Rabu, 3 Ogos 2011

SALAM RAMADHAN

Selamat pagi.....salam Ramadhan buat semua!!!!!!

Arini merupakan 1 Ramadhan 1432 H bersamaan dengan 1 Ogos 2011. Hari pertama berpuasa, aku masuk keje awal. Biasanya masuk keje kol 9am then balik kol 5pm. Sempena bulan puasa nie waktu keje aku dipercepatkan 1/2 jam. Dengan itu sepanjang bulan puasa ni aku masuk keje kol 8.30am then balik kol 4.30pm.

Sempatlah untuk aku balik nak masak untuk berbuka puasa @ beli jer kat pasar ramadhan. Takderlah aku kalut cam maser keje kat pasaraya dulu. Yelah, maner tak kalut kalau da balik keje kol 6.30pm. Terpaksalah aku serahkan semua keje masak memasak untuk hidangan berbuka puasa tu pada ibu aku.

Tapi, itu dulu masa aku kerja kat pasaraya. Sekarang nie aku da keje kat tempat lain, bulan puasa nie balik awal sikit.

Ari pertama berpuasa nie masa pagi aku raser cam ok jer, alhamdulillah. Tapi masuk jer pukul 12 tengahari kepala aku da raser pening-pening n perut aku da raser mual cam nak muntah. Biasanyer kalau camni perut aku da masuk angin. Maklumler aku ader gastrik.

Pukul 12.30, waktu rehat aku pulang ke rumah bersama dengan suami aku. Raser nak muntah tapi aku tahan. Sementara menunggu waktu Zohor, aku berbaring untuk menahan raser nak muntah nie. Ibu dan suami aku da suruh aku buka puasa jer sebab aku kan ader penyakit, tak macam orang lain yang takder penyakit nie. Masa aku test gula dalam darah aku, keputusannya 7.4.

Pukul 1.30petang, aku masuk keje balik. Masa kat tempat keje nilah aku da tak boleh nak tahan lagi. Jadinya 2 kali gaklah aku muntah maser kat tempat keje tue. Tapi, aku muntah sikit jer , tak habis sebab takut jadi apa-apa jer. Masa tu aku dok menghitung masa jer biar cepat berlalu. Tak sabar rasanyer nak balik umah.

Akhirnya pukul 4.30, da sampai masa untuk balik. Sampai jer kat umah aku terus mengeluarkan semua yang rasa bergelora dalam perut aku. Punyalah kuat aku muntah sampai aku rasa dada hingga ke belakang pinggang aku sakit sangat. Hampir-hampir aku nak buka puasa. Tapi memikirkan da pukul 5pm raser sayang lak nak buka puasa.

Lepas rehat kejap, aku mandi dan solat asar. Pahtu aku raser letih sangat. Dalam aku dok baring-baring tue aku tertidur. Sedar-sedar baru pukul 6.15pm. Aku mula raser mual cam nak muntah lagi. Aku tahan dan pejamkan mata untuk mengelakkan muntah. Raser cam lama lak masa berlalu.

Pukul 7.15pm aku gagahkan diri untuk bangun, buat air milo panas untuk berbuka puasa. Masuk jer waktu, aku terus makan buah kurma sebiji dan minum air milo. Ingatkan lepas makan tahanlah raser pening dan mual aku nie. Sekali lepas makan tue aku da muntahkan balik benda yang aku makan.

Lepas rehat sekejap, aku solat maghrib kemudian makan nasi lak. Lepas 5minit jer aku siap makan nasi, sekali lagi aku muntah. Kali ini semua nasi dengan lauk yang aku makan da keluar balik. Aku raser betul-betul letih. Tubuh aku da raser lembik semacam jer. Ibu aku menyuruh aku ke klinik apabila melihatkan keadaan aku yang semakin teruk nie.

Aku cuba menelefon klinik yang aku biasa pergi tapi tiada jawapan. Kakak aku suruh cuba telefon dalam pukul 9pm kerana mungkin dalam bulan puasa nie klinik buka lambat. Sampailah pukul 9.15pm masih tiada jawapan bila aku cuba menelefon. Akhirnya kakak aku memberikan nombor telefon sebuah klinik yang lain.

Alhamdulillah, Klinik Mama yang terletak di Taman Harmoni buka sampai pukul 10.30. Oleh kerana tak berdaya nak drive, terpaksalah aku tunggu suami aku balik dari solat terawih untuk menghantar aku ke klinik. Dalam pukul 10pm barulah suami aku balik.

Sampai di klinik, ramai orang yang ader di situ. Ruap-rupanyer klinik Mama ni adalah klinik pakar sakit puan. Doktornya seorang doktor perempuan berbangsa cina. Setelah aku menceritakan kepadanya masalah yang aku hadapi, beliau mula menjalankan pemeriksaan. Sekali lagi doktor membuat ujian gula dalam darah. Kali ini, tinggi sangat iaitu 17.6!

Setelah siap, doktor memberikan ubat dan memberi mc kepada aku untuk keesokkan harinya. Balik dari klinik sampai di rumah da pukul 11pm. Lepas makan ubat aku terus tidur kerana kepenatan yang teramat sangat.

Ini baru hari pertama berpuasa. Macam manalah keadaan aku untuk hari seterusnya dalam menghabiskan sebulan berpuasa nie................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan