Jumaat, 24 September 2010

BOMOH

Bercakap mengenai bomoh,pada mulanya aku kurang percaya pada semua benda-benda tahyul ni.Tapi,bila semua benda terjadi sendiri pada diri aku sedikit demi sedikit aku mula mempercayai segala benda-benda ghaib itu.Aku juga mula mengakui yg ada makhluk lain yang turut tinggal bersama-sama kita di muka bumi ini.
Kisah bermula semasa aku belajar di sebuah kolej yang terletak di utara tanah air.Pada masa itu,aku menemani seorang kawan aku untuk mengawasi budak-budak sekolah rendah yang mebuat aktiviti di kolej tersebut.Aku dan kawanku telah ditugaskan untuk mengawasi 30 orang pelajar yang terdiri dari budak-budak perempuan darjah enam di salah sebuah dorm asrama di atas bukit.Pada malam tersebut,setelah semua tidur,aku dan kawanku masih lagi berjaga sambil menelaah.Tiba-tiba kawanku meminta tolong menemaninya ke tandas.Balik dari tandas,kami berdua berpandangan dengan mulut terkunci dan lidah kelu kerana melihat kipas siling yang telah kami matikan suisnya sebelum ke tandas sedang berpusing dengan laju.kami mengambil keputusan untuk tidak menghiraukannya.semasa kami sedang berbual-bual,kedengaran bunyi orang berjalan di luar tingkap bilik kami.Bila kami membuka tingkap dan menjenguk ke luar,tiada sesiapa yang kelihatan.Tapi,apabila tingkap ditutup semula,bunyi orang brjalan kedengaran semula.kami mula cuak.Tiba-tiba kedengaran pula bunyi dari dalam almari baju yang berkunci.Untuk menghilangkan rasa takut,kami mula membaca surah Yassin.Malangnya,semakin kuat kami membaca surah tersebut,semakin kuat pula kedengaran bunyi dari almari tersebut.Akhirnya kami tidur dalam ketakutan dengan berkongsi katil.
Pengalaman aku yang kedua di tempat aku bekerja sekarang.Usikan itu hanya dengan kedengaran suara seperti suara kawan sekerja aku sedangkan pada masa itu,kawan sekerjaku tiada bersamaku.Aku kuatkan semangat dan buat tak tahu saja kerana di situlah tempat aku bekerja mencari rezeki.
Pengalaman yang seterusnya baru saja beraku dan akan berlaku.Semuanya bermula semalam apabila aku menemani suamiku dan ibuku berjumpa dengan seorang yang boleh dikatakan seorang bomoh.Setelah ditilik,dikatakan bahawa ibuku itu sedang didampingi oleh "ibu pelesit".Menurutnya lagi,benda itu adalah saka yang diterima tanpa disedari dari nenek moyang.Saka tersebut dalam kelaparan yang amat sangat kerana tidak pernah dihiraukan oleh ibuku itu.sebab itulah tubuh ibuku semakin kurus dan lemah -lemah tubuh kerana saka tersebut memakan dirinya.Suamiku pula mengakui memakai susuk untuk menyedapkan suara(keje jadi dj kat kelab malam)semasa berada di Kuala Selangor berpuluh tahun dahulu dan telah melanggar pantang larang susuk menyebabkan hidupnya berada dalam kegelisahan.Menurut bomoh tersebut,oleh kerana suamiku itu telah melanggar pantang,maka ilmu susuk tersebut telah memakan diri sehingga berada di tahap yang agak kritikal di mana suamiku itu akan sampai ke satu tahap tidak akan kenal orang di sekelilingnya termasuk keluarga sendiri.Dalam erti kata lain,suamiku itu akan menjadi "GILA".
Oleh kerana hari sudah larut malam,maka satu perjanjian telah ditetapkan antara bomoh dan suamiku itu untuk membuang segala susuk dan ilmu hitam yang ada dalam tubuhnya dan juga untuk membuang saka dalam tubuh ibuku pada malam ahad ini,25/9/2010.Sebelum pulang,bomoh tersebut memberikan senarai barang-barang yang diperlukan bagi proses "pembuangan" tersebut.
Ingin tahu apa yang berlaku?Nantikan...Aku juga tidak sabar menunggu malam tersebut untuk mengalami satu peristiwa dan pengalaman yang tak pernah aku terfikirkan untuk alami.Tapi,aku amat berharap agar segalanya berjalan dengan lancar dan semua masalah dapat dibuang,InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan