Khamis, 21 Julai 2011

MUSUH

Aku ada seorang musuh yang sangat aku benci dan menyampah. Musuh aku nie merupakan sorang pompuan gak. Biarlah aku namakan dier sebagai RL.

RL nie duduk sekampung dengan aku dan umurnya tua 2 tahun dari aku. Al-kisah yang membuatkan aku bermusuh dengan dier adalah kerana RL nie pernah hina n kutuk aku macam-macam. Al-maklumlah walaupun dier tak bekerja namun masih mampu memakai Persona berbanding aku yang hanya mempunyai Kancil. Itu yang membuatkan dier berlagak dan sombong.

Pelbagai hinaan, kutukan dan ancaman yang dier lakukan pada aku. Antara hinaan yang paling tak dapat aku lupakan ialah apabila dier menghina tempat aku bekerja dengan mengatakan yang aku bekerja di tepi longkang(pada masa itu aku bekerja sebagai storekeeper) dan menghina penyakit aku bila mengatakan yang aku tak dapat puaskan suami kerana aku berpenyakit(aku menghidapi Diabetes Mellitus)!!!

Dengan nasihat dari ibu dan kakak, aku hanya berdiam diri dan bersabar. Aku hanya berdoa agar suatu hari nanti Allah akan membalas segala perbuatannya pada aku. Dan aku amat menanti-nantikan saat itu.

Pada suatu petang,masa aku tengah bekerja, tiba-tiba RL datang dengan sorang lelaki yang tak aku kenali ke tempat aku kerja. Dalam hati aku mungkin lelaki itu adalah pakwe baru RL. Maklumlah,suami duduk jauh di Selatan, balik 1-2 bulan sekali.

Masa aku terpandang muka RL jantung aku da berdegup dengan pantas. Seluruh tubuh aku da menggeletar. Dalam kepala aku nie da terbayang semua hinaan dan kutukan yang pernah dier lemparkan pada aku. 

RL datang untuk mengambil simkad bagi nombor telefon dier yang hilang. Dalam keadaan menggeletar kerana menahan marah dan sakit hati, aku terpaksa gak melayan dier kerana da takder saper-saper lagi melainkan aku yang sedang bekerja. Dalam pada itu, boleh lak si tenuk RL nie wat muka slumber dan berbual dengan aku. Dok tanya pasal anak-anak aku dan macam-macam lagilah.

Memandangkan bos aku ada dan ada beberapa orang lagi yang tengah menunggu untuk membuat penggantian simkad, aku paksakan diri untuk senyum dan menjawab pertanyaan RL. Dalam hati aku nie Allah sajalah yang tahu.

Selepas siap lelaki yang datang bersamanya yang membayar harga bagi simkad itu. Hmmm, betullah tue pakwe baru dier. Kesianlah dengan suami dier yang berhempas pulas bekerja mencari rezeki untuk kesenangan  anak dan isteri hingga sanggup berjauhan dari keluarga tapi isteri di kampung bermain kayu tiga dengan ramai lelaki dan berlagak menggunakan duit yang diberi oleh si suami.

Jadi, pada lelaki-lelaki yang dok berjauhan dengan keluarga tu,pantau-pantaulah isteri anda. Jangan dikejarkan sangat harta dunia hingga mengabaikan isteri dan anak-anak : )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan