Isnin, 1 Ogos 2011

JAMUAN HARIJADI

Alhamdulillah, pada ari Jumaat 29/07/2011 yang lalu aku dan suami aku berjaya mengadakan jamuan harijadi untuk anak aku yang sulung. Memula tue aku nak beli kek yang kecil jer then beli KFC untuk sambut di kalangan keluarga je. Then suami aku beria-ia nak wat jamuan nak ajak kawan-kawan anak aku datang ke rumah. So, aku pun tempah ler kek yang besar sikit.

Cadangnyer nak wat pukul 4pm tapi tak jadi. Kiranya lepas asar dalam pukul 5pm barulah majlis bermula. Ramai gak budak-budak kawan anak aku yang datang. Adalah gak aku ajak kawan-kawan aku dan kawan-kawan suami aku.

Habis gak lah bihun yang suami aku goreng. Kek pun tinggal sikit jer. sebelum balik, aku suruh anak aku yang sulung yang aku panggil kakak tue untuk memberikan belon kepada kawan-kawannya. Ada jugalah 2-3 orang yang datang memberikan hadiah harijadi kepadanya.

Selesai majlis, kakak kelihatan seonok dan gembira dengan majlis yang di adakan. Setelah semua kawan-kawannya pulang, sibuk lak kakak dengan adik dok nak buka hadiah yang diterima.

Aku dan suami berpuas hati dan gembira kerana berjaya mengadakan majlis sambutan harijadi untuk anak kami. Kami akan mengadakan majlis ini sekali lagi untuk adik pula pada tarikh lahirnya yang akan datang pada hujung tahun ini. Harapnya lebih ramai lagi yang akan datang :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan