Khamis, 23 Oktober 2014

Ketam Masak Lemak Cili Api 

(2 org makan)


Bahan-Bahan:
3 ekor ketam segar
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, carikkan
2 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor

Bahan untuk kisar halus:
5 biji cili api
2 biji cili merah
1/2 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Secubit belacan

Cara Penyediaan:
1-Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian.
2-Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.
3-Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.
4-Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.


Tips:
Jika ketam betina yg mempunyai telur anda tidak perlu buang kulit (seperti dalam gambar). Jika ketam biasa, buang kulit dan potong dua bahagian dan leraikan kaki bersepit.
Selamat Mencuba ^_^

Sabtu, 18 Oktober 2014

NASI AYAM





Bahan-bahan ( 6-8 orang )
Untuk rebus
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
2 ulas bawang putih
2 cm halia yg diketuk
Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak bijan
Cara cara:
Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2 cm halia yg diketuk. Rebus sehingga empuk.
Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam. Simpan dalam peti ais selama 15 - 20 minit. Lumurkan sedikit madu. Goreng hingga keperangan. Angkat ayam dan diketuk sedikit sebelum dihidangkan.
Tips: ayam digoreng sekejap sahaja iaitu secara "Touch N Go", barulah ayam lembut.
Untuk nasi
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1 cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
air rebusan ayam secukupnya
Sedikit garam
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 kayu manis
1 batang serai – ketuk
2 helai daun pandan
Pewarna kuning
Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.
Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masukkan sedikit pewarna. Masak seperti biasa.
Untuk sos
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam
Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
Untuk sup
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup
Garam
Daun sup yg dihiris.
Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.
Untuk kicap 
Kicap manis cap kipas udang
Gula
3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)
Air rebusan ayam
Masukkan kicap manis, gula dan cili api ke dalam blender dan kisar sampai jadi pekat.
Bolehlah dihidangkan dengan sayur sayuran. Selamat Menjamu Selera ^_^

SARDIN ROLL




Bahan-bahan
300gm tepung gandum
120gm marjerin / mentega sejuk
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar air ais (air dari peti sejuk)

Inti Sardin
1 tin sardin sederhana
1/2 biji cili merah di cincang
1/2 biji bawang besar di cincang
1 sudu kecil jus limau nipis
1/2 sudu teh garam / secukup rasa
sedikit lada sulah
1 biji kuning telur untuk glis

Cara-cara :
Inti Sardin : Lecek sardin (keluarkan dulu sosnya), gaul bersama bahan-bahan yang lain hingga rata. Jika inti agak kering tambahkan sedikit sosnya.
1. Doh Pastri : Gaul dan ramas marjerin ke dalam tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan sedikit garam dan air sejuk dan uli hingga menjadi doh.
2. Canai pastri hingga 3mm tebal dan potong persegi 4 x 4in. Isikan setiap potongan pastri dengan inti sardin.
3. Sapu tepi pastri dengan putih telur dan gulung kemas. Letakkan ke atas dulang pembakar dan glis atasnya dengan kuning telur. Buat 2 atau 3 cucukan di atas permukaan pastri dengan garpu.
4. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 180C di tingkat atas selama 10 minit. Kemudian keluarkan dari oven dan sapu lagi dengan kuning telur (supaya warnanya kuningnya lebih terang) Kurangkan suhu kepada 130C dan bakar lagi selama 15 minit atau hingga masak.
** Doh pastri agak keras tetapi jangan di tambah air. Doh akan ranggup selepas dibakar.

Selamat mencuba ^_^

Rabu, 15 Oktober 2014

11 Jenis Pokok Yang Menjadi Tempat Tinggal Hantu Yang Mesti Kita Tahu


11 Pokok Yang Menjadi Tempat Tinggal Hantu

1 : Pokok Ara

Pokok ara yang mirip dengan pokok beringin merupakan tempat tinggal bagi segala macam jenis hantu.


2 : Pokok Kekabu

Pohon kekabu atau kapuk merupakan pokok yang menjadi tempat tinggal puntianak.


3 : Pokok Ciku

Pokok ciku adalah tempat tinggal puntianak dan genderuwo maka dari itu jika sudah memasuki waktu azan maghrib elakkan pokok ini kerana biasanya pada masa itu, hantu penunggu pokok ciku sedang berkeliaran...


4 : Pokok Saga

Tidak diketahui menjadi tempat tinggal hantu apa tapi pokok ini dipercayai menjadi tempat tinggal hantu.Kesan dari pokok ini yang tua dan menyeramkan memang sesuai menjadi tempat hantu.


5 : Pokok Asam Jawa

Pokok Asam Jawa biasanya menjadi tempat tinggal pocong atau puntianak terutama pokok yang umurnya sudah bertahun-tahun...


6 : Pokok Pisang

Pokok pisang (pokok pisang yang berkumpul serumpun) merupakan tempat tinggal puntianak dan pocong.


7 : Pokok Buluh

Pokok ini menjadi salah satu tempat yang disukai oleh puntianak.Pernah suatu masa di kampung saya ada pemandu teksi melihat puntianak sedang duduk di atas pokok buluh.Harus di ingat, pokok buluh yang saya maksudkan adalah pokok buluh biasa bukan pokok buluh kuning kerana buluh kuning ialah penolak bala jadi pasti pokok buluh kuning di takuti oleh...


8 : Pokok Nangka

Pokok nangka juga dipercayai sebagai tempat tinggal hantu...


9 : Pokok Beringin

Pokok beringin adalah tempat kesukaan makhluk halus (Genderuwo),Terutama beringin yang sudah tua dan mempunyai janggut (akar yang berjuntaian). Bila kita mematahkan janggut
beringin tersebut dan kebetulan pokok beringin itu di huni makhluk halus maka kita akan terus sakit dan bila lambat diubati kepada orang pintar mungkin nyawa taruhannya.


10 : Pokok Sukun

Pokok ini biasanya menjadi tempat tinggal pocong...


11 : Pokok Bacang

Pokok ini biasanya dijadikan tempat bermain toyol.Buah dari pokok bacang hampir sama dengan buah mangga, cuma buah bacang bentuknya lebih bulat dan seratnya banyak....


Nota : Apabila di persekitaran tempat tinggal anda ada pokok-pokok yang di atas, elakkan melalui dibawah pokok tersebut pada malam hari ataupun jika terpaksa.Jangan lupa membaca doa dan meminta perlindungan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan makhluk halus....

Isnin, 13 Oktober 2014

KHASIAT BETIK



1. Buah betik yg masak selain kaya dgn vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.

2. Daun betik terutama pucuknya yg muda sering direbus utk dijadikan ulam. Selain itu,air rebusan daun betik dapat melegakan perut dgn mengeluarkan segala angin.

3. Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yg bermasalah setengah jam sebelum mandi.

4. Di Ghana ia juga digunakan utk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi.

5. Betik juga boleh digunakan utk mengubati tumit pecah-pecah yg boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan betik muda yg dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yg pecah.

6. Daun betik yg dilayur di atas api dpt mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yg sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula,minum air perahan dari daun muda yg ditumbuk lumat dan dicampurkan dgn sedikit perahan limau nipis boleh membantu.

7. Daun betik tua dikatakan boleh dibuat jus utk mengubati penyakit denggi. Dengar khabarnya platlet pesakit denggi akan segera bertambah jika meminum jus daun betik.


Selamat mencuba ^_^ 

TIPS SIHAT

Nak jadi sihat,cergas dan otak cerdas? Senang saja. Hanya perlukan kismis dan air minuman..
1. Tuangkan air minuman ke dalam gelas sebelum tidur.
2. Rendam 21 biji kismis dalam air minuman tersebut semalaman.
3. Minum air rendaman dan makan kismis itu keesokan paginya sebelum makan sarapan.

Amalkan setiap hari untuk mendapatkan tuuh yg cergas,minda yg cerdas dan mata yg sihat ^_^

Petua Untuk Menghancurkan Batu Karang


Pilihan 1 :
Kisarkan bawang merah utk membuat jus dan tambahkan sedikit gula. Amalkan meminum jus bawang selalu. Ia akan menghancurkan batu karang dan akan keluar melalui air kencing

Pilihan 2 :
Amalkan meminum 50g jus bawang merahpada waktu pagi semasa perut kosong. Ia pasti akan memecahkan batu karang.


MEE KUAH DAGING




Bahan2:
2 peket mee kuning
1kg daging
2.5 liter air rebusan daging
Sos tomato
Sos cili
1 cawan kuah kacang
3 kiub stok ikan bilis
4 biji telur - utk pekatkn kuah
3 sudu besar cili kisar
Garam
Gula

Bahan2 Tambahan:
8 biji telur rebus - potong 2
Hirisan cili merah
Hirisan daun bawang
Sayur taugeh & sawi - celur
Bawang goreng

Bahan Kisar:
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia

Cara Memasak:
1.Rebus daging sampai empuk kemudian potong kecil dan simpan semua air rebusan tadi. Panaskn minyak dan tumis semua bahan kisar dan cili kisar sampai timbul bau wangi dan pecah minyak.
2.Masukkan air rebusan daging serta kacau kuah dan masukkn kiub stok ikan bilis bersama kuah kacang secukupnya. Masukkn juga sos tomato dan sos cili secukupnya.
3.kacau semua bahan dan boleh dimasuk semula daging yg telah dipotong tadi ke dalam kuah. Buarkn kuah masak sampai mendidih.
4.Masukkn garam dan gula secukup rasa kemudian pecahkan 4 biji telur ke dalam mangkuk serta kacau telur sedikit dan masukkn ke dlm kuah. Kacau perlahan-lahan sampai telur masak.
5.Celurkn mee,taugeh dan sawi - ketepikan.
Cara menghidang mee ni, mula-mula masukkn sayur taugeh/sawi dahulu dlm mangkuk kemudian mee dan tuangkan kuah bersama isi daging,telur rebus,bawang goreng,cili merah dan daun sup.

Selamat mencuba ^_^