Sabtu, 12 Mei 2012

Adoyai, lama giler aku tak masuk menjenguk ke blog aku ni. Last aku menulis dalam blog ni awal tahun, dalam bulan Januari. Sekarang da masuk bulan Mei!

Bukan tak nak menulis lagi tapi aku memang takde masa langsung sekarang ni. Dulu bolehla aku tido lewat2 malam untuk buka internet dan menulis dalam blog aku ni. Tapi, sekarang aku da kena masuk tido awal sebab esok pagi2 aku da kena bangun awal untuk kejutkan anak aku ke sekolah. nak kena sediakan breakfast lagi, sediakan pakaian sekolah die lagi, nak solat subuh lagi.

Balik dari hantar kakak ke sekolah, aku kena kemas tempat tido, mandi then nak kena kejutkan sorang lagi anak aku untuk ke tadika pulak. Da lepas hantar die ke tadika, aku nak kena siap2 pegi keje lak. Itulah rutin harian aku dari Ahad sampailah ke Khamis. Cuti Jumaat dengan Sabtu, aku rehat cukup2 sampai malas rasernya nak buka internet.

Arini jer tergerak lak raser tangan ni nak menjengah ke blog aku ni. Da raser rindu ler pulak nak menaip n menulis dalam blog ni :-)

Suami aku da berhenti keje kat balai polis. Sekarang ni die da start keje ngan RELA ler pulak, jaga kat tempat Depot Imigresen. Aku lak, masih lagi mencari keje yang lebih segala2nya. Biler pk2 balik memang menyesal gaklah aku tolak keje SPA dulu. Tapi, nak wat camner da bukan rezeki aku nak keje ngan gomen. Allah da tetapkan rezeki aku bukan kat ctu. Jadi. aku kena lebih berusaha lagi.

Keje aku sekarang ni da ok,best,seronok. Tapi yang  tak seronoknyer sal gaji jelah. Yelah, taraf hidup makin tinggi. Anak aku lak da masuk sekolah darjah 1. Setakat gaji 500 manerlah cukup. Klo da makin lama keje gaji makin naik takpelah gak. Ini sejak dari tahun lepas gaji takat tu jer. Tak pernah naik. Keje makin bertambah aderlah huhuhuhu Nasib baiklah aku ni dok umah sendiri, tak payahla pening sal nak bayar sewa umah. Tambahan lak aku dok ngan my mom. So, ringanlah sikit huhuhuhu

Setelah sekian lama, lepas raya ni nanti umah aku akan mengadakan kenduri besar-besaran untuk majlis perkahwinan anak sedara aku yang sulung. Dalam erti kata lain, cucu sulung dalam family aku lah. Da lama sangat umah aku tak mengadakan majlis. Last kenduri kat umah aku ni maser majlis nikah aku dululah hehehehe da 8-9 tahun gitu. Maklumler, aku nikan anak yang bongsu.

Tak sabar rasernya sebab maser tu nanti mesti dapat jumpa ngan semua sepupu2, dan sedare mara aku yang da lama tak jumpa. Adik beradik aku yang lain pun dapat berkumpul semua serentak maser majlis tu nanti. Al-maklum, dorang semua dok jauh2 so kadang2 time raya pun tak dapat kumpul semua da setengah tu ader yang balik umah mentua masing-masing.

Mak aku pun punyerlah bersemangat sampai habis dibaiki dan dicat baru umah aku ni. Nak dapat cucu menantu sulung katakan :-) Harapnyer nanti semua yang dirancang akan berjalan dengan lancar,insyaAllah....amin.