Ahad, 26 September 2010

Kereta Rosak!!!!

Sabtu,25/9/2010,06.30pm-aku punyalah bersemangat nak balik dari kerja sebab malam ni tak sabar-sabar nak melalui 1 pengalaman untuk melihat dengan mata aku sendiri bagaimana caranya untuk "menangkap" dan "menyembuhkan" seseorang dari gangguan makhluk halus @ hantu.
Aku start jer enjin kereta,bunyi semacam jer.Aku dah mula cuak sebab pernah dulu sekali kereta aku jadi camni then terus takleh nak start.Aku try sekali lagi,keluar bunyi camtu gak.Adoi,aku da mula rasa tak sedap hati.Janganlah kereta ni buat hal time-time camni.Dahler malam ni aku nak bawa ibu dengan suami aku pergi berubat,esok lak aku ada temujanji dengan doktor pakar di HUSM Kubang Kerian!Kali ketiga aku try start lagi da takleh,takder bunyi langsung.Confirm kereta aku rosak lagi!Apalagi.aku pun terus contact suamiku dengan abang ipar aku minta tolong beb.Kawan-kawan sekerja aku pun cuba tolong aku.Mula-mula ingatkan bateri weak so try jumper dengan kereta member tapi tak dapat gak.Bila suami dan abang ipar aku sampai pun diorang tak dapat buat apa-apa.lastly abang ipar aku tepon sepupu aku yang memang pandai repair kereta.Sepupu aku janji nak datang lepas maghrib.so,aku balik dengan suamiku,merempit ler naik motor.
Disebabkan kereta aku rosak,abang ipar aku yang datang ambil ibu aku dan bawa dia berjumpa dengan bomoh untuk membuang pelesit yang ada mendampinginya.so,tak dapatlah aku melihat bagaimana cara yang dilakukan oleh bomoh tersebut.
Berbalik pada kereta aku yang rosak itu pula,setelah sepupu aku datang dan melihat kereta aku,rupa-rupanya minyak silinder dah kering menyebabkan enjin kereta aku jammed.Nak tak nak terpaksalah aku tukar enjin kereta aku tu.mengikut kata sepupu aku tu,sediakanlah dalam seribu lebih untuk baiki kereta aku tu!Punca masalah kenapa kereta aku takleh start da jumpa.masalahnyer sekarang macam mana nak bawa kereta aku ke bengkel sepupu aku tu.Bincang punya bincang kami bercadang nak tarik kereta tue tapi nak tarik dengan apa?Kereta wira sepupu aku tak boleh digunakan untuk menarik kereta kancil aku.Fikir punya fikir teringat aku pada seseorang yang boleh menolong aku.Walaupun jam sudah pukul 10malam,aku dengan muka tak malu tepon kawanku itu untuk meminta tolong dari beliau menggunakan pajeronya untuk menarik kereta aku.Nasib baikler kawan aku tu sanggup menolong aku walaupun sudah larut malam.
Akhirnya,dengan pertolongan kawanku itu dapatlah kami menarik kereta aku yang rosak itu.Selesai semuanya,sampai di rumah jam sudah pukul 2am.Sempat lagi aku berbual dan bertanyakan pada ibuku mengenai pengubatannya.Menurut ibuku,bomoh tersebut telah menangkap 3ekor pelesit yang merupakan saka dari tubuh ibuku.Bagaimana caranya?Entahlah,aku pun tak tahu kerana ibuku tidak menceritakannya.Ibuku cuma memberitahu pesanan dari bomoh tersebut untuk membawa suamiku pula berjumpa dengannya pada malam esok untuk mengeluarkan susuk dan menyembuhkan suami aku.
Kepada kak Yani,suami aku,abang ipar aku,sepupu aku-Fadli dan kawannya,En Bakri dan adiknya serta kepada semua yang telah bersusah payah menolong aku semasa menghadapi masalah kerosakan kereta,terima kasih banyak-banyak aku ucapkan atas keprihatinan korang semua.
Malam ini aku harap tiada halangan lagi untuk aku membawa suami aku berjumpa dengan bomoh bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi berkenaan dengan susuk yang dipakainya.Jika ada cerita yang menarik semasa proses pembuangan susuk itu,pasti akan aku kongsikan lagi di sini.

1 ulasan:

  1. hang tulih gini deh

    Bab 16 - Rindunya Kian Membara


    (Petikan: Novel Nyanyian Tanjung Sepi, halaman 136-134)

    "LETIHNYA AKU. Nini sakit dan menangis sepanjang malam." Kata Doktor Haslinda sebaik saja nampak muka Doktor Aqmar dan Doktor Shakilah.

    "Sakit apa? Ada emak dan bapa doktor pun dia masih sakit ya." Kata Doktor Shakilah, yang sedang mencatat sesuatu dalam buku catatannya sambil melemparkan senyum.

    Pakar bius itu dua tahun lebih tua daripada Haslinda, tetapi masih belum berkahwin lagi. Sesekali dia diusik-usik dengan Doktor Aqmar, sebab itulah kadang-kadang dia jadi malu-malu dengan Doktor Aqmar. Si Aqmar pun macam tu, malu semacam aja.

    "Huh!" kata Haslinda sambil mengerling tajam.

    Dia juga menarik muka masam ke arah suaminya yang baru saja masuk dan mengambil tempat di sebelah Doktor Aqmar.

    "Sejak mengandung anak ketiga ini, kau cepat naik darah lah, As." Sambung Doktor Shakilah apabila dilihat Doktor Haslinda menarik muka masam lagi. Masam mengalahkan asid sulfurik!

    "Aku letih lah, Ilah" suaranya makin mengendur.

    "Engkau tahu lah Si Syam ni, tidur tak ingat dunia. Aku ni mana dengan bawa perut lagi." Kata Haslinda sambil mencebik.

    Syam ketawa dengan kata-kata isterinya. Dia langsung tidak kecil hati. Hormon isterinya sedang tidak seimbang tu. Sejak isterinya mengandung ni, dia mesti betul-betul sabar dengan kerenah isterinya yang beremosi tiba-tiba. Kadang-kadang moodnya berubah macam angin puting beliung. Kalau di rumah pula, mengalahkan panglima perang pabila As marahkan anak-anaknya tu. Padahal dia bukannya tidak tahu, anak-anak mesti ditegur dengan lemah lembut, apabila mereka melakukan kesalahan.

    "Aku rasa kali ni kau akan dapat anak perempuan lagi lah, As. Kau sekarang ni kuat merajuk dan kuat merungutlah... sah anak perempuanlah." Usik Doktor Shakilah sebelum meninggalkan Doktor Haslinda tercenggang-cenggang.

    Sebenarnya, Doktor Shakilah masih mahu mengusik. Dia tahu, Haslinda memang sensitif kalau orang mengatakan yang dia akan mendapat anak perempuan lagi. Tetapi dia jadi tidak sampai hati untuk menyambung usikannya.


    Selepas Doktor Shakilah pergi, Haslinda menjadi tenang. Shakilah ni memang kuat mengganggunya. Mungkin dia cuba hendak mencari perhatian Aqmar, agaknya. Dia tidak tahu lagi agaknya yang hati Doktor Aqmar sudah diikat simpul-mati dengan Si Khalida. Biar seribu perempuan datang, Aqmar tidak akan berganjak dari kata hatinya.

    "Diam aja kamu, kenapa?'' Kata Haslinda apabila melihat Doktor Aqmar hanya membisu. Biasalah, Doktor Aqmar yang periang tu akan jadi pendiam apabila Doktor Shakilah ada di situ. Mungkin malu, atau mungkin tidak berani memulakan sebarang hubungan... Aqmar bimbang kena gosip? Tetapi diamnya pada hari ini, lain sikit! Pelik pula hero sorang ni.

    "As, umi kirim air selusuh untuk kamu. Ada dalam kereta. Nanti aku pergi hantar di rumah ya. Dah lama tak tengok Jaja dan Nini." Kata Aqmar lalu menunduk semula ke arah jurnal yang sedang dibacanya.

    Haslinda mengangguk. Dia sudah ada lima botol air selusuh di rumah, ini umi Aqmar krim pula. Emaknya sendiri awal-awal sudah buat untuknya. Mama Syam pun beri, Kak Zalena, jiran sebelahnya yang baik hati itu pun upah orang buat untuk Haslinda. Itu tidak termasuk air selusuh daripada mak usu dan Misi Jenap lagi. Hah, sudah ada lima botol, mahu kembung perut aku dibuatnya! Rungut hati As tidak habis-habis.

    BalasPadam