Khamis, 1 September 2011

RAYA....RAYA...RAYA!!!!!!!!!!!!

Arini da last day berpuasa (kalau mengikut kalendarlah). Da ramai orang-orang bandar yang pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut hari raya bersama keluarga tersayang. Jalan pun da mula jammed. Kemeriahan dan keseronokan untuk menyambut hari raya makin terasa. Arini jugalah para isteri dan kaum ibu sibuk menyiapkan segala persiapan dan juadah untuk hari raya yang akan menjelang tiba.

Bagi aku dan keluarga, semua persiapan da siap. Baju raya dan kasut raya untuk aku, suami dan anak-anak da lengkap. Cuma tinggal nak menghias rumah untul memasang langsir dan menghampar karpet di dalam rumah jer. Mungkin malam nilah baru aku akan buat semua tue sebab sekarang nie aku masih bekerja :(

Hari Jumaat malam, kakak aku sekeluarga yang tinggal kat JB tu da sampai balik ke rumah. Hari sabtu takder saper-saper yang balik. Semalam, hari Ahad kakak aku sekeluarga yang tinggal di Terengganu dan abang aku sekeluarga yang menetap di Kuantan,Pahang lak yang sampai di rumah. Arini lak, kakak aku sekeluarga yang dok kat Kedah dan Abang aku sekeluarga yang dok kat Kuala Lumpur akan pulang ke rumah. Alamatnya petang nanti makin meriahlah waktu berbuka puasa. Sempena berbuka puasa buat hari terakhir untuk tahun ini, kami sekeluarga semua 7 adik beradik dapat berkumpul dan berbuka bersama-sama.

Dengan ini, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan batin buat semua pembaca-pembaca yang mengunjungi dan membaca blog aku nie. SELAMAT HARI RAYA....................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan