Selasa, 19 Julai 2011

KEJE BARU

Selamat pagi....morning.....

Da lama betul aku tak menjenguk ke blog aku nie. Rasa-rasanyer adalah dalam 2 bulan. Dalam masa tue da pelbagai kisah dan cerita serta kejadian yang berlaku.

Masa aku menulis dlm blog aku ni dalam awal bulan 5, aku sedang menganggur. Sekarang ni, aku da kerja balik. Aku dapat kerja ni dalam pertengahan bulan 5. Alhamdulillah, setelah aku asyik mencari keje akhirnya aku dapat kerja di Simple SM Telecomunication yg terletak di bandar Tanah Merah.

Simple SM ni merupakan dealer untuk Celcom. Antara perkhidmatan yg ada ialah untuk pembayaran bil, penukaran simkad yg rosak, penggantian simkad yg hilang dan pendaftaran utk postpaid dan broadband.

Namun, sebagai dealer Celcom di Tanah Merah nie perkhidmatan yg di sediakan adalah terhad. Untuk perkhidmatan lain yg tak terdapat di Simple SM ni, customer terpaksa pergi ke centre@branch Celcom di Kota Bharu.

Aku memang tak sangka akan dapat keje nie sebab masa aku gi tanya pasal keje kosong, memang ada kekosongan tapi masa aku di interview oleh bos, aku diberitahu yang dia tak mahu orang yang sudah berkahwin. Tapi, dia tetap menyuruh aku untuk cuba menghantar resume.

Keesokkannya, aku pun cubalah hantar resume aku tue. 2 hari lepas tue, bos tepon bagitahu yang aku diterima bekerja tapi pihaknya tak boleh nak bagi gaji sebanyak yang aku minta dalam resume. Aku pun jawablah yang aku tak kisah sangat pasal gaji cuma yang penting keje tue balik petang, bukannya sampai malam.

Alhamdulillah,dengan itu aku pun mulalah bekerja di situ dari pukul 9pagi hingga 5petang.

Nak dijadikan cerita pula....

Aku diletakkan di bahagian Customer Service di mana aku memberikan perkhidmatan penggantian simkad, pendaftaran postpaid dan broadband. Ada seorang lagi bersama aku yang merupakan pekerja lama di sini. Aku bekerja dari hari Ahad hingga Khamis. Cuti pada hari Jumaat. Manakala hari Sabtu lak, aku dan sorang lagi pekerja, Ira, akan bergilir-gilir keje n cuti.

Minggu pertama aku keje, sabtunya adalah merupakan giliran Ira untuk bekerja. Kemudian, sabtu akan datang iaitu minggu kedua aku keje merupakan giliran aku pula untuk bekerja. Nasib baiklah aku dapat menjalankan tugas aku dengan baik walaupun keseorangan.

Di sinilah bermulanya cerita aku....

Keesokkannya hari Ahad, Ira masih tak datang keje. Hmmm,mungkin cuti lagilah kot. Isnin, tak datang-datang gak lagi. Eh, da pelik ni. Takkan cuti lama sangat kot. Aku nie baru jer masuk keje. Banyak benda lagi yang aku tak tahu ni. Karang datang customer tanya masalah yang pelik-pelik tak terjawab aku nanti.

Rupa-rupanya ari rabu tue baru aku tahu yang Ira tak datang keje sebab xciden!!!!Teruk gak keadaannya sebab dengar-dengar ada kaca termasuk dalam matanya. Kaca tu datang dari cermin mata yag Ira pakai, pecah bila kepalanya terantuk pada dashboard kereta yang di pandu pakwenya. Dikatakan yang dia akan di'operate' untuk mengeluarkan kaca dari matanya.

Dalam masa yang sama gak aku menerima surat temuduga dari KEMAS yang pernah aku mohon masa menganggur dulu. Tarikh temuduga tu akhir bulan 5. Aku pun mintalah cuti dengan bos konon nak g Ganu utk majlis kenduri kahwin anak sedara aku(tak cakaplah nak cuti sbb nak g temuduga KEMAS sbb aku baru keje kan). Tapi bos aku tak bagi sebab takder orang nak ganti, katanyer.

Setelah berbincang dengan ibu aku, maka aku pun tak pegilah temuduga KEMAS tue. Hmmm, bukan rezekilah nampaknyer. Nak wat camner :(

Dari sehari ke sehari, minggu ke minggu Ira tak masuk-masuk keje gak. Dengar cerita da 2 kali die wat pembedahan untuk matanyer tue. Lastly aku diberitahu oleh bos yang Ira da berenti keje sebab mata die xberapa nampak gak lagi.

Sejak dari itu, terpaksalah aku keje tetiap minggu ari sabtu sebab takde orang lain untuk aku bergilir. Adoi,penat gak kena keje tetiap minggu nie. Cuti cuma 1hari jelah ari jumaat tetiap minggu. Tak lama lagi da nk masuk bulan puasa nie. Yang aku heran n bengangnyer, napelah boa aku ni tak ambik-ambik lagi pekerja baru nie sedangkan setahu akulah, ramai orang yang hantar resume minta keje nie. Takkanlah dalam ramai-ramai tu takder sorang pun yg die berkenan???????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan