Rabu, 24 September 2014

Tips memasak cepat untuk wanita super-sibuk
1. Rancang menu untuk seminggu yerr bukan sehari. Ini lebih mudah dan cepat. Jangan ambik menu yang berat seperti nasi minyak ayam kari, nasi beriani kambing dll.Seharusnya ikut la kemampuan buat menu 2 atau 3 jenis sahaja seperti ikan goreng dan sup sayur, kangkung tumis dan ayam goreng dan sebagainya.
2. Siapkan semua bahan untuk setiap menu sejurus pulang dari pasar atau pasaraya.
Untuk barang basah seperti ikan, udang, ayam dan sebagainya. Siang siap-siap. Kemudian masukkan dalam bekas atau plastik.
Cara nak store dalam frezzer, simpan dalam plastik atau bekas yang berasingan mengikut menu dan hari. So nanti nak masak hanya keluarkan 1plastik sahaja.
Untuk barang kering seperti bawang dan sayur. Bawang dan lada boleh bled banyak untuk stok seminggu simpan dalam bekas. Untuk bahan yang mudah berair dan cepat layu seperti sayur-sayur boleh balut dalam aluminium foil guna jenama Diamond. Lebih tebal dan tahan lasak.
3. Semua bahan yang dah siap siang/potong, simpan elok-elok dalam bekas dan LABEL mengikut hari.
Supaya tak konfius bawang ini untuk menu mana.Kentang ini untuk menu mana. Bila nak masak buka peti terus ambil bekas yang berlabel hari tersebut.
Kan senang, mudah dan simple
Ok selamat mencuba..^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan