Khamis, 5 Mei 2011

I'M BACK........

Aduhai,lama giler aku tak update blog aku nie.Banyak sebab kenapa aku da lama tak update. Antara sebabnya walupun aku da tak keje skang nie dan jadi suri rumah sepenuh masa tapi rasanya makin terhad lak masa yang aku ada. Banyak benda n banyak kerja yang aku buat n kena buat sampaikan kadang-kadang jangan kata blog,nak buka fb pun tak sempat,penat.

Tapi selain daripada itu,alasan yang sebenarnya adalah aku tak tahu nak tulis pasal apa dalam blog aku nie  : )

Banyak kisah dan benda yang berlaku sejak aku berhenti kerja ni. Sebagai seorang yang biasa bekerja aku mula rasa bosan duduk di rumah tanpa melakukan apa-apa kerja selain daripada menghantar dan mengambil anak aku pergi dan pulang dari sekolah serta menjual burger di sebelah petang.

Alhamdulillah, masa Pasaraya Aneka (tempat keje lama aku) mengadakan check stock, pihak mereka telah membuat tempahan burger sebanyak 70 biji dari aku. Selepas itu, semasa mereka membuat satu majlis kerana meraikan peningkatan jualan mereka, sekali lagi mereka menempah makanan dari aku iaitu bihun goreng, nuget dan telur mata untuk 80 orang makan. Walaupun tak banyak tapi itu merupakan rezeki dan satu permulaan yang baik untuk aku.

Selain itu,aku adalah menolong seorang kawan nie bekerja dengan membantu beliau mencari bahan-bahan atau barang-barang yang beliau perlukan. Dapatlah juga sedikit sebanyak duit yang masuk untuk aku,alhamdulillah.

Pendek kata walaupun aku da berhenti kerja dan hilang punca pendapatan yang tetap namun Allah masih mengasihani dan memberi rezeki kepada hambaNya yang berusaha dan memohon kepadaNya. Cuma kehidupan aku skang ni takdelah semewah masa aku bekerja dahulu. Maklumlah, gaji suami aku pun tak seberapa. Jadi aku harus berjimat dan pandai menguruskan kewangan keluarga bagi meneruskan kehidupan yang semakin mencabar dan mahal segala-galanya.