Khamis, 23 Oktober 2014

Ketam Masak Lemak Cili Api 

(2 org makan)


Bahan-Bahan:
3 ekor ketam segar
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, carikkan
2 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor

Bahan untuk kisar halus:
5 biji cili api
2 biji cili merah
1/2 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Secubit belacan

Cara Penyediaan:
1-Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian.
2-Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.
3-Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.
4-Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.


Tips:
Jika ketam betina yg mempunyai telur anda tidak perlu buang kulit (seperti dalam gambar). Jika ketam biasa, buang kulit dan potong dua bahagian dan leraikan kaki bersepit.
Selamat Mencuba ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan