Jumaat, 1 Oktober 2010

SUSUK

Whoa!!!!Memang satu pengalaman yang...pergh...tak taulah nak cakap camner but its really satu pengalaman yang interesting,fantastic n scarry!

Mengikut pesanan ibuku,bomoh tersebut menyatakan bahawa pada pukul 9pm suami aku perlu berada di rumahnya.Dengan itu,selepas isyak kami terus bertolak dan sampai di rumahnya tepat pukul 9pm.Pada masa kami sampai ada 2orang pemuda yang turut berada di rumah bomoh tersebut.Sementara menunggu bomoh tersebut membuat persiapan,kami bersembang.Sedang bersembang,telefon aku berbunyi isyarat mesej.Rupanya kakak aku yang menghantar mesej memberitahu akan datang ke rumah bomoh bersama-sama suaminya untuk turut melihat upacara membuang susuk dari suami aku.

Sedang elok upacara nak dimulakan,kakak aku dan suaminya sampai.Upacara bermula dengan bomoh tersebut menyuruh suami aku meminum air zam-zam yang kami bawa.Rupa-rupanya 2orang pemuda tadi adalah pembantu kepada bomoh tersebut.

Selepas meminum air zam-zam,suami aku disuruh baring oleh bomoh tersebut.Seterusnya dia membaca surah-surah pendek dari Al-Quran sambil membasuh dan menggosok muka suami aku dengan air zam-zam.Maka bermulalah upacara membuang susuk tersebut apabila dia meminta pertolongan dari salah seorang pembantunya untuk memegang dua biji limau nipis dan diletakkan rapat di kedua-dua belah pipi suami aku.Sambil membaca ayat-ayat Al-Quran,bomoh tersebut turut menabur dan membaling beras ke arah tubuh suami aku yang sedang berbaring.Selepas itu,dia berhenti di hujung kaki suami aku.Sambil mulutnya tak henti-henti berzikir dan bertasbih,beliau memegang hujung ibu jari kaki suami aku dan perlahan-lahan bergerak ke arah atas sehingga berhenti pada bahagian perut.Kelihatan seperti beliau mengalami kesukaran seolah-olah menolak suatu benda yang berat.Dia terus menolak "benda" itu sehingga sampai ke pipi suami aku.Setelah itu,dia meminta tolong kedua-dua pembantunya duduk di hujung kaki suami aku untuk menolongnya menolak "benda" dalam tubuh suami aku yang agak liat untuk keluar.Walaupun dengan pertolongan dua orang pemuda tersebut,kelihatan "benda" tersebut agak sukar untuk dikeluarkan kerana kedua pemuda tersebut nampak bertarung dengan hebat.

Setelah kedua-dua cara tersebut tidak berjaya,bomoh tersebut mencuba cara yang lain pula dengan menyuruh suami aku menggengam dua biji limau dengan kedua-dua belah tangannya dengan kemas dan erat.Setelah itu,bomoh itu memulakan upacaranya semula dengan menolak ‘benda’ bermula dari muka suami aku menurun ke tangan suami aku.Kelihatan tangan suami aku bergetar dan berpeluh-peluh.Serentak dengan itu juga muka suami aku berkerut-kerut seolah-olah menahan kesakitan yang teramat sangat.

Setelah bertungkus lumus,akhirnya ‘benda’ itu berjaya dikeluarkan dari tubuh suami aku melalui limau yang dipegang.Namun,kesukaran terjadi juga apabila ‘benda’ itu agak melawan dan sukar dikeluarkan melalui tangan kiri suami aku.Dengan izin Allah,dapat juga dikeluarkan.

Setelah itu,bomoh tersebut mengalinkan sebiji telur pada seluruh muka suami aku.Apabila telur itu dipecahkan,kelihatan sedikit darah dalam telur tersebut yang mana mengikut kata bomoh,darah itu merupakan bekasan susuk dari dalam muka suami aku.

Seterusnya untuk mengeluarkan semua kesan susuk yang masih ada dalam tubuh suami aku bomoh itu menyuruh suami aku untuk duduk dengan meluruskan kakinya dan menyuruh kedua pembantunya untuk duduk di hujung kaki suami aku untuk ‘menarik’ keluar semua sisa-sisa susuk yang masih ada.

Seperti biasa,dengan nama Allah bomoh tersebut memegang kepala suami aku dan menolak ‘sesuatu’ ke bawah sehingga sampai ke bahagian peha suami aku dan disambut dan disambung aksi menolak itu oleh kedua pembantunya.

Semasa proses sedang berlaku,tiba-tiba salah seorang pembantunya terpelanting dengan gaya seolah-olah memegang sesuatu dengan kemas sambil menjerit kearah aku dan kakak.Oleh kerana terkejut,kami terlompat dari kerusi dan bergegas menuju ke pintu untuk keluar.Melihat keadaan itu,bomoh tersebut cepat-cepat menghampiri pembantunya sambil memegang sebiji botol kosong.Setelah itu bomoh tersebut kelihatan mengambil sesuatu dari genggaman pembantunya dan memasukkan ke dalam botol.Selepas itulah baru kelihatan pembantunya sedarkan diri.

Melihat suasana sudah terkawal,aku dan kakak masuk semula ke dalam rumah dan duduk di atas kerusi.Setelah 3 biji botol terisi dengan ‘benda’ yang dikeluarkan dari kaki suami aku,bomoh bertanyakan pada suami aku samada masih terasa sakit dimana-mana bahagian tubuh.Suami aku menjawab dengan menyatakan yang kakinya masih terasa sakit dan berat.

Lalu,bomoh itu menyuruh kedua-dua pembantunya untuk duduk sekali lagi di hujung kaki suami aku dan menarik keluar semua sampai habis bekas susuk yang masih ada.Dengan bergabung tenaga dan dengan izin Allah,akhirnya semuanya dapat dikeluarkan.Sekali lagi bomoh bertanya pada suami aku untuk memastikan segala upacara dan proses telah berjaya.Kali ini suami aku menyatakan tiada lagi rasa sakit atau berat pada mana-mana bahgian tubuhnya malahan kepalanya pun berasa ringan dan hati menjadi tenang dan lapang.

Setelah itu,bomoh tersebut menyatakan bahawa susuk yang telah dikeluarkan tadi telah dihantar dan dipulangkan semula kepada tuannnya.Sebelum pulang,bomoh itu memberikan sebotol besar air untuk suami aku gunakan untuk mandi sebaik saja sampai di rumah.Selain itu,bomoh tersebut turut memberikan petua dan nasihat kepada kami semua.

Alhamdulillah,dengan izin Allah segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna.Pengalaman ini menjadi satu pengajaran dan peringatan kepada aku bahawa suatu ilmu yang salah dan meyimpang dari ajaran islam pasti mendapat balasan dan menghuru-harakan hidup seseorang.Apa-apapun aku amat bersyukur di atas segalanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan