Sabtu, 27 September 2014

Mee Kolok

Bahan2 (2-3org makan)
3-4 gulung mee sanggul/non-fried noodles
1 sudu makan perencah sup
100g daging lembu
Air secukupnya
Garam
5 ulas bawang putih - cincang
8 biji cili api
1 sudu teh serbuk lada hitam
4 sudu makan minyak masak
5 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
2 biji limau kasturi - ambil jus
Daun bawang/daun sup
1 sudu teh sos ikan/sos soya
1 sudu teh cuka


Cara2:

Utk Sup
Rebus daging bersama perencah sup,garam dan air secukupnya. Rebus hgg empuk. Setelah masak,toskan daging dan hiris nipis2. Ketepikn kuah/sup(Boleh panaskn semula dan tambahkan sedikit air jika brkurangan)

Utk Mee
1. Rebuskan mee brsama sedikit garam sehgg lembut. Keluarkn dan toskn.
2. Panaskan minyak dan goreng bawang putih sehgg garing. Ketepikan dan masukkan pula mee yg telah ditoskn td ke dlm kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi. Perasakan dgn cuka, sos ikan/sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.
3. Di dlm kuali yg sama,panaskn minyak masak dan goreng daging yg telah dihiris tadi. Masukkan kicap pekat, kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam. Keluarkan.

Utk Sambal
Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bawang putih hgg lumat. Kemudian gaulkan brsama kicap manis dan perahan jus limau kasturi.

Cara Menghidang
1. Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mee, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan.
2. Taburkan daging, bawang putih yg telah digoreng garing dan hiaskan dgn daun bawang/daun sup.
3. Sediakan juga semangkuk sup sebagai kuah jika suka.

Selamat menikmati ^__^

Mee Kari Simple

Bahan2 (5 org makan) :
3 sudu besar lada giling
6 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
3cm halia - kisar
2cm lengkuas - kisar
2 batang serai - kisar
2 kiub ayam Knorr
5 sudu besar serbuk kari
2 keping asam gelugor
1 pek fish cake
1 biji kelapa - ambil santan
Garam
Minyak
Daun bawang/daun sup
Lada merah
5 biji limau kasturi
1kg mee
Tauge
5 biji telur rebus
Bawang goreng

Cara2:
1. Tumis bahan2 kisar bersama lada giling hingga garing.
2. Masukkan rempah, kiub ayam knorr dan asam keping - biarkn hingga naik minyak.
3. Masukkan fish cake dan santan - renehkan hingga mndidih.
4. Hidangkan mee brsama bahan2 yg dihiris, limau kasturi, telur dan bawang goreng.

Selamat mencuba ^__^
Makaroni Bakar

Bahan2:
2 cawan makaroni - rebus
500gm daging kisar
3 sudu rempah kari
5 biji bawang merah - tumbuk
3 biji bawang putih - tumbuk
1 sudu lada hitam - tumbuk
1/2 inci halia - tumbuk
Sedikit minyak jagung + sedikit mentega utk menumis
1 tin susu cair + 1 tin air
Daun bawang/daun sup
Bawang goreng
4 biji telur - pukul
Garam
Parutan mozarella/cheddar cheese

Cara2:
1. Tumis bahan yg ditumbuk td brsama rempah hgg naik bau.
2. Masukkan daging kisar dan goreng hgg masak & perasakn dgn garam.
3. Masukkan susu cair, air dan bawang goreng kemudian dimasak sekejap.
4. Makaroni yg dah direbus ditoskn kemudian dimasukkn ke dlm bekas yg bersih.
5. Masukkn bahan daging yg dah dimasak tadi ke dlm bekas bersama makaroni dan gaul rata.
6. Boleh tambah cheddar cheese yg dah diparut sekali.
7. Masukkan ke dalam dulang pembakar, tuangkan telur diatas makaroni,tabur mozarella dan baki cheese kalau suka. Taburkan sekali daun sup dan daun bawang serta bawang goreng.
8. Bakar selama 40minit dgn suhu 170 darjah celcius @ hgg masak.
9. Boleh tambah lada benggala,cendawan @ tomato yg dipotong dadu.

Selamat mencuba ^__^


Chicken Black Pepper Duo


Bahan-bahan
Ayam
2 biji bawang putih - dihiris
2 biji bawang besar(merah) - dihiris
2 inci halia - dihiris panjang
2 tangkai lada kering
2 sudu lada hitam - ditumbuk agak kasar.
2 sudu sos lada hitam
2 sudu sos tiram
Kiub perasa ayam (suku kiub)
Garam secukup rasa (hujung sudu)

Cara-cara
1. Potong ayam ikut suka, kalau saya sederhana. Goreng dan asingkan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar, halia, lada kering dan lada hitam hingga kecoklatan dan naik bau.
3. Tuang sedikit air, masukkan sos lada hitam, sos tiram dan garam secukup rasa.
Kacau sebati hingga agak likat.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaulkan sehingga sebati.
5. Sedia untuk di hidang! Boleh tambah sukatan bahan2 ikut selera masing-masing!

Resepi yang sangat mudah dan ringkas! Selamat mencuba ^_^

Rabu, 24 September 2014

MEE UDANG

Bahan-Bahan:
1 kati mi kuning
½ kati udang basah - bersaiz sederhana
10 tangkai cili kering - dikisar
2 biji bawang besar} kisar
2 ulas bawang putih} kisar
Sedikit belacan } kisar
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
½ sudu teh gula pasir 4 batang sawi
½ kati taugeh
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
5 biji tahu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak
Limau kasturi
Sedikit bawang goreng

Cara2:
1) Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar.
2) Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.
3) Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan.
4) Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.
5) Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa.
6) Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.
Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.
Segala bahan-bahan tertakluk kepada berapa orang yang hendak makan. Agak-agaklah ye...
Selamat Mencuba...^_^
Tips memasak cepat untuk wanita super-sibuk
1. Rancang menu untuk seminggu yerr bukan sehari. Ini lebih mudah dan cepat. Jangan ambik menu yang berat seperti nasi minyak ayam kari, nasi beriani kambing dll.Seharusnya ikut la kemampuan buat menu 2 atau 3 jenis sahaja seperti ikan goreng dan sup sayur, kangkung tumis dan ayam goreng dan sebagainya.
2. Siapkan semua bahan untuk setiap menu sejurus pulang dari pasar atau pasaraya.
Untuk barang basah seperti ikan, udang, ayam dan sebagainya. Siang siap-siap. Kemudian masukkan dalam bekas atau plastik.
Cara nak store dalam frezzer, simpan dalam plastik atau bekas yang berasingan mengikut menu dan hari. So nanti nak masak hanya keluarkan 1plastik sahaja.
Untuk barang kering seperti bawang dan sayur. Bawang dan lada boleh bled banyak untuk stok seminggu simpan dalam bekas. Untuk bahan yang mudah berair dan cepat layu seperti sayur-sayur boleh balut dalam aluminium foil guna jenama Diamond. Lebih tebal dan tahan lasak.
3. Semua bahan yang dah siap siang/potong, simpan elok-elok dalam bekas dan LABEL mengikut hari.
Supaya tak konfius bawang ini untuk menu mana.Kentang ini untuk menu mana. Bila nak masak buka peti terus ambil bekas yang berlabel hari tersebut.
Kan senang, mudah dan simple
Ok selamat mencuba..^_^
Resepi Ayam Goreng Ala KFC Rangup Dan Mudah

Perap untuk sejam:
1 ekor ayam potong
7 ulas bawang putih tumbuk
2 sudu besar serbuk cili (kalau nak lagi pedas boleh tambah 2 sudu lagi)
1 sudu serbuk kari ayam
secubit ajinamoto
secubit soda bikarbonat
2 sudu teh garam
air sedikit nak bagi rempah senang serap

Bahan untuk tepung salut :
2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing)
garam secukup rasa
secubit soda bikarbonat
1biji telur

Cara-cara:
1. Perap ayam 1 jam dengan bahan-bahan perap tadi.
2. Selepas itu pukul telur ,golek ayam dalam telur, supaya senang tepung nak lekat pada ayam.
3. Selepas itu letak tepung dan bahan-bahan lain dalam bekas yang ada penutup goncang-goncang bagi sebati, letak ayam yang dah dsalut telur tadi dalam bekas tu,tutup bekas, kemudian goncang bagi tepung salut rata.
4. Langkah terakhir goreng ayam dalam periuk, biar ayam tenggelam dalam minyak yang panas. Dalam 15 minit masaklah, hidangkan mengikut kreativi masing-masing.

Selamat mencuba ^_^


Khasiat Bendi
1. Membantu perkembangan otak , menguatkan daya ingatan
2. Dalam bidang perubatan tradisional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin.
3.Menyembuhkan kudis dan bisul - Ambil air rebusannya kemudian sapu pada tempat bermasalah.
4. Rawatan sakit kerongkong - Air rebusan yang dicampur gula kemudian minum 3 kali seminggu
5. Menyejukkan dan melembutkan kulit. - Ambil lendir bendi kemudian sapu pada kulit.
6. Mencuci hati.
7. Menstabilkan kandungan gula dalam darah.
8. Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.

Selamat mencuba 
ROTI LAPIS DAGING BERKEJU

Bahan-bahannya :
- 300gm daging cincang @ 4 keping daging burger (dihancurkan)
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- ½ paket perencah daging black pepper maggi
- sedikit air
- garam dan gula
- minyak
- 12 keping roti gardenia
- 3 biji telur ** idah guna 4 biji
- 200ml fresh milk
- 8 keping any slice cheese chesdale/kraft
- cheddar diparut
- sayur ikut suka

Cara-cara Untuk Inti :
1)Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih,
2)Kemudian masukkan bawang besar dan daging/ayam cincang, goreng hingga garing/empuk
3)Masukkan sayur jika perlu
4)Masukkan perencah black pepper dan sedikit air, masak sehingga daging masak dan kering
5)Ketepikan dan biarkan ia sejuk

Untuk Roti :
1)Ratakan mentega atau minyak disekeliling loyang untuk mengelakkan dari melekat
2)Bancuhkan telur dan susu sehingga sebati
3)Celupkan roti kedalam bancuhan susu sehingga rata dan susun dalam loyang pembakar sehingga penuh loyang      untuk layer pertama (4 keping)
4)Tuangkan separuh dari inti tadi dan ratakan untuk layer pertama
5)Susun slice cheese ke atas inti
6)Tutup dengan lapisan roti yang dicelup dengan susu untuk layer seterusnya
7)Ulang seperti layer pertama tadi
8)Akhirnya tabur keju cheddar/mozarella di lapisan atas sekali
9)Jika ada lebihan campuran susu tadi, siramkan ke atas roti
10)Bakar dalam oven dengan suhu 180c selama lebih kurang 35-40 minit (sehingga masak)
11)Keluarkan dan sedia utk dimakan.
Selamat mencuba ^_^


Kuey Tiow Kantonis.
• Bahan-bahan : -
1 pkt Kuey Tiow ( dicelur )
isi ayam,udang dan sotong ( terpulang nak banyak mana )
2 keping fish cake dipotong nipis
1/2 biji lobak merah dibelah dua dan ptg menyerong
2 tangkai sawi ( dipotong )
sedikit kobis ( dihiris halus )
3 biji telur dipukul
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar tpg jagung dibancuh dgn skit air
1/2 sudu teh minyak bijan
2 ulas bawang putih dicincang
1500ml air
1 sudu teh lada sulah
• Cara Penyediaannya : -
1. Tumis bawang putih sampai garing.masukan air sebanyak 1500ml.
2. Masukan lobak merah,isi ayam,udang,sotong dan fish cake.biarkan sampai melegak.
3. bila dah melegak masukkan sos tiram,lada sulah,tpg jagung dan telur.
4. kacau perlahan-lahan supaya telur dan tpg tidak berketul-ketul.
5. masukan sayur sawi,kobis,minyak bijan,garam dan gula secukup rasa.
6. Letakkan kuey tiow atas pinggan dan curahkan kuahnya.


Kuey Tiow Kungfu.
Bahan A
400 gm kuey teow
5 biji telur [ dipukul]
Bahan B
100 gm udang basah [buangkan kulit]
150 gm ayam [dihiris]
1 biji panjang fish cake [potong nipis]
3 ulas bawang putih [dicincang]
100 gm brokoli [dipotong]
100 gm bunga kobis [dipotong]
100 gm Lobak merah [potong kecil dan panjang]
5 tangkai baby corn
2 sudu besar minyak masak
2 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 cawan air rebusan ayam
2 s/b sos tiram
1 s/b lada sulah
garam
minyak
Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak dan goreng kuey tiow yang telah digaul bersama telur dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan.
2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan lobak merah.
4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
6. Tuang kuah ke atas kuey tiow dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas


Kuey Tow Ladna.
Bahan-bahan : -
• Sebungkus kuey teow -basuh, toskan kemudian perap dengan kicap manis sebentar.Kemudian di goreng tanpa minyak .
• 15 ekor udang
• Isi ayam
• Daging
• 4 ulas bawang putih - di tumbuk
• 3 sudu makan sos tiram
• 2 sudu makan sos ikan
• 1 kiub pati ayam
• 5 biji cili api - ditumbuk
• sedikit lada hitam / putih - di tumbuk
• 1 biji Lobak Merah - dihiris
• seikat sawi - dipotong
• sedikit tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air utk memekatkn kuah
• Bawang goreng dan daun sup untuk hiasa.
Cara-cara
1. panaskan minyak. masukkan bawang putih dan goreng sehingga kekuningan dan naik bau..Kemudian masukkan ayam dan daging yg dipotong kecil.
2. Bila ayam & daging dah masak, masukkan sos tiram dan sos ikan... goreng seketika. Kemudian masukkan air.
3. masukkan kiub ayam dn biarkan mendidih seketika..kemudian masukan lobak merah terlebih dahulu.
4. masukkan udang, cili padi, sawi, lada hitam/putih tumbuk dan garam.
5. masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn air utk memekatkan kuah.
6. setelah kuah masak bolehlah dihidang bersama kueh teow panas-panas
7. taburkan bawang goreng, daun sup dan limau nipis...


MEE BANDUNG
Bahan-bahan:
500g Mee kuning dicelur
200g Tulang lembu/ayam direbus (untuk jadikan stok)
100g Udang hidup/Sotong
100g Sawi
7 cawan Air
½ cawan Sos tomato
2 biji Telur
1 sudu besar Perencah pati ayam
Secukup Garam
Secukup Gula
Secukup Minyak untuk menumis
X: dikisar halus
½ cawan Udang kering
20 tangkai Cili kering
10 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang putih
3 sudu besar Kacang goreng, dikisar
2 batang Serai, dititik
1 biji Keledek, direbus dan dikisar
Cara Menyediakan:
(1) Panaskan minyak, tumis (X) hingga wangi kecuali keledek.
(2) Masukkan air rebusan daging, udang dan biarkan mendidih.
(3) Tambahkan sos tomato, perencah pati ayam, garam dan gula serta keledek.
(4) Biarkan mendidih baru masukkan sawi dan telur.
(5) Hidangkan dengan mee kuning, hirisan cili merah, bawang goreng dan limau nipis.


Mi Hokkien.
Bahan-bahan:
2 sudu besar Minyak masak
1 sudu besar Bawang putih cincang
200g Kubis, dipotong 1 cm
1 sudu besar Perencah pati Ayam
3 cawan Air
500g Mi Kuning
Sedikit Bawang goreng
1 sudu teh Tepung jagung, digaul dengan 1 sudu besar air
Bahan-bahan A:
100g Udang, dibersih dan dikupas kulit
100g Sotong, dibersih dan dipotong gelang
100g Filet ayam, dihiris
1 keping Kek ikan, dihiris
Bahan-bahan B (perencah):
1 sudu besar Kicap pekat
½ sudu teh Serbuk Lada Putih.
1 sudu teh Garam
Hidang bersama: Sambal belacan
Cara Menyediakan:
(1) Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan
air dan perencah pati ayam biar mereneh.
(2) Tambah masuk kubis dan mi kuning. Kacau sebati & reneh selama
beberapa minit.
(3) Masukkan bahan-bahan (A) bersama dengan bahan-bahan (B). Bubuh air tepung jagung.
(4) Hias dengan bawang goreng dan hidang panas dengan sambal belacan.
Nasi Dagang Terengganu




Resepi nasi
3 cawan beras basmathi
3/4 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1 1/2 cawan santan pekat yang ditambah garam dan gula secukup rasa(saya masak sekejap) tp jika anda guna santan segera tambah 2 sudu minyak masak
2 helai daun pandan disimpul
*6 biji bawang merah
1 1/2 sudu kecil halba
*1 inci halia
hiris bahan bertanda * dihiris dan dipotong halus letak dlm 1 bekas bawang, halba dan halia..ketepikan
*beras basmathi dan beras pulut dicuci bersih dan direndam semalaman jika nak buat breakfast
*kukus beras + beras pulut serta daun pandan dlm periuk kukus selama 30 minit..buat lubang ditengah2 nasi tadi supaya udara keluar masuk dlm periuk kukusan tu..
*keluarkan nasi tadi dari bekas kukusan setelah 30minit letak dlm bekas besar...masukkan santan cair ..kacau perlahan2 dan biarkan santan cair meresap dlm nasi tadi...kemudian masuk semula dlm periuk kukusan..kukus 30 minit lagi.. dlm 20 minit terakhir tu masukkan halba dlm nasi yang dikukus tadi
*keluarkan nasi setelah 30 minit..letak dlm bekas..masukkan bawang yang dipotong halus dan halia yang dihiris senipisnya serta curah santan pekat sedikit demi sedikit sehingga nasi menjadi lembut...(sukatan air ni berbeza mengikut beras digunakan) ...rasa biar ia secukup rasa..tawar tambah garam.. nasi dagang ni rasanya manis2 lemak..

Kuah Gulai Ikan Tongkol/Aya
seekor ikan tongkol/aya di potong mengikut saiz kesukaan
3@4 keping asam gelugur
1 nisan keping/1/2 gula melaka terpulang mana2 suka
garam
air secukupnya
letak dlm periuk rebus semuanya (saya rebus dlm 1 - 2 jam )
resepinya
2 biji bawang besar sederhana saiznya*
3 ulas bawang putih*
cili kisar (ikut kepedasan)
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
2 @ 3 sudu rempah gulai nasi dagang @ gulai rose @ gulai biasa
1 sudu kecik kerisek
sedikit belacan*
santan pekat
1/2 cawan minyak masak
gula, nisan @ gula melaka dan garam
air rebusan ikan tadi
panaskan minyak dlm periuk...masukkan lada kisar biar ia naik bau dan pecah minyak...kisar bahan bertanda hingga halus dan masukkan dlm periuk tadi..tumis biar lama dgn api perlahan dan masukkan pula rempah gulai ... part ni mmg saya tumis agak lama..agak2 kering saya masukkan air....sehingga ia bertukar warna agak gelap...(masak gulai ni kene sabar) kemudian masukkan air rebusan ikan tadi separuh dulu...masukkan santan pekat ni sehingga semua sebati dan biar ia agak pekat. kemudian msukkan kerisek dan masukkan ikan aya tadi dan rasa dulu sb air rebusan ikan tadi sudah ada rasanya..kalau tawar tambah garam, gula atau nisan...
bahan tambahan
telur rebus
acar timun
* tips..kuah gulai ni kalau buat malam ni makan pagi esok kuah gulai tu akan bertukar sikit warna dia kegelapan...

#copypaste
Selamat Mencuba ^_^

Selasa, 23 September 2014

RAWAT DEMAM TANPA DADAH 
( Bukan bermakna menidakkan perubatan moden) 
Saya simpati melihat anak2 kecil demam melarat-larat. Kita sebagai ibu kena tahu bagaimana demam boleh berlaku dan apa yang perlu dibuat seawal mungkin untuk elak demam melarat. Asal badan panas sikit, terus bagi ubat. Kasihan anak2
Demam bermakna badan sedang melawan virus/bakteria yang menyerang. Bila diberi ubat cepat sangat, mungkin akan menganggu pembentukan imun badan.
Ini kemungkinan. Bila badan diserang virus/bakteria , antibodi badan akan mengangkat senjata melawan dan ketika itu badan akan panas. Jika kita beri ubat , virus/bakteria yang menyerang itu akan tertidur sebentar dan suhu badan pun turun. Bila virus/bakteria terjaga , imun badan baru angkat senjata untuk lawan (ketika itu badan panas semula) kita pun bagi ubat. Maka virus/bakteria tadi terlena semula ( suhu badan pun turun). Begitulah keadaan virus/ bakteria bangun tido-bangun tido maka pembentukan sistem imun badan pun tidak terbentuk dengan sempurna.
Jadi adalah lebih baik mengawal suhu badan .Mandi/jaram/jerlum untuk pastikan suhu tidak naik tinggi. Kita tak perlu takut untuk mandikan anak dengan kerap. Mandikan dengan air suam2 kuku. Setelah mandi, boleh sapukan minyak garlic kat dada..tapak kaki.. belakang anak. Tak sempat buat minyak garlic, minyak habbatussauda pun boleh.Tentu sejuk kan anak selepas mandi.
Tak perlulah pakaikan cool fever yang diproses itu mesti ada bahan kimia bahan bertoksik yang boleh beri kesan pada masa panjang.
Mandikan - Air mandian boleh dicampur 2-3 sudu cuka epal/cuka kurma/epsom salt untuk kawal suhu badan.
Kemudian, kita perlu Upkan imun badan anak dengan makanan/minuman semulajadi. Bagi anak di bawah usia 180 hari, seharusnya diberikan hanya susu ibu sahaja. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk anak . Allah jadikan susu ibu yang tinggi khasiat semulajadi tiada tandingan.
Untuk aktiviti jaram/jerlum adakala anak tak suka dengan tuala basah di badan. Jadi, LEMON SOCK boleh dipraktikkan. Caranya mudah;Stokin dibasahkan keseluruhannya dengan perahan air lemon. Stokin ini bukan bertujuan memberi kepanasan tetapi untuk menyedut panas badan. Pakaikan basah2 hingga agak2 kering, kemudian basahkan lagi. Pakaikan stoking panjang sampai lutut pun takpe.
Sekiranya tiada lemon, boleh juga menggunakan cuka kurma, cuka epal, air asam jawa atau boleh guna hirisan garlic . Pakaikan pada anak berulang kali buatlah sehingga suhu anak kembali normal.
Dalam masa yang sama, up imun badan anak. Bagi anak2 berumur lebih 7 bulan boleh diberikan *vco, 8 bulan ke atas boleh bagi air kelapa, yogurt natural, air barli homemade, olivenol plus, minyak zaitun , bone broth (sup tulang/sup ayam direneh lama sikit), sesuaikan mengikut umur anak .
*VCO ( Virgin Coconut Oil ) minyak kelapa dara sangat mujarab. Kandungannya tinggi antiviral antibacterial selamat bagi menggantikan ubat demam/PCM. Boleh VCO bagi setiap 5jam .
Saya juga suka buat begini. Hiriskan bawang besar nipis2 masukkan dalam piring dan letak berdekatan tempat tidur anak. Tujuannya utk menyerap udara tak sihat. Menyerap kuman2 bertebangan. Jika anak tidak demam pun bagus buat begini sebab kadang2 bila kita sapu dan mop bawah tempat yang sempit seperti bawah katil bawah sofa , habuk2 berterbangan dan bawang merah akan memerangkap udara yang tidak sihat itu.
Banyak sebenarnya yang kita boleh lakukan hanya dirumah. Yang paling penting, kita tahu dengan jelas setiap satu persatu tindakan yang kita perlu ambil.
Paling penting jangan malas2. Mak kena rajin dan SILA RAJINKAN DIRI demi anak yang diamanahkan itu.!!!

#copypaste.. ^_^
Bubur Biji Sagu

Tenggelamkan kesemua sagu di dalam air ketika merendamnya
BAHAN-BAHAN:
150gm biji sagu
480ml air | untuk rendaman sagu
250ml santan pekat
200ml santan cair
100gm gula pasir
1sm halia | dihiris halus
2 helai daun pandan
¼ sudu teh garam
Sedikit pewarna merah

CARA MEMASAK:
1. Rendam biji sagu di dalam mangkuk selama sejam.
2. Di dalam sebuah periuk, masukkan rendaman biji sagu dan sedikit pewarna merah. Kacau sehingga berubah menjadi jernih.
3. Kemudian, campurkan garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi dan sejukkan di dalam sebuah bekas, ketepikan.
4. Di dalam periuk berlainan, masukkan santan cair diikuti dengan santan pekat.
5. Kemudian, letakkan garam dan gula. Kacau hingga pekat dan mendidih.
6. Potong sagu dan hidangkan bersama kuah santan. Sedia dinikmati.

Selamat mencuba ^_^

Ahad, 21 September 2014

Masak Lemak Ketam

Bahan
1/2 kg ketam-potong 2
*1 inci lengkuas
*2 inci kunyit hidup - kalau kuah kurang kuning tambah sikit kunyit serbuk
*4 biji bawang merah
* 2 sudu besar cili kering yg diblended/cili segar pun boleh
*1 inci halia
1 btg serai diketok
1 pkt santan - sederhana pekat
garam (ikut rasa),asam keping sekeping
3 biji buah tomato - potong 4
2 biji cili hijau
Cara-cara
1. Semua bahan * ditumbuk/diblender sampai lumat.
2.Masukkan bahan yg ditumbuk lumat dan serai dlm periuk besar/kuali dan masukkan santan dan biarkan mendidih sekejab.
3.Masukkan ketam, asam keping, garam.
4.Kacau hingga mendidih dan hingga ketam masak.Masukkan cili hijau dan tomato..kacau kejap..siap utk dimakan.
#copypaste


Info Tentang Ais

Ramai org kata xelok minum ais, lebih elok minum air panas.. Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.
Teruskan membaca untuk lebih memahami...
Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya.

Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais
“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarnya ada kebaikan didalam keburukan.
Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

^_^
Petua Melayu Lama Untuk Cepat Dapat Anak
Doa Yang Perlu Dibaca:
1. Al-Fatihah
2 Al-Anbiya’ : Ayat 30
3. Al-Anbiya’ : Ayat 89
4. Ali-Imran : Ayat 38
5. Berdoa
Bahan-Bahan:
1. 2. Air Hujan Malam Jumaat atau
3. Kelapa Muda 3 biji, Kismis 1 atau 2 kilo, dan susu lembu segar
(1 liter)
Dibacakan ayat serta doa kepada bahan tersebut. Air hujan malam Jumaat dibuat minum dan mandi bagi pasangan. Jika anda guna kelapa muda, isteri perlu meminum air kelapa muda selama 3 hari berturut-turut. Suami pula memakan campuran kismis dan susu segar yang telah dimasak menjadi umpama makjun untuk dimakan sedikit sebelum tidur.

Selamat mencuba ^_^

Sabtu, 20 September 2014

MAKANAN YANG AKTIFKAN CYST.

Makanan yang perlu dielakkan:
Ayam.
Ayam kan disuntik hormon untuk mempercepatkan kadar pembesaran dia. Kebiasaannya ayam disuntik hormon estrogen. Tapi ayam kampung boleh makan kot.
Ikan keli yang dibela.
Kena tangkap ikan keli dalam sawah la pasni kalau dah mengidam sangat.
KAWAL PEMAKANAN
Kolestrol juga adelah penyebab kenaikan hormone estrogen. Kolestrol adalah precursor kepada estrogen.

NOTA TAMBAHAN :
Disini saya kongsikan bersama jenis makanan yg amat sesuai & yg harus dielakkan bagi wanita yg punyai masalah seperti di atas ataupun yg pernah menjalani pembedahan tetapi ianya berulang kembali.
Makanan yg di galakkan
> Ikan laut seperti bawal emas, kembong & selar
> Sayuran jenis kekacang - kacang panjang, buncis, sweet pea dll.
> Kekacang - badam, kacang tanah, black bean, kacang merah dll.
> Sayuran - kobis, brocoli, bayam, dan ulam-ulaman pegaga, pucuk ubi dll
> Buah-buahan - Nenas & betik
> Ubi kayu
> Sup miso ( sejenis pes yg di buat dari kacang soya yg di peram dicampur kedlm
sup utk di jadikan miso sup)
> Teh hijau
Makanan yg harus di elakkan
> Daging merah (kambing & lembu)
> Ayam ( Boleh di ambil dlm kuantiti yg sedikit)
> Produk tenusu seperti keju
> Ikan haruan
> Gamat
> Bahan perisa - pes segera & kiub2 perisa seperti stok ayam, stok bilis dll.
> Makanan manis - kuit muih manis & pencuci mulut
> Minuman berkarbonat ( krn tinggi kandungan gula)
> Makanan segera - burger, sosej, nugget, mee segera dll
> Makanan ringan - cip kentang, jajan dll.
> Makanan berlemak/ berminyak

FIBROID DAN CYST
♛RAHIM ADALAH EMAS BAGI WANITA♛
TANDA - TANDA FIBROID DAN CYST DALAM RAHIM YANG BERMASALAH
✔ Gangguan Haid
✔ Keputihan
✔ Masalah ketidaksuburan
✔ Kemandulan di kalangan wanita
✔ Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama
✔ Perut kembang
✔ Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
✔ Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
✔ Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
✔ Kerap letih dan lesu
✔ Sakit lutut dan tumit
✔ Kesejukkan kaki dan tanggan
✔ Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
✔ Kerap keguguran
✔ Ketumbuhan fibro dan cyst

BAGAIMANA KETUMBUHAN FIBROID DAN CYST TERJADI?
1. Punca penyakit ini bermula pada ganguan haid dan sengugut
2. Satu kajian yang menunjukan bahawa lebih kurang 50% daripadanya wanita
3. Ia sering berlaku dikalangan wanita yang tidak berkahwin dan yang pernah beranak.
---------------------------------------------------------------------------------------

JAWATAN KOSONG SEGERA!!
JAWATAN : JURU X-RAY (PEREMPUAN SAHAJA)
LOKASI : Klinik AnNeesa,Putrajaya Presint 9 (berdekatan flat hijau)
emailkan resume - nqr_anuar@yahoo.com | nurnazliahidayah@gmail.com
*boleh hantar resume di klinik cawangan atau hubungi 06-850 4744
p/s - jika anda di panggil untuk interview. sila sediakan dokumen lengkap termasuk resume dan berpakaian formal.
Mohon segera.. ^_^
#copypaste NQ Resources sdn bhd
MK High Intensity™ Sport Fragrance. This fresh, invigorating fragrance stimulates the senses with an icy, adventurous scent.



MANFAAT LIMAU NIPIS 


UNTUK RAMBUT
Mengatasi rambut gugur
Untuk mengatasi masalah keguguran rambut, ambil sebiji limau nipis dan perah untuk mendapatkan airnya. Air tersebut kemudiannya disapu pada kulit kepala dan biarkan semalaman. Bagi hasil yang lebih cepat, lakukan setiap hari.
Menghilangkan kelemumur
Gunakan air limau nipis dan sapukan pada rambut dan kulit kepala. Biarkan ia sehingga 20 hingga 30 minit sebelum dibilas. Anda boleh lakukan lebih daripada sekali untuk hasil yang tidak mengecewakan.

UNTUK WAJAH
Menghilangkan jerawat
Campurkan satu sudu besar air perahan limau nipis dengan satu sudu madu dan gaulkan sehingga rata. Kemudian, sapukan campuran yang telah digaulkan tadi pada wajah selama 30 minit atau biarkannya sehingga kering. Setelah kering, bersihkan wajah dengan air sejuk.
Menghilangkan bintik hitam
Potongkan limau nipis menjadi dua bahagian dan gosokkan pada wajah secara lembut dan perlahan-lahan. Biarkan ia kering terlebih dahaulu sebelum membasuh muka dengan air suam. Selepas itu, bilaskan pula wajah dengan air sejuk. Pastikan limau nipis tersebut tidak disapu pada bahagian kulit yang luka akibat jerawat kerana ia boleh menimbulkan rasa pedih.
Mengecilkan pori-pori
Potong limau secara nipis dan sapukan pada sekitar hidung dan pipi serta bahagian-bahagian yang berpori besar.
Menghalus dan mencerahkan kulit
Potong limau secara nipis dan sapukan pada bahagian kulit yang gelap dan kusam. Kulit anda pasti akan kelihatan lebih cerah dan halus jika diamalkan setiap hari.

MANFAAT LIMAU NIPIS YANG LAIN
Menghilangkan bau ketiak
Campurkan air perahan limau nipis bersama sedikit kapur sirih dan gosokkan di celah ketiak. Kemudian, bilas dengan air bersih. Lakukan dua kali sehari dan anda pasti dapat rasakan perubahannya.
Membersih dan mencantikkan kuku
Gunakan air perahan limau nipis dan gosokkan pada kuku anda. Anda pasti gembira melihat hasilnya!
Melegakan ketegangan
Untuk melegakan ketegangan otot, hiriskan limau nipis dengan tipis dan perah limau tersebut untuk mendapatkan airnya. Perahan air limau tadi haruslah dicampurkan dengan sedikit air. Gosokkan pada bahagian tubuh yang dirasakan tegang.

^_^

Khamis, 18 September 2014

Minum petang..

BAHAN-BAHAN UNTUK PISANG GORENG
1 biji pisang Tanduk(dipotong mengikut citarasa masing2)
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
sebiji telur
satu sudu butter
secubit garam
perwarna kuning@serbuk kunyit
minyak masak secukupnya untuk mengoreng
BAHAN-BAHAN UNTUK TOPING
Keju cheddar(diparut)
satu sudu kecil susu pekat manis
satu sudu kecil butter
CARA2 MEMBUATNYA;
1. Tepung gandum dan tepung beras, dicampur dalam satu bekas bubuh air dan telur serta perwarna kuning. Masukkan sesudu butter didalam bancuhan tepung tadi serta sedikit garam.
2. Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, dan goreng seperti biasa, serta toskan.(deep fry).
3. Di dalam kuali yang lain bubuh sedikit butter, masukkan sedikit saja keju yang telah diparut, masukkan pisang berserta sedikit susu pekat manis. Siap untuk dihidang dengan ditabur parutan keju di atas pisang goreng 
selamat mencuba ^_^

#copynpaste


LAKSA


1 kilo ikan termenung direbus 45 minit bersama 1 camca garam dan 8 asam keping.---pastu sejukkan dulu...( nanti time masak, kalau kuah tak cukup masam...tambah lah asam keping tu sikit)
dah sejuk baru blender sampai hancur lumat semuanya ( xyah asingkan isi ngan tulang) pastikan kandungan air kisaran tidak terlalu banyak sebab nanti kuah jadi cair sangat)...ditapis...sisanya diblend lg..sampai akhirnya sisa cuma tinggal sejemput je...pastikan kuahnya tidak terlalu cair...habiskan air rebusan ikan tadi tu buat kisar ikan.(kisar sekali ngan asam keping)
bawang merah 12biji -dikisar ( bawang xleh banyak sebab nanti kuah akan jadi koko gelap/hitam)
cabai kering kisar 2/3 camca besar.

cara masak
masukkan air 1/2 cawan dalam periuk-bubuh 2 camca cili kering tadi...masak 5 minit. Biar cabai tu benar2 masak....pastu masukkan ikan yang dikisar/ditapis tadi tu...bersama bawang kisar tadi...
masukkan daun kesom 3 tangkai (lurutkan daun ambil daun sahaja) dan bunga kantan 1 kuntum (jika adalah , kalau tak de pun tak pe..) dan tambahlah asam keping lagi 3 keping...
- masukkan garam dan sedikit ajinomoto dan tambah air 1 gelas...
Biar didih agak lama......tambahlah air kalau kuahnya pekat sangat....kemudian masaklah sampai kuahnya pekat....siap. (tak perlu taruh belacan pun dah sedap. janji kuahnya pekat likat. (kalau nak taruh belacan, bubuh sikittttttt je sebab klu banyak nanti kuah jadi semacam dn tak dapat rasa ikan nya lg......tapi kalau saya..saya tak suka bubuh belacan sebab tak rasa air ikan yg asli...
LAKSA hendak lah direndam semalaman....esok rebus tak la lama sangat....rebus laksa biar lama n biar betul2 lembut, baru cepat laksa meresap kuah bila time nak makan nanti.....baru la betul2 sedap!!!!
Nanti sediakan potongan cabai Melaka, bawang Besar, timun, pucuk gajus dan belahan Limau nipis......sebati pelengkap rasa....sedap nikmat tak terkata...lepasnie sure tak mau makan kat kedai dah...cubalah!!.
p/s setiap kali anda memanaskan kuah tambah secawan air...kalau kuah tunggu cukup 24 jam baru dimakan...sedapnya masyaallah ^_^


Khasiat Daun Pandan


Menurunkan darah tinggi
Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas sahaja. Minum airnya.

Matikan kuman dalam darah
Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.
Melembutkan Daging
Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.
Melicinkan kulit
Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.
Mengecutkan rahim
Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.

#Selamat mencuba.. ^_^

Rabu, 17 September 2014

Tip Untuk New Papa to Be
Jika anda baharu bergelar papa, pelajarilah banyak perkara supaya lebih memahami karektor bayi kecil yang bergantung sepenuhnya kepada anda berdua. Beberapa sebab berikut membantu anda menjadi ketua keluarga yang terbaik untuk bayi dan perkahwinan anda.
Masa dan toleransi
Perkara paling mudah anda boleh lakukan adalah menghabiskan masa berkualiti dengan bayi baharu lahir anda. Semakin banyak anda menghabiskan masa bersama semakin baik hubungan anda berdua. Selain masa, papa perlu mempunyai sikap bertoleransi untuk saling mengenali dengan bayi. Ini adalah kali pertama anda bergelar ayah dan kali pertama bagi anak anda mengenali dunia. Beri masa untuk anda belajar banyak perkara, eksperiman dan toleransi.
Hubungan mata
Sepeti diketahui, bayi baharu lahir gemar melihat wajah manusia, terutama mata. Bayi baharu lahir hanya boleh melihat dengan jalan dalam jarak sekaki di hadapan mereka, jadi sentiasa tersenyum, rapat pada mereka dan lihat ke dalam matanya yang bersinar.
Bunyi berulang
Sebutan seperti Pa-pa, Ma-ma, Ba-ba adalah bunyi pertama yang biasa didengar oleh bayi. Bunyi ini mudah kerana kedua bibir ditekan antara satu sama lain. Bayi akan cepat belajar bertutur apabila anda mengulang perkataan tersebut banyak kali. Percayalah apabila tiba masanya, bayi anda akan menyebut perkataan tersebut secara tiba-tiba.
Bayi suka pergerakan
Mereka sukakannya. Bayi suka dipegang, diayun dan digoyang. Pergerakan membantu bayi merangsang perkembangan daripada otak hingga keseimbangan mereka. Apabila anda memegang bayi, pastikan faktor keselamatan diutamakan. Belajar memahami apa yang disukai oleh bayi.
Bertindak balas
Tangisan, pandangan dan apa sahaja yang dilakukan oleh bayi berkaitan dengan anda patut diberi perhatian. Ingatlah yang mereka baharu belajar mengenali dunia ini. Biarkan mereka tahu yang anda menghargai usahanya menarik perhatian anda. Kajian menunjukkan ibu bapa yang bertindak balas kepada tangisan dan keperluan bayi, membantu mereka meningkatkan kemahiran komunikasi dan bahasa.
#copynpaste-PaMa-



KERABU IKAN BILIS
Bahan
Ikan bilis - digoreng
1 biji lemon atau 6 biji limau kasturi - ambil jusnya
3 sudu besar sos ikan
Garam dan gula secukupnya
Bahan hiris:
1 biji bawang kuning
5 helai daun limau purut
5 batang kacang panjang
1 batang bunga kantan
6 biji cili padi
3 batang serai
Cara membuatnya:
1. Satukan jus lemon, sos ikan, garam dan gula secukup rasa.
2. Masukkan ikan bilis dan bahan2 yang dihiris. Kacau rata. Siappppppp...
selamat mencuba.. ^_^