Khamis, 1 September 2011

3 SYAWAL 1432 H

Selamat Hari Raya........

Alahai, post yang aku tulis hari Isnin, sehari sebelum raya tue rupa-rupanya belum di 'post'kan lagi dalam blog aku nie. Memang aritu internet ader problem sikit tapi tak sangka lak jadi camtu. Jadinya, bila aku buka blog arini tengok post yang aku tulis tu dok dalam draft lagi. Bila aku 'post'kan draft aku tue jadi tak samalah cerita ngan tarikhnya! Hmmmm, lantaklah..........

Hari ini da masuk hari raya yang ketiga. Pelbagai peristiwa dan cerita yang berlaku sepanjang 3hari nie.

Hari raya yang pertama, cam biasalah bangun pagi then siapkan juadah untuk sarapan di pagi raya nie sementara yang lain-lain pergi masjid untuk solat hari raya. Balik dari masjid, sesi makan-makan, bermaafan dan sesi bagi duit raya. Selepas itu, kami semua menuju ke tanah perkuburan lak. Balik dari sana, kami singgah di rumah sepupu untuk beraya. Balik umah da tengahari. Semua kepenatan jadi berehatlah sekejap, tidur.

Masuk petang, kami semua bercadang pula nak pergi ke rumah ibu saudara yang terletak di Kemahang. Kat sana, kitorang makan nasi kerabu. Balik umah da maghrib. Waktu malam cam biasalah, berehat sambil sembang-sembang. maklumlah kitorang jarang dapat berkumpul dan berjumpa camni.

Keesokkannya, hari kedua beraya kami semua pulang ke kampung ibu aku di Pasir Mas. On da way tu aku singgah umah kawan aku sekejap untuk beraya. Dalam pukul 12 lebih barulah betul-betul bertolak ke Pasir Mas.  Kat sana, makan nasi kerabu lagi! Pastu, kakak-kakak aku bercadang nak gi umah nenek sedara aku kat To' Uban lak. tapi, aku da penat. Jadinya, aku dan suami serta anak aku yang nombor 2 bercadang untuk terus balik ke rumah. Anak aku yang sulung lak ikut sepupu-sepupu dier ke rumah nenek sedara aku.

Sampai kat Tanah Merah, hari mula gelap nak hujan. Angin ribut kuat betul. Belum sampai kat umah, hujan da turun dengan lebatnya. Nasib baiklah kami selamat sampai gak kat umah. Oppss, lupa lak. Abang aku yang dok kat Kuantan, Pahang tue pagi-pagi lagi da balik ke rumahnya di Kuantan. Ini semua kerana gara-gara anaknya yang nombor 3 tue mengalami sakit kaki hingga bengkak. Bila ke klinik, doktor menyatakan yang anaknya harus dimasukkan ke dalam wad.

Oleh itu, abang aku nak masukkan anaknya ke klinik panel tempat dier bekerja kerana sebelum ini anaknya itu da pernah dimasukkan ke dalam wad di klinik panel itu kerana denggi. Jadinya segala rekod perubatan da ader. Senanglah doktor nak merawatnya. Kesian betul ngan abang aku tue. Sempat beraya 1hari jer ngan kitorang.

Pagi ini, pagi raya ke-3 keluarga aku da mula sibuk-sibuk di dapur kerana petang nanti keluarga bakal besan anak sedara aku yakni cucu sulung dalam keluarga aku ni akan datang ke umah untuk berziarah dan berhari raya. jadinya kitorang takder gi beraya ke maner-maner arini. Dok kat umah jer. Pagi ni gak kakak aku yang dok kat Terengganu tu bertolak balik ke rumahnya. Esok lak kakak aku yang dok kat Kedah dan abang aku yang dok kat Kuala Lumpur lak yang akan bertolak balik. Kakak aku yang dok kat JB lak akan bertolak balik pada hari Sabtu. Bermula pada hari Ahad nanti keadaan akan kembali kepada asal, tinggallah aku sekelurga bersama ibu aku di rumah nie.

Hari raya tahun ni gak membuatkan aku berbaik-baik dengan musuh aku selama ini. Entahlah, masih ada rasa sakit hati dalam hati aku ni tapi biarlah, malas nak perbesarkan lagi dendam aku nie. Takder faedah pun. jadi, aku ambil keputusan untuk menghantar sms meminta maaf pada dier. Dier membalas sms aku dengan menyatakan yang dier da lama lupakan peristiwa tu. memikirkan sikap dier pada aku selama ini selepas peristiwa pergaduhan kami tue, aku tak tahulah sama ada dier ikhlas atau tidak memaafkan aku tapi tak kisahlah. Yang penting aku da minta maaf dan aku akan cuba melupakan segala perbuatan yang pernah dier lakukan dan katakan pada aku walaupun agak sukar aku rasa untuk aku melupakan sepenuhnya. Moga masa dapat membantu aku untuk melupakan semuanya.

Bagi aku lak, dier tak pernah meminta maaf pada aku jadi tak salah kalau aku tak maafkan dier kan??????????

RAYA....RAYA...RAYA!!!!!!!!!!!!

Arini da last day berpuasa (kalau mengikut kalendarlah). Da ramai orang-orang bandar yang pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut hari raya bersama keluarga tersayang. Jalan pun da mula jammed. Kemeriahan dan keseronokan untuk menyambut hari raya makin terasa. Arini jugalah para isteri dan kaum ibu sibuk menyiapkan segala persiapan dan juadah untuk hari raya yang akan menjelang tiba.

Bagi aku dan keluarga, semua persiapan da siap. Baju raya dan kasut raya untuk aku, suami dan anak-anak da lengkap. Cuma tinggal nak menghias rumah untul memasang langsir dan menghampar karpet di dalam rumah jer. Mungkin malam nilah baru aku akan buat semua tue sebab sekarang nie aku masih bekerja :(

Hari Jumaat malam, kakak aku sekeluarga yang tinggal kat JB tu da sampai balik ke rumah. Hari sabtu takder saper-saper yang balik. Semalam, hari Ahad kakak aku sekeluarga yang tinggal di Terengganu dan abang aku sekeluarga yang menetap di Kuantan,Pahang lak yang sampai di rumah. Arini lak, kakak aku sekeluarga yang dok kat Kedah dan Abang aku sekeluarga yang dok kat Kuala Lumpur akan pulang ke rumah. Alamatnya petang nanti makin meriahlah waktu berbuka puasa. Sempena berbuka puasa buat hari terakhir untuk tahun ini, kami sekeluarga semua 7 adik beradik dapat berkumpul dan berbuka bersama-sama.

Dengan ini, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan batin buat semua pembaca-pembaca yang mengunjungi dan membaca blog aku nie. SELAMAT HARI RAYA....................