami ni nak buang air kecil atau air besar.

Lastly setelah menelefon ibu aku dier memberi cadangan supaya aku sekeluarga menaiki keratpi sahaja datang ke KL kerana walau macam manapun aku da tak sempat nak melihat mayat kakak ipar aku kerana jenazahnya akan dikebumikan selepas zohor. Kiranya aku datang menjenguk dan berjumpa dengan abang aku jerlah. Bak kater orang-orang tua, menunjuk muka. Jadinya aku pun keluarlah membeli tiket keretapi. Rugilah cuti aku untuk hari ini sebab keretapi pukul 7.45pm. Kiranya kalau aku kerja arinipun sempatlah. Tapi nak buat camner, benda da lepas. Da kelam kabut camtulah.