Rabu, 17 September 2014

Kek Keju Meleleh

Bahan-bahan untuk Kek
*100g tepung hongkong/tepung kek
*60g tepung jagung
*1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar ovalette
100g gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
50ml air sejuk/susu cair
75g mentega cair
Cara-cara
1)Ayakkan dahulu bahan yang bertanda*
2)Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.
3)Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair.Sebatikan. Saya letakkan serbuk koko kek yang berwarna coklat.
4)Masukkan dalam bekas setelah adunan benar2 ringan dan gebu ya semua..
5)Kukus dalam masa satu jam. Angkat pengukus dan cucuk dengan garpu. Jika tidak melekat.. itu bermaksud kek sudah masak. Api sederhana sahaja ya.
Bahan-bahan untuk Cream
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml Susu Cair/Susu Segar/UHT Whipping cream
*Mix semua bahan dia atas hingga sebati,adunan ini memang cair.(bagi yg nak cair lg,tmbh lg sedikit Susu Cair/susu Segar/UHT Whipping Cream ye)
Bahan-bahan Hiasan
1 buku (250g) cheddar cheese,diparut
1.Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping,tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama.
2.Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
3.Parutkan cheddar cheese di atas kek.Siap.
6) Hias mengikut kreativiti ya semua
Selamat mencuba ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan