Selasa, 26 Julai 2011

BESDAY

Hari ini 26 Julai merupakan hari lahir anak aku yang sulung. Hari ini gak genaplah umo kakak 6 tahun. Hmmm, tahun depan da 7 tahun, da masuk darjah 1. Cepat betul masa berlalu. Seakan baru semalam aku mengandung dan melahirkan kakak. Masih terbayang lagi wajahnyer maser kecil dahulu.

Aku ingat lagi saat melahirkan kakak. Kalau di ikutkan due date aku ialah pada akhir bulan 8. Tapi, tak sangka lak yang aku akan melahirkan kakak sebulan lebih awal. Tak sabar betul anak aku ni nak melihat dunia.

Al-kisahnya pada 25 Julai tue aku da raser tak sedap perut. Raser cam senak jer. Tapi aku wat tak tahu jerlah sebab aku da biasa kena gastrik. So,aku ingatkan kali ini pun perut aku rasa senak-senak sebab gastrik ler. Petangnyer, oleh kerana suami aku cuti maka kami pun pergi ke KLCC, jalan-jalan+makan-makan+lepak.

Tapi, disebabkan aku merasa tak selesa kerana perut masih sakit maka aku pun mengajak suami aku pulang awal.

Di rumah, suami aku memasang cd. Aku da mengantuk tapi aku tak boleh nak tidur. Aku da raser pelik sebab biasanya kalau aku sakit perut gastrik pun aku masih boleh tidur . Tapi sakit perut kali ini membuatkan aku tak boleh tidur. mengiring ke kiri tak boleh, mengiring ke kanan pun tak kena. Menelentang, lagilah aku rasa tak boleh.

Suami aku lak asyik dok tengok citer P.Ramlee. Lepas 1 cd, 1 cd ditukarnya. Aku tengok jam da makin tengah malam. Mata aku da ngantuk tapi memang tak boleh nak tido gak.

Akhirnya aku boleh tido tapi tido-tido ayam jer, tak lena sangat disebabkan perut yang meragam nie. Agak-agak aku dalam pukul 5 lebih, tetiba perut aku yang sakit senak tue rasa memulas-mulas cam nak buang air besar. Aku pun kejutkanlah suami aku untuk teman aku ke tandas. Selepas keluar dari tandas, rasa lega sikit tapi raser senak tu masih ada.

Lepas tue aku tak boleh tido balik. Aku cuma berbaring dan memejamkan mata sambil menggosok-gosok perut aku. Suami aku lak dibantainya tido balik. Sedang aku dok menggosok-gosok perut tue tetiba aku terasa ada letupan dan serentak dengan itu aku terasa ada air yang mengalir di celah-celah paha aku.

Aku tersentak dan terkejut. Cepat-cepat aku mengejutkan suami aku dengan menyatakan yang air ketuban aku da pecah. Dengan kalutnya suami aku bangun dan keluar unuk meminta tolong dengan saudaranya untuk membawa aku ke hospital. Sebelum pergi ke hospital,aku cuma sempat meminum air milo panas secawan.

Di atas kereta, aku da mula merasakan sakit yang amat sangat untuk melahirkan anak. Nasib baiklah Hospital Kuala Lumpur dekat jer. Maklumlah, aku dok Kg Baru jer hehehehhe.

Sampai kat hospital, nurse-nurse kat situ relax jer tengok aku. Bila diorang tengok fail aku, boleh lak salah sorang nurse tu kater due aku lambat lagi. Bila aku kater yang air ketuban aku da pecah barulah diorang kelam kabut check aku. Memula tue nurse bagi something kat aku cam nak test air kencing akulah. Sambil masuk dalam toilet tu sempat lagi aku merungut marah-marah da orang nak beranak suh orang test air kencing lak!

Pastu aku disuruh baring di atas katil. masa tulah pertama kali nurse tu check jalan aku nak tahu da terbuka berapa cm. Aku punyalah terkejut, al-maklum pertama kali!

Then, aku disuruh duduk di atas kerusi roda dan ditolak masuk ke dewan bersalin. Aku ditinggalkan sorang-sorang kat situ. Sebelum tu tangan aku telah dicucuk dengan jarum untuk memasukkan air ke dalam tubuh aku. Tak lama lepas tu, datang sorang doktor yang mencucuk belakang aku dimana aku diberi satu butang. Pesan doktor tu, kalau aku merasa sakit yang tak tertahan picit jer butang tu maka ubat tahan sakit akan disalurkan ke dalam tubuh aku melalui jarum yang dicucuk tadi. Tapi, doktor itu turut berpesan agar jangan terlalu kerap @ terlalu banyak memicit ubat tahan sakit tersebut takut aku takkan merasa sakit langsung. Ini adalah disebabkan jalan aku masih belum terbuka, hanya 2cm sahaja.

Selepas itu barulah aku merasa tahan sikit sakitnya. Seingat aku, pada masa itu aku tertidur kerana mengantuk dan keletihan. Dalam pada itu selang sejam nurse datang untuk check jalan aku. Pada masa itu tak terfikir langsung untuk aku meminta suami aku masuk berjumpa dengan aku. Yang aku tahu cuma aku keletihan , sakit dan tak sabar untuk melahirkan anak aku.

Akhirnya setelah seharian sakit, dalam pukul 9 malam nurse menyatakan yang jalan aku da terbuka sebanyak 10cm. Pada masa itulah masuk 2 orang doktor dan beberapa orang nurse lagi. Bahagian kepala aku dinaikkkan sedikit. Setelah itu, setelah semuanya telah sedia aku telah disuruh untuk mengikut arahan nurse. Bila dia suruh meneran maka aku pun meneran dengan sesungguh hati. Sakitnya yang aku rasakan saat itu hanya Allah saja yang tahu.

Setelah berhempas pulas selama hampir sejam aku masih tak dapat mengeluarkan baby aku. Hampir je kepalanya nak keluar, da nampak rambutnya aku tak tahan nafas. Maka, masuklah balik baby tue. Nurse da mula marah-marah pada aku sebab aku tak boleh nak tahan nafas. Da nak hampir 2 jam tapi aku masih camtu gak.

Melihatkan keadaan macam tue, salah sorang doktor memberi cadangan untuk menarik baby aku menggunakan vacum. Sorang lagi doktor lak tak bersetuju sebab baby aku kan masih tak cukup bulan maka takut terjadi apa-apa kerana ubun-ubun baby masih terlalu lembut. Adala dalam 15minit gak dorang bergaduh. Penamatnya dorang bersetuju gak nak wat vakum.

Sebelum dorang vakum baby aku tue, ntah ape yg dorang buat tapi raser aku lah doktor tu inject then masukkan vakum untuk menarik baby aku. Tarik punya tarik, baby aku tak keluar-keluar gak. Lepas hampir setengah jam tak berjaya gak akhirnya doktor-doktor tue wat keputusan untuk wat Caesarean ke atas aku sebagai jalan terakhir.

Aku yang memang da penat n sakit giler hanya berserah dan bersetuju dengan semua asalkan aku dapat melahirkan baby aku cepat dalam keadaan selamat. Dalam keletihan itu, aku disuruh untuk tandatangan surat persetujuan untuk melakukan Caesarean. Semasa aku ditolak menuju ke dewan pembedahan itulah baru aku berjumpa dengan suami aku. Dia memegang tangan aku dan memberi semangat pada aku.

Sebelum pembedahan dilakukan, seorang doktor mencucuk ubat bius ke atas tulang belakang aku. Semasa aku diinject tue, aku disuruh memeluk bantal dan menahan sikit semasa tulang belakang aku tue dicucuk dengan ubat bius. Selepas lebih kurang 5 minit dicucuk ubat bius, aku tak merasa sakit apa-apa lagi. Suatu benda yang dilapik dengan kain diletakkan di depan aku untuk menghalang aku melihat perut aku yang akan di bedah. Ini kerana aku hanya dibius separuh badan. Makanya aku sedar dengan mata yang terkebil-kebil dan aku boleh mendengar semua tang dikatakan oleh doktor dam pembantu-pembantunya. Sebelum meneruskan operation, doktor tersebut mencucuk perut aku sedikit dengan jarum bertanya sama ada aku merasa sakit atau tidak. Kiranya dia nak tahu sama  ada ubat bius tadi da berkesan @ tidak. Setelah aku menyatakan yang aku tak merasakan apa-apa, maka doktor dan pembantu-pembantunya pun menjalankan tugas.

Semasa dibedah, tangan aku terpaksa didepakan. Setelah setengah jam, aku merasa sejuk yang teramat sangat hingga ke tulang. Untuk mengelakkan aku tertidur, datang sorang pembantu doktor berbual-bual dengan aku. Dia berpesan pada aku agar jangan tido. Aku terasa badan aku menggeletar kerana terlalu sejuk. Pembantu doktor yang berbual dengan aku perasan akan keadaan aku. Dia bertanya pada aku kenapa maka aku pun memberitahu padanya yang aku merasa sangat sejuk.

Pembantu doktor itupun pergi dan datang kembali dengan membawa sesuatu yang hangat dan diletakkan pada tangan aku. Barulah aku merasa selesa sedikit, kurang sejuknya.

Tak lama selepas itu aku terdengar tangisan seorang bayi! Alhamdulillah, aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan dengant berat 3.8kg tepat pukul 11.53 malam 26 Julai. Sebaik sahaja bayi tersebut dikeluarkan dari perut aku dan dibersihkan, ianya ditunjuk dan diberi kepada aku untuk aku mencium dan mengecam wajah bayi aku.

Setelah itu, aku tak tahu ke mana bayi aku di bawa. Mungkin ditunjukkan dan diberikan kepada suami aku untuk di Iqamat sebelum diletak dan dimasukkan ke dalam wad bayi. Setelah siap dijahit dan menunggu selama setengah jam, aku ditolak keluar dari dewan pembedahan menuju ke wad bersalin. Suami aku masih setia menunggu dan menemani aku ke wad. Setelah aku diletakkan dalam wad, aku yang keletihan akhirnya tertidur dengan lenanya. Sambil itu, tak sabar rasanya untuk aku menunggu hari esok untuk melihat wajah anak kesayanganku yang baru dilahirkan.

Anak inilah menjadi permata hatiku yang amat aku dan suami sayangi. Dan, bayi yang comel ini kami berikan nama NUR SYAMSINA yang membawa maksud CAHAYA MATAHARI......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan