Khamis, 6 Januari 2011

BANJIR!!!!!

Banjir oh banjir....

Setelah sekian lama hujan berhenti hujan berhenti sejak bulan jun tahun lepas lagi, akhirnya banjir juga di kampung aku. Tapi,banjir tue takdelah teruk sangat cuma melintasi jalan yang menghubungkan kampung aku dengan bandat Tanah Merah dan kampung-kampung lain sekitarnya menyebabkan kami sekampung terputus hubungan. Secara tak langsung aku tak boleh ke tempat kerja, terpaksalah ambil emergency leave.

Ada jalan alternatif lain untuk kami sekampung keluar ke bandar iaitu dengan melalui jalan keretapi yang agak panjang juga. Tapi,hanya orang yang berani dan kuat semangat sahaja yang boleh melalui jalan tersebut kerana jalan keretapi tersebut masih aktif, bermakna silap perhitungan semasa tengah berjalan tue boleh berselisih dengan keretapi!! Silap-silap boleh jatuh dalam sungai...

Satu lagi cara ialah dengan menaiki perahu yang akan ada perkhidmatannya di tempat jalan yang dinaiki air tadi. Tap, dier punyer tambang,mak ai,habislah dalam RM10 untuk tambang sahaja kerana turun dari perahu, kami terpaksa pula menaiki kereta sewa yang sedia menunggu di seberang untuk sampai di bandar Tanah Merah.

Kesimpulannya, klo musim-musim banjir nie tak payahler kuar ke bandar melainkan ada perkara kecemasan dan penting.

Musim banjir nie juga selalulah perhatikan anak-anak,awasi mereka sekiranya bermain air....

Selamat banjir.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan