Isnin, 13 Oktober 2014

KHASIAT BETIK



1. Buah betik yg masak selain kaya dgn vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.

2. Daun betik terutama pucuknya yg muda sering direbus utk dijadikan ulam. Selain itu,air rebusan daun betik dapat melegakan perut dgn mengeluarkan segala angin.

3. Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yg bermasalah setengah jam sebelum mandi.

4. Di Ghana ia juga digunakan utk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi.

5. Betik juga boleh digunakan utk mengubati tumit pecah-pecah yg boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan betik muda yg dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yg pecah.

6. Daun betik yg dilayur di atas api dpt mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yg sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula,minum air perahan dari daun muda yg ditumbuk lumat dan dicampurkan dgn sedikit perahan limau nipis boleh membantu.

7. Daun betik tua dikatakan boleh dibuat jus utk mengubati penyakit denggi. Dengar khabarnya platlet pesakit denggi akan segera bertambah jika meminum jus daun betik.


Selamat mencuba ^_^ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan