Selasa, 23 Ogos 2011

BAJU RAYA KUIH RAYA

Alhamdulillah, arini da masuk 23 Ramadhan. Bermakna sudah 23 hari umat Islam berpuasa. Tinggal lagi 6 hari untuk menyambut hari raya.

Kemungkinan besar hari raya akan jatuh pada hari Selasa, 30/08/2011. Kakak dan abang aku semua akan pulang paling awal pada hari Ahad. Aku dan ibu aku tak sabar-sabar untuk menunggu kepulanga mereka semua.

Setakat arini gaji aku belum masuk lagi. Biasanya sebelum ini gaji aku masuk pada 28 haribulan. Tapi, takkanlah nak raya nie gaji masuk 28 haribulan gak? Alamatnya tak ambil baju rayalah aku nanti : ( Baju raya aku tue takderlah kisah sangat. Tapi baju raya anak-anak aku tu pun tak ambil lagi ngan tukang jahit nie. InsyaAllah, sempat rasanya nak ambil sebelum raya nanti : )

Kuih raya lak cam biasalah aku hanya tempah 2 jenis jer, tart nanas dengan almond london. Itupun untuk aku sekeluarga makan sendiri jer : D Maklumler kakak-kakak dengan abang aku balik nanti pasti punyalah dorang akan bawa balik banyak kuih raya.

2-3 hari yang lepas suami aku memasang pelita di sepanjang jalan nak masuk ke rumah aku. Nampak cantik dan lebih terasa kemeriahan nak sambut raya. Malam-malam lepas berbuka puasa, suami aku akan memasang pelita tersebut dan selepas itu dia akan menemani anak-anak aku bermain bunga api. Petang semalam lak masa aku balik keje, suami aku dok sibuk menghias rumah kami dengan lampu kelip-kelip. Anak-anak aku dok sibuk tanya bilalah nak beraya nie.

Mengikut kata bos aku semalam, kami semua akan bekerja hingga hari terakhir berpuasa. Maknanya hari raya barulah kami start cuti. Harap-harapnyalah aku dapat cuti start hari Selasa sampai hari sabtu : ) ngehngehngeh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan