Selasa, 3 Januari 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Selamat tahun baru.....

Arini merupakan hari yang ketiga memasuki tahun baru 2012. Azam tahun baru???Rasanya aku tak pernah ada azam dari dulu sampailah sekarang hehehehehe

Tahun nie anak aku yang sulung telah melangkah ke alam persekolahan dengan memasuki darjah 1. Anak aku yang kedua lak masih lagi bersekolah tadika yang sama cam tahun lepas. Untuk persiapan sekolah anak-anak aku, tak banyak yang aku dan suami belikan kerana kebanyakannya telah disediakan oleh pihak sekolah, seperti baju,beg dan peralatan sekolah. Tahun nie juga menuntut aku untuk bangun lebih awal dari biasa bagi menyiapkan breakfast dan menyiapkan anak aku ke sekolah. Maklumler darjah 1 nie kena masuk sekolah awal.

Setakat arinie alhamdulillah anak aku yang sulung yang aku panggil kakak senang untuk bangun pagi. Takderlah meragam atau liat nk bangun masa aku atau suami aku kejutkan dia waktu pagi.

Cuma adik jerlah yang meragam sikit pagi tadi masa aku kejutkan die untuk mandi dan bersiap ke tadika. Buka je mata dier tanya mana kakak. Then bila aku bagitahu yang kakak da pegi sekolah die da mula meragam tak nak pegi tadika sebab takut sorang-sorang, kakak takde. Al-maklum tahun lepas adik gi tadika dengan kakak.

Pujuk punya pujuk (jenuh gaklah nak memujuk) akhirnya adik mandi dan bersiap gak nak gi tadika. Lepas breakfast mood adik da bertambah ok, da mula tersenyum n tak sabar lak nak gi tadika.

Lepas siap hantar adik gi tadika dan menguruskan semua pendaftarannya aku terus ke tempat keje lak. Awal lak rasanyer aku datang keje arini hehehehe. Harapnya tak terjadi apa-apa pada kedua-dua anak-anak aku di sekolah....