Rabu, 17 Ogos 2011

NUZUL QURAN

Salam nuzul quran buat semua........

Hmm, arini da masuk 17 Ramadhan. Tup tap tup tap da tinggal 12 ari lagi nak sambut raya. Bukan setakat budak-budak jer, orang dewasa pun da tak sabar-sabar lagi nak menyambut raya. Para ibu dan bapa da tak sabar-sabar nak menunggu kepulangan anak-anak dan cucu. Para isteri lak tak sabar-sabar nak buat kuih raya dan segala persiapan raya.

Tahun ni, semua kakak dan abang aku akan balik beraya di kampung, di rumah yang aku tinggal sekaranglah ('',) Ibu aku da tak sabar-sabar nak menunggu kakak dan abang aku balik. Maner taknyer, dorang semua balik setahun sekali.

Alamatnya minggu depan dekat nak raya nanti ni kecohla rumah ibu aku bila semua da balik. Kebanyakan anak sedara aku ni hero jadinya memang kecohlah ngan jerit pekik dorang semua.

Persiapan raya aku tahun ni ala kadar je. Semua baju raya untuk anak-anak dan suami aku termasuklah selipar raya semua da settle. Tinggal nak pakai jer hehehe. Cuma aku jer yang tak settle lagi. Takder ape pun cuma kain tudung jer yang tak beli lagi. Opps lupa lak. Kasut raya aku pun takder lagi nih. Hmmm, banyak masa lagi, sempat lagi aku nak cari.

Ari Ahad 14 haribulan aritu aku ader temujanji ngan doktor kat HUSM Kubang Kerian. Nak dijadikan cerita sehari sebelum tu aku demam. Jadinya masa nak gi Kubang Kerian tu aku suruh suami aku yang drive.

Tengah-tengah drive tue sampai kat tengah-tengah jalan Salor tue tetiba jer cermin depan kereta aku pecah!!! Punyalah terkejut aku dengan suami aku. Nasib baiklah cermin kereta aku tu tinted jadinya taklah cermin yang retak n pecah tu terkena aku dengan suami.

Selepas berhentikan kereta kat tepi jalan aku pun mulalah telefon orang tu orang ni nak minta tolong kononnya. Sebenarnya aku ada bapa sedara yang duduk kat Salor ni dan tempat kejadian cermin kereta aku pecah tu tak jauh pun dengan umah die tapi kalau jalan kaki jauh gaklah. Yang silapnya aku mahupun ibu aku takder no fon bapa sedara aku nie.

Aku cuba tefon sepupu aku yang pandai baiki kereta ni tapi tak dapat-dapat. Lastly aku tefon ayah dia yakni bapa sedara aku gaklah. Rupa-rupanya sepupu aku tu tidur lagi. Kalau die ngah tidur jangan haraplah die akan jawab telefon. Bapa sedara aku suruh aku dengan suami aku pecahkan semua cermin tu then geraklah dengan cermin yang takder tue.

Da takder pilihan lain lagipun mengenangkan temujanji aku dengan doktor da lewat maka lepas pecahkan semua cermin yang retak seribu tue kami pun geraklah menuju ke HUSM Kubang Kerian. Sepanjang jalan tu orang pasti toleh 2 kali tengok keadaan kereta aku yang bergerak tanpa cermin depan tue. Aku dengan suami buat bodoh buat tak tahu jer. Tapi, nak tergelak tue ada gak.

Dalam pada tue sampai gaklah aku dengan suami kat HUSM Kubang Kerian ni. Nasib baiklah senang dapat parking. Alhamdulillah gak, orang tak ramai sangat. Jadinya takderlah lama sangat aku menunggu untuk berjumpa ngan doktor dan ambil ubat. Sebelum jumpa doktor tue aku kena timbang berat aku dulu. Alahai, turun lagi 1kg berat aku nie da jadi 54kg jer!

Lepas siap jumpa doktor dan ambil ubat, kitorang balik tapi tak balik umah terus. Kitorang singgah umah sepupu kat Kubang Batu nak suruh die repair pasang balik cermin yang da pecah ni. Sampai kat umah dier, ada banyak lak kereta yang ngah tunggu nak kena repair. Aku dan suami pun pergi ke umah nenek sedara aku yang terletak berhadapan dengan umah sepupu aku tu untuk solat dan merehatkan diri.

Bincang punya bincang, aku dan suami bercadang nak tinggalkan je kereta aku tu kat umah sepupu aku untuk  dipasang cermin. Jadinya, sepupu aku pun hantarlah aku dan suami balik ke rumah dengan kereta die dulu.

Alahai, nak raya ni kereta nak pakai duitlah pulak. 2-3 ratus tu da tentu da...........  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan